Tips Diet : Nasi Gemuk vs Nasi Kurus

2:55:00 PM Noor Akma 3 Comments

Nak diet macam-macam cara dan banyak halangan juga. Kena mununtut ilmu juga untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan berat badan ideal ni. Kena tahu dan pandai kira kalori apa yang boleh makan dan apa yang perlu di kurangkan Aku ada juga belajar tips diet nak jaga kesihatan ni dari internet. Bukan hanya untuk kurus, tapi nak menjaga kesihatan tu yang paling utama.

Tips Diet : Nasi Gemuk vs Nasi Kurus
Tips Diet : Nasi Gemuk vs Nasi Kurus
Ada yang bertanya dan menyoalkan, "haritu kata boleh makan nasi hari-hari utk kurus. saya dah makan nasi 3 bulan. bukan kurus tapi berat naik 10kg pulak! " Di tempelak pula.... "haa tu la, menuntut ilmu tak habis, ambil separuh-separuh saja. Betul boleh makan nasi untuk turun berat tapi bukan semua nasi boleh. Ada nasi yg tinggi kalori dan lemak kena elakkan".... hahaha!


Senang cerita, ada nasi gemuk dan nasi kurus. Nasi gemuk contohnya seperti nasi lemak, nasi beriyani, nasi minyak, nasi goreng, nasi ayam, nasi dagang, nasi berlauk dan bubur nasi. Nasi kurus pula ialah contohnya seperti nasi kukus, nasi putih, nasi perang dan nasi kerabu. 

Tips Diet : Nasi Gemuk vs Nasi Kurus


Senang untuk mengenali yang mana satu nasi kurus dan nasi gemuk. Iaitu nasi tu mesti di masak tanpa bahan2 atau perencah yg tinggi kalori. contohnya nasi ayam, dimasak dgn mentega. ini tinggi lemak tepu. tak sesuai utk diet. walaupun ayam tu dah elok ayam bakar. 

Nasi gemuk, makan macam tu sahaja dah sedap. Nasi kurus pulak kena makan dengan lauk baru boleh telan. Tapi lauk pun jangan pulak meriah dengan kuah berlemak. Dah di kira berlebihan kalori kalau begitu.Jadi pilihlah nasi untuk menguruskan badan dan bukan untuk menggemukkan badan.... gitteww!!

Kiralah kalori yang patut di makan dengan tenang. Untuk diet harian, jauhkan bahan yang boleh menggemukkan badan. Pilih bahan makanan yang berprotin tinggi dan penuh dengan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita. 

Aku pun baru pertama kali dapat tau berkenaan nasi gemuk dan kurus ni. Nampak logik dan bersahaja info ini. Nak menjaga kesihatan kena kurangkan dan jauhkan nasi yang menggemukkan  ini walau pun nampak sangat sedap dan menyelerakan. 

Dah mendapat kesihatan dan berat badan yang ideal nanti, bolehlah makan balik sekadar untuk melepaskan kempunan sahaja. Makan minum kena beringat selalu. Makan seeloknya berhenti sebelum kenyang dan jangan berhenti makan selepas kekenyangan.... huhu!

Untuk info dan tips lagi.... klik SINI

p/s: Dan dan itu aku teringat dan teringin nasi arab..... huwargh!!!

#kredit FB Coach Yatie Nadzli

3 comments:

Sheila Adziz said...

betul tu sis setuju sgt makan sblum lapar bhenti sblum kenyang....

Hans said...

hehehe
tu lah
ada nasi yang bagus dan yang tak bagus makan banyak
dulu saya pernah buat..hilang 10kg
dah lama tak jaga...melantak macam2...naik lah balik
hehehe

Aida da 1 bulan diet.
Byk dah baca pasal nasi.
Aida ni x bleh xde nasi.
Aida masih makan nasi ha ha ha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...