07 March 2018

Lelaki Berpoligami Tidak layak Menerima BRIM

Banyak sebab dan punca anda di dapati tidak layak menerima BRIM. Antara sebabnya adalah anda adalah seorang lelaki yang berpoligami. Ini bermakna, jika sorang lelaki atau suami  berpendapatan di bawah RM3,000, setiap isterinya layak menerima BRIM itu secara berasingan walaupun mereka tidak mempunyai anak atapun anak-anaknya sudah dewasa.

Lelaki Berpoligami Tidak layak Menerima BRIM
Lelaki Berpoligami Tidak layak Menerima BRIM

Bagaimanapun, jika suami itu sendiri serta isteri-isterinya yang mempunyai pendapatan sendiri berjumlah RM3,000 dan ke atas tidaklah layak menerima BRIM. Untuk para isteri yang bermadu dan suami mereka berpendapatan di bawah RM3,000, tidak kiralah anda isteri keberapa, pertama, kedua, ketiga atau keempat, anda di kira ketua isi rumah anda dan  layak memohon dan seterusnya menerima BRIM... huhu!



Jadi, untuk lelaki yang berpoligami terpaksalah mengendeng para isteri untuk merasa duit BRIM. Dah betul sangat syarat tu. Para suami yang berpoligami ni mestilah dia mampu... ya tidak? Jadi, jangan marah-marah, berlapang dada lah wahai para suami berpoligami... hehe!

Lelaki Berpoligami Tidak layak Menerima BRIM


Aku terfikir nak buat cerita sebab dari cerita seseorang pakcik tu. Dia tak dapat BRIM pada tahun lepas. Selepas di semak pada permohonannya tercatat punca tak dapat BRIM adalah tertulis di situ "Pemohon wujud sebagai Suami/Isteri permohonan lain atau Suam/Isteri telah membuat permohonan lain".

Tahun ni dia cuba memohon lagi tapi di tolak juga. Dia dah pergi buat semakan ke pejabat LHDN. Jawapan petugas BRIM tu adalah pakcik tak layak menerima BRIM sebab isteri-isteri pakcik dah dapat BRIM. Bertahun-tahun dia dapat BRIM, kali ni tak dapat pula. Terpaksalah redha dalam keterpaksaan. Redha je lah yer....!

Dua tahun kebelakangan ni mungkin isteri-isteri pakcik dah celik internet  atau anak-anak yang tolong maknya buatkan permohonan BRIM. Jadi tak merasalah pakcik dapat BRIM lagi dah. Tapi untung sesangat dah tu. 

Kalau isteri cukup 4, ke empat-empat isteri akan dapat. Wah... lagi banyak ribu ribu jumlahnya cuma duit di tangan para isteri lah. Ikut suka isteri lah nak buat apa dengan duit tu.. Nak shopping ke, bercuti ke, beli emas ke.. Suami tak boleh larang, bukan duit dia  pun, duit BRIM... hihi!

Nak baca cerita dan informasi di blog ni... klik SINI

p/s : Mereputlah tak dapat BRIM dah... Apa nak kata, berputih mata... !!

5 comments:

  1. memang patut suami yang berpoligami tidak layak BR1M..

    kalau dah income RM10K permonth seepas campur gaji dua isteri hehehehe

    ReplyDelete
  2. singgah sini dari https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Hahahahhaa betul sangat tu. Kalau tak mampu takkan boleh kahwin ramai :P

    ReplyDelete
  4. hahaha
    kalau dah kahwin banyak memang confirm lah duit banyak
    memang tak perlu dapat BR1M
    hehehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...