Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua Penjagaan Bibir Iaitu Bibir Kering, Bibir Pecah-pecah dan Melembapkan Bibir

7:40:00 PM Noor Akma 2 Comments

Di musim panas kalau tubuh badan tak cukup air dan tak banyak minum air, cepat saja sakit tekak dan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Jadi kenalah menitik beratkan minum air banyak untuk menjaga kesihatan. Selain itu penjagaan bibir iaitu bibir kering dan pecah-pecah  juga boleh di lakukan dengan beberapa petua ini. Selain penjagaan bibir juga di berikan di sini petua melembapkan bibir.

Petua Penjagaan Bibir Iaitu Bibir Kering, Bibir Pecah-pecah dan Melembapkan Bibir
Petua Penjagaan Bibir Iaitu Bibir Kering, Bibir Pecah-pecah dan Melembapkan Bibir

Antara petua untuk merawat bibir yang pecah, yang perlu di lakukan adalah amalkan lebih makan bahan-bahan yang mengandungi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau tidak pun, amalkan makan vitamin C. Insya'allah bibir yang sering pecah-pecah akan berkurangan.


Selain itu, petua mengatasi bibir yang pecah rajin-rajinlah sapu dan oleskan sedikit mentega. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan merawat dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah. Seterusnya menyerlahkan bibir kemerahan bak delima yang menguntum segar.

Petua Penjagaan Bibir Iaitu Bibir Kering, Bibir Pecah-pecah dan Melembapkan Bibir


Untuk merawat bibir yang kering pula, petuanya adalah rendamkan beberapa kelopak bunga mawar dalam susu segar selama 1 -2 jam. Selepas itu ambil air rendaman itu dan sapu pada bibir. Kaedah ini di katakan bukan sahaja membantu melembapkan bibir yang kering malah boleh menyegarkan warna bibir yang semulajadi dan tidak hilang serinya.

Beberapa petua lagi yang boleh di ikuti untuk mendapatkan bibir yang cantik dan menjauhkan dari menjadi kering dan pecah-pecah serta seterusnya melembapkan bibir sehingga menjadi cantik menawan adalah oles susu pekat pada bibir, gunakan timun yang di hiris nipis dan gel lidah buaya.

Cara pertama iaitu oles susu pekat pada bibir lebih kurang atau 2 jam setiap hari. Jangan di jilat pula, tak menjadilah petua ni. Seeloknya amalkan satu atau 2 jam sebelum mandi. Selepas tu boleh cuci seperti biasa. Sangat meembantu membuang sisa kulit kering pada bibir.

Cara kedua pula kalau tak suka pakai susu nanti semut hurung, boleh guna cara dengan menggunakan timun pula. Hiris timun nipis-nipis, tepek di bibir atau gosok pada bibir untuk melembapkan bibir. Buatlah selalu, baru nampak keberkesanannya.

Cara lain pula adalah  menggosok  dengan  gel  lidah  buaya. Kalau ada gel  lidah  buaya  yang  segar lagi bagus. Ia di katakan dapat menyembuhkan bibir pecah, merekah dan kering  dengan lebih singkat. Berapa lama..? Jangan tanya, aku pun belum pernah cuba pada diri sendiri... hehe!

Untuk berkongsi petua dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s :  Kutip dari pembacaan di FB dan  internet... huhu!

2 comments:

Scha Nazri said...

sekarang musim panas lagi melampau keringnya. haha. thanks for the tips!

Farahain ZFA said...


ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...