Masak Lemak Cili Api Ayam, Kalau Tak Podeh, Tak Sah ....... !

10:46:00 PM Noor Akma 1 Comments

Masakan yang paling sinonim di rumah aku adalah masak lemak cili api inilah. Sentiasa di masak hampir setiap hari. Cuma bahan utama sahaja yang di tukar. Kali ini aku masak lemak cili api ayam. Seperti biasa, kalau tak pedas memang tak menarik kata en. suami. Jadi masak lemak cili api ayam aku ni memang pedas berasap dan berapi rasanya. Kalau tak podeh tak sah... haha!

Masak Lemak Cili Api Ayam, Kalau Tak Podeh, Tak Sah ....... !
Masak Lemak Cili Api Ayam, Kalau Tak Podeh, Tak Sah ....... !

En. suami aku orang Negeri Sembilan yang memang terkenal dengan masakan yang pedas berasap dan berapi. Aku yang orang Perak ni yang tak tahan pedas akhirnya akur dan boleh terima kepedasan yang berapi tu. Mula-mula dulu masa baru berkahwin, pergi kerumah saudara mara en suami, rasa kebas mulut aku dek makanan pedas yang berapi... huh!

Sekarang, semua seisi keluarga aku memang dah dapat menyesuaikan diri dengan kepedasan yang ada. Masak lemak ini menggunakan 20 biji cili api kampung tau. Itupun en. suami dan anak bujang aku cakap, boleh tambah pedas lagi. Cuma yang ini pedas sedang-sedang saja katanya. Citarasa diorang ni  dasyat kan..!!!


Ayam atau ikan bila buat masak lemak ini aku biasanya goreng dulu. En. suami suka buat cara macam ni. Katanya tak lah ayam atau ikan itu lembik dan penyek sangat. Bagi aku, tak kisah sangat nak goreng dulu atau tidak. Tapi, ikutkan saja apa katanya. Apa-apa jelah.. aku kongsilah resepi ini..!

Masak Lemak Cili Api Ayam, Kalau Tak Podeh, Tak Sah ....... !


Bahan-bahan: 

1/2 ekor ayam
2 biji kentang
2 cawan santan
20 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah
1 hiris halia
2 keping asam gelugor
1 batang serai
1 biji tomato
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Ayam di potong-potong dan di bersihkan. Seterusnya di gaul garam dan serbuk kunyit dan di goreng. Kentang di belah dan di potong empat atau enam bahagian. Cili api, kunyit hidup, bawang merah dan halia di tumbuk lumat. Serai di titik pangkalnya dan tomato di potong empat atau enam.

Masukkan bahan tumbuk, satu  cawan santan dan satu cawan air ke dalam periuk an didihkan. Masukkan asam gelugor an serai yang telah di titik. Masukkan juga kentang. Masak sehingga kentang empuk. Jangan berhenti mengacau agar santan tidak pecah minyak.

Masukkan ayam yang telah di goreng. Seterusnya masukkan satu cawan santan lagi. Kalau nak lebih kuah, boleh tambah. Kacau jangan berhenti dan perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau sekejapan. Seterusnya bolehlah di angkat.

Untuk yang tak makan pedas bolehlah kurangkan kepedasan ikut kesesuaian diri. Memang pedas dan terangkat berapi masak lemak cili api aku ni. Untuk orang yang tak makan pedas memang tak boleh ikut ni. Apa nak kata... Dah en. suami suka... huhu!

Untuk resepi menarik di blog ini... klik SINI

p/s : Tak kisahlah pedas, janji makan sedap hingga menjilat jari...


1 comments:

Amanda Suria said...

Masakan sinonim ngan orang Nismilan..SA masak setiap minggu...hehehe...kalau salai ayam tu lagi sedap kan kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...