Pokok Ketumpang Air, Sejenis Rumpai Yang Boleh Di Buat Ulam Dan Tinggi Khasiatnya

12:44:00 PM Noor Akma 1 Comments

Siapa sangka pokok ketumpang air yang biasa terlihat di tumbuh di sekitar rumah, di dalam pasu pokok bunga dan di celah-celah tanaman rupa-rupanya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan.  Kini baru ku tahu setelah terjumpa beberapa artikel tentang pokok ketumpang air ini di media sosial. Kalau tidak, ia ku anggap hanya sebagai rumput rampai yang mengganggu tanaman.

Pokok Ketumpang Air
Pokok Ketumpang Air, Sejenis Rumpai Yang Boleh Di Buat Ulam Dan Tinggi Khasiatnya 

Nama lain bagi pokok ketumpang air ini yang nama saintifiknya peperomia pellucida adalah sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpangan. Sifatnya yang hidup dikawasan yang lembab seperti tepi-tepi longkang membuatkan orang ramai tidak mengambil tahu tentang khasiatnya. Untuk pengetahuan umum, warna putih yang terdapat dibawah daun sirih ini adalah anti bakteria.


Pokok Ketumpang air ini sebenarnya banyak khasiatnya yang tidak diketahui ramai. Antara khasiat yang terdapat ialah :


- Ia boleh dijadikan sayur, salad dan teh
- Jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
- Membantu meredakan batuk dan demam. Caranya ramas daun serta batangnya dan sapukan pada kepala dan badan.
- Merawat gout, tekanan darah tinggi , artritis, reumatisme, penawar sakit sendi dan perut, cirit-birit, selsema, jangkitan pada pundi kencing, mengubat buasir, kencing manis
- Membantu rawat sakit lutut. Lumatkan daun serta batangnya dan tempekkan pada lutut.
- Boleh juga rawat penyakit kayap. Cara meyediakannya sangat mudah- pokok ditumbuk dengan bedaksejuk  tanpa perlu campur air sebab pokok pun dah lembut dan berair. kemudian disapukan terus pada bahagian kayap. InsyaAllah jika diizinkan cepat sembuh.

Pokok ketumpang air ni juga boleh dibuat ulam iaitu makan mentah untuk bantu rawat penyakit gout, di masak air bersama udang dan juga digoreng seperti kita menggoreng kangkong. Bila makan mentah, rasanya macam sirih tapi lebih sedap dan rangup tapi tidak lah rasa pahit. Bila masak goreng, agak liat sikit sayurnya. Nak tanam pokok ini pun mudah saja. Selepas tanam sepokok. maka beranak pinak la pokok ini.

Dulu-dulu masa rajin menanam pokok bunga, pokok inilah yang rajin tumbuh penuh dalam pasu. Puas mencabut pokok ni tapi biasanya rumput rampai bila dah aku cabut, aku kumpul satu tempat, campur tanah lama dan sisa dapur, simpan sampai mereput. Selepas tu guna balik isi dalam pasu. Jadi tanah boleh guna berulangkali untuk tanaman... Jimat..!!

Nak tengok informasi dan tips di blog ini... klik SINI... yer!

p/s : Selepas ni dah tau, tak nak buang dah pokok ni. Boleh buat satu juadah lauk sayur. Jimat belanja dapur juga tu.. huhu!

1 comments:

Hans said...

owh
boleh buat ulam rupanya
pahit ker tidak rasanya nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...