29 March 2018

Pulih Dari Penyakit Diabetes Dengan Amalan 3 Bahan Sahaja

Banyak kali jugalah aku jumpa info tentang boleh pulih dari diabetes dengan amalan 3 bahan sahaja. Sebenarnya aku pun tak tahu akan keberkesanannya. Dari cerita ini di katakan seseorang pulih dari diabetes @ kencing manis dengan tidak perlu di potong kaki apabila amalkan cara ini iaitu pulih dari diabetes dengan amalan 3 bahan sahaja.

Pulih Dari Penyakit Diabetes Dengan Amalan 3 Bahan Sahaja
Pulih Dari Penyakit Diabetes Dengan Amalan 3 Bahan Sahaja

Aku sebenarnya di kategorikan ada diabetes juga tapi bukanlah yang teruk apatah lagi yag kronik. Diabetes yang aku ada ni dari keturunan keluarga. Diabetes aku sangat terkawal dan aku tidak langsung merasakan yang aku ni seorang pengidap penyakit diabetes. Aku tak ada pantang larang yang di ikuti cuma mengamalkan cara hidup yang sihat dengan menjauhkan pengambilan gula yang berlebihan dan minum air secukupnya.

Seperti seorang yang ada diabetes, aku juga ada di bekalkan ubat dan temujanji doktor 3 bulan sekali. Tetapi sejak tahun lepas dek kerana bacaan check-up aku terlampau cantik, aku di berikan tarikh temujanji 6 bulan sekali. Apapun ubat tetap di ambil di farmasi klinik kesihatan sebulan sekali.


Walau macam manapun aku sentiasa beringat. Tak pernah putus makan ubat sebab dari pemerhatian dan pengalaman orang lain, bila berhenti makan ubat dan pemakanan tanpa kawalan macam--macam penyakit lain pula timbul. Jadi, untuk itu, jangan ambil risiko. Aku perlu sihat dan kuat untuk keluarga aku.

Bila dapat informasi ni, aku nak simpan jadi rujukan di blog sendiri. Senang nak cari apabila di perlukan. Kalau nak cari di google, kadang-kadang jumpa, selalunya payah nak jumpa. Ini pun tetiba aku jumpa balik. Itu yang nak aku kongsikan di sini. Manalah tahu berguna untuk aku di kemudian hari. Seperti biasa, sharing is caring.. :)

Pulih Dari Penyakit Diabetes Dengan Amalan 3 Bahan Sahaja


Bahannya :
1. Sebiji limau nipis
2. Seketul Garam Kasar (seketul sahaja)
3. 3 Gelas Air
.
Caranya :
1. Belah sedikit limau
2. Sumbat seketul garam kasar ke dalam belahan limau
3. Kemudian rebus dengan air sebanyak 3 gelas.
4. Rebus lama sehingga airnya menjadi segelas.
5. Selepas itu, lenyekkan limau dan wajib hancurkan bijinya (dalam air rebusan) dengan menggunakan senduk
6. Tapis air rebusan itu dan biarkan sejuk
7. Bila sudah sejuk, anda boleh minum.
.
Amalan :
1. Amalkan 3x minum dlm masa 6 hari
2. Setiap amalan hendaklah dilakukan berselang hari.
3. Kadar gula berkurangan setiap kali amalan. Oleh itu sediakan air manisan untuk mengimbangi kadar gula dalam badan.
.
Wallahualam... Tak tahulah tentang kebenaran informasi ni. Banyak cara untuk menurunkan kadar gula yang melampau dalam darah. Selain cara di atas ada yang minum jus peria katak. Di katakan ia juga dapat menurunkan paras gula dalam darah. Tak dapat ku bayangkan betapa pahitnya jus tu... hehe!

Nak tengok pelbagai cerita dan informasi di blog nih... klik SINI

p/s: Setiap penyakit ada ubatnya. Kesakitan dan kesembuhan itu rahsia Allah. Berikhtiar, usaha dan tawakal pasti ada hikmahnya.. aush!

#kredit FB ladang muhammad

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...