Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semak Syarat Kelayakan Ke Universiti Sebelum Sambung Belajar

1:14:00 PM Noor Akma 0 Comments

Para pelajar lepasan SPM dan STPM dah dapat keputusan. Tibalah masa untuk memilih sambung belajar di mana dan kemana. Sebelum tu semak syarat dan kelayakan  ke universiti dulu. Ini penting untuk memastikan mendapat tempat dan jurusan yang sesuai. Sekarang ada cara mudah untuk semak syarat kelayakan ke universiti melalui online sahaja. Senang kan... !

Semak Syarat Kelayakan Ke Universiti Sebelum Sambung  Belajar
Semak Syarat Kelayakan Ke Universiti Sebelum Sambung  Belajar

Aku nak cerita sikit berdasarkan pengalaman sendiri iaitu pengalaman anak-anak aku dan dari cerita yang aku dapat melalui orang perseorangan dan melalui internet. Sedih bila ada yang mendapat keputusan yang baik tapi di sebabkan salah isi UPU, tak dapat tempat ke mana-mana universiti. Al-kisahnya... huh!

Beberapa tahun lepas anak jiran dapat 8A SPM. Mak bapak bangga sangat dan bercerita sana sini yang anak dia nak ambil kos perubatan. Aku agak pelik mendengarnya sebab setahu aku anak dia tu bukan ambil jurusan sains di sekolah. Akhirnya aku dapat tau, anak dia tak dapat masuk universiti awam sebab salah pilih jurusan yang dia nak ambil.


Dia masuk universiti swasta di bawah MARA dan ambil jurusan kejuruteraan. Jadi, pengajarannya di sini adalah jangan pilih jurusan yang salah atau melebihi kemampuan dari pencapaian dalam SPM tu. Jangan juga suka-suka dan syok sendiri memilih yang di luar bidang seperti tertera di slip SPM tu. Menyesal tak sudah di buatnya.. haihh!

Semak Syarat Kelayakan Ke Universiti Sebelum Sambung  Belajar


Alhamdulillah dari pengalaman aku, anak-anak aku sebelum ni, keputusan tak ada lah sederet A tapi dapat masuk universiti awam. Di UPU online tu ada 8 pilihan di letakkan. Bukan semua orang dapat pilihan pertama. Anak perempuan aku tu dapat pilihan pertama. Manakala kawannya dapat pilihan ke lapan. Jadi, pilihlah yang terbaik dan anggaplah semua pilihan yang di letakkan itu sebagai pilihan terbaik dan atas kemahuan sendiri.

 Anak lelaki aku pun dapat pilihan ke lima. Tapi dia tak pergi ke universiti awam. Dia ambil alternatif lain ke pusat pengajian awam yang setaraf universiti juga. Lagi satu kena beri perhatian pada jurusan yang di ambil yang ada pemilihan temuduga. Jangan buat tak peduli sebab pernah terjadi kepada kawan anak aku. Rugi sangat sebab tak sempat pergi ke sessi temuduga dan menyebabkan tak terpilih. Alasannya tak perasan dan tak semak online.

Yang paling tragis ada aku dapat cerita ni melalui internet yang seseorang ni tak dapat memasuki universiti awam kerana kesilapan teknikal. Kesilapannya itu bukan kerana tak mengisi UPU online tetapi terlupa menekan butang hantar selepas mengisi borang online itu. Dapat tahu kesilapan tu selepas keputusan ke UPU keluar...

Huhu... menangis tak berlagu dibuatnya sebab keputusan bagus iaitu 6A. Dek kesilapan yang sedikit, teruk dia di marahi keluarga. Terpaksa tunggu tahun berikutnya untuk mengisi UPU online semula. Jadi sekarang UPU menssyaratkan semua yang mengisi borang UPU online tu mencetak dan memuat salinan. Bukannya di perlukan pun nanti pun salinan tu tapi hanya untuk memastikan ia telah selamat di hantar. 

Untuk mengetahui informasi terkini semak syarat kelayakan ke universiti klik SINI dan untuk semak  ke terus ke IMASCU klik SINI. Semoga anak-anak yang memohon di UPU online berjaya mendapat universiti dan kursus yang di idamkan. Juga seterusnya berjaya di apa jua bidang yang di ceburi.... Aminnnn!

Untuk mendapatkan pelbagai informasi di blog ini klik SINI

p/s : Untuk yang mendapat keputusan SPM yang kurang dari kelayakan ke universiti awam boleh sahaja isi UPU online untuk memasuki ke politeknik, pusat latihan, institut latihan dan kolej komuniti.... Jangan lupa isi tau..!!

0 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...