Menang Hadiah Giveaway Dari Blog Nonasani ....

12:19:00 PM Noor Akma 2 Comments

Hari ni nak cerita saat gembira dapat hadiah giveaway dari blog Nonasani. Dapt hadiah tu dua hari lepas. Bukan satu, juga bukan dua tapi tiga sekaligus hadiah  giveaway dari blog Nonasani yang aku dapat tu. Baru kini dapat menulis dan memberitahu dunia yang betapa gembiranya aku dengan hadiah yang di terima ini... Chewahhh... hahaha!!

Menang Hadiah Giveaway Dari  Blog Nonasani ....
Menang Hadiah Giveaway Dari  Blog Nonasani ....

Dah lama aku tak menang giveway ni. Itulah, sesekali aku join giveaway kengkawan blogger bukan mengharapkan sangat hadiah. Tapi kalau sudah rexeki tu, jangan di tolak. Aku hanya buat suka-suka memeriahkan giveaway kengkawan sesambil mencari idea mengupdate blog. Seronok sangat dapat hadiah memang buat aku senyum panjang... hehe!


Dapat baju jalur-jalur, tudung riben dan  lipmate imanni yang warnanya sungguh seksi. Tak sempat lagi aku nak review lipmate tu. Nantilah hujung minggu nanti aku posing dengan lipmate tu. Tengah-tengah minggu ni, aku sibuk yang tak terkirakan. Sibuklah sangat.. hihi!

Menang Hadiah Giveaway Dari  Blog Nonasani ....


Aku suka dengan cara nonasani ni. Dia maklumkan pada pemenang apabila menerima hadiah. Kalau tak maklumkan pada aku, pasti aku lupa tentang giveaway mana yang aku join. Pernah ada beberapa kali aku dapati nama tersenarai tapi aku tak perasan. Diorang pula tak maklumkan pada aku. Tak kisahlah, aku anggap itu bukan rezeki.

Itu belum lagi yang mendiamkan diri selepas di bagi alamat. Biasnya perkara ini terjadi kalau ramai sponsor giveaway. Orang yang buat giveaway tak tahu yang hadiah pemenang tak dapat sebab sponsor yang bagi. Itu memang buat aku bengang sebab dah tertunggu-tungu tapi tak dapat. Kira bukan rezeki jugalah.

Aiyyoo, membebel panjang pula aku dengan perkara yang tak kena mengena. Apapun terima kasih pada Nonasani dengan hadiah yang owesome ini. Aku, aku suka... Itulah kelebihan jadi blogger. Dapat tambah pendapatan dan dapat hadiah juga sekali sekala. Jom join giveaway lagi, selain dapat hadiah, dapat saling kenal dan mengeratkan silaturrahim sesama blogger juga. 

Giveaway Nonasani yang aku join tu di SINI

p/s: Aku pun nak buat giveaway juga nanti.... tungguuu!!!!


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...