Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Tart Nenas Sedap, Mudah, Gebu, Cair Di Tekak

3:20:00 PM Noor Akma 3 Comments

Belum lagi puasa, apatah lagi raya aku dah kempunan nak makan tart nenas sedap. Nak beli tu, terfikir-fikir lah jugak. Mahal tak ingat harganya tu. Rasanya belum tentu menepati selera tekak aku ni. Jadi tergerak hati nak buat sendiri. Baru puas makan dan yang pasti, tart nenas sedap ini buatan aku sendiri.

Resepi Tart Nenas Sedap. Mudah, Gebu, Cair Di Tekak
Tart Nenas Sedap. Mudah, Gebu, Cair Di Tekak

Dah bertahun-tahun juga aku tak buat tart nenas. Bukan itu sahaja, dah lama aku tak buat kuih raya sejak tangan aku ada masalah sakit urat dan kena fisioteraphy dulu. Sekarang barulah tangan aku elok sikit, sejak dah berhenti berniaga angkut meja di event dan expo beberapa tahun ni. Sepanjang beberapa tahun ni aku buat kuih tunjuk-tunjuk sahaja tatkala musim raya... hehe!



Yang sebenarnya aku pernah menjadi  pengusaha kuih raya bertahun-tahun dahulu. Antara kuih yang paling top aku jual, kuih tart inilah. Anak-anak pun dah rindu nak rasa kuih tart buatan aku ni. Jadi, sebab anak-anak pun boring cuti sekolah ni, aku jadikan ia projek menghilangkan bosan mereka... huhu!

Resepi Tart Nenas Sedap. Mudah, Gebu, Cair Di Tekak


Bahan-bahan:

250g margerin / butter (seketul)
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur + setitik pewarna kuning
(untuk sapu atas tart)
Jem nenas secukupnya
(beli jem nenas di Mydin je) 

Cara-cara:

Adunan ni ikut sendiri nak gunakan margerin atau butter. Boleh guna margerin buttercup, twincow, butterlite, planta pun boleh. Butter pula boleh gunakan anchor, scs dan apa sajalah ikut kemampuan dan bajet. Ygng pasti rasa yang menggunakan butter dan margerin tak sama. Butter lebih lemak berkrim. 

Pastikan butter/margerin lembut dan berada dalam suhu bilik. Jangan guna yang baru keluar dari peti sejuk. Keras kematu butter/margerin tu dan adunan pun menjadi tak cantik dan berminyak nanti. Campurkan margerin/butter  dengan susu pekat dan tepung gandum. Seeloknya masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut, tidak melekat dan mudah untuk di paip nanti.

Paip adunan menggunakan acuan tart. Paip memanjang, letakkan jem yang telah di gentel bujur di atas adunan. Potong secukupnya untuk menggulung jem di atas tart. Buat dengan berhati-hati agar jaluran bunga acuan tetap cantik. Ulangi proses seterusnya berulang-ulang. Sediakan loyang yang telah di gris dengan sedikit margerin dan letakkan kuh tart di atasnya. Oleskan sapuan kuning telur di atas kuih tart dengan cermat.

Panaskan oven dengan suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit sebelum memasukkan loyang kuih. Bakar dalam 15 - 20 minit. Suhu dan waktu membakar adalah bergantung pada oven masing-masing yer. Jadi pandai-pandailah selaraskan tau. 

Resepi Tart Nenas Sedap. Mudah, Gebu, Cair Di Tekak
Tart Nenas Sedap. Mudah, Gebu, Cair Di Tekak

Adunan ini untuk  menghasilkan hampir 60 biji tart nenas. Aku guna margerin twin cow dan tepung cap rose je. Sedap, lembut dan gebu jer. Resepi ni simple tak banyak bahan, sesuai untuk bajet rendah. Aku ari tu, pada mulanya nak buat satu adunan tapi anak kata tak cukup untuk diorang sebab nak makan puas-puas.

Jadi, sekejapan itu juga diorang pergi ke Mydin beli lagi bahan-bahannya. Untuk melembutkan marjerin, aku terpaksa layur sekejap kat dapur. Al kisahnya, dua kali lah pada hari tu aku mengentel adunan. Tapi tak apa, pembantu pun ramai, aku biar diorang menyudahkan  proses seterusnya.. huhu!

Nak resepi macam-macam stail di blog aku ni.. klik SINI

p/s : Ada hajat di hati untuk kembali menjadi pengusaha kuih raya... boleh ke idok??? ... haihhh!!


3 comments:

Gja said...

Waaah... sedapnya... ny feveret ni

Nurjuwaini said...

Senang je kan buatnya.. nak ke tak nak je... hehe

Eyda Azman said...

Bestnye.. teringat dulu2 pernah kerja buat biskur taya ni termasuklah tart nenas ni

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...