Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Nasi Lemak Sotong, Juadah Pagi Minggu Yang Sedap

11:39:00 AM Noor Akma 5 Comments

Dah lama sungguh aku tak masak nasi lemak. Biasanya kalau nak bersarapan nasi lemak, pergi beli sahaja di tepi jalan kawasan perumahan aku ni. Nasi lemak yang menjadi pilihan kami sekeluarga sudah tentulah nasi lemak sotong. Jadi, di suatu pagi minggu lepas aku buatkan sendiri nasi lemak sotong ini untuk santapan keluarga. Kemain suka la nak-anak aku tu...

Resepi Nasi Lemak Sotong, Juadah Pagi Minggu Yang Sedap
Resepi Nasi Lemak Sotong, Juadah Pagi Minggu Yang Sedap

Nasi lemak yang biasa di jual sekarang entah kemana lemaknya menghilang tak tahulah. Mungkin tak letak santan atau kalau letak pun sedikit sangat sampai terasa macam nasi biasa berlauk sambal sahaja. Entah apa-apa lah nasi lemak yang di jual sekarang ni. Kalau dah macam tu, bukanlah boleh di panggil nasi lemak lagi... kan!

Sepagian itu, harum semerbak bau nasi lemak aku yang sedang di tanak. Lengkap dengan santan, daun pandan, halia dan rempah ratus 3 sekawannnya. Barulah di panggil nasi lemak yang sebenarnya. Tambah satu sudu teh garam untuk menaikkan rasa santan untuk lebih rasa lemak. Pasti lazat dan memikat... hihi!


Di tambah dengan sambal sotong pedas yang cili kisarnya di goreng lama sehingga bertukar warna merah pekat dan pecah minyak. Walau pedasnya menyengat tapi dek rasa yang memikat membuatkan kesedapannya itu meneutralkan pedas yang ada. Barulah di namakan sambal yang sedap dan tidak berbau seperti rumput kering. 

Resepi Nasi Lemak Sotong, Juadah Pagi Minggu Yang Sedap


Aku bagilah resepi biasa yang aku buat. Mudah dan biasa-biasa sahaja. Ramai yang tahu buat macam ini. Resepi nasi lemak dan sambal sotong cara aku sendiri. Ikut sedap tekak dan rasa kami sekeluarga yang suka rasa yang pedas. Untuk yang tak tahan pedas, sambol sotong tu, kurangkan cilinya.

Nasi Lemak 

Bahan-bahan:
4 cawan beras
2 cawan santan dari setengah biji kelapa
2 hiris halia
2 helai daun pandan
Rempah 3 serangkai
1 sudu teh garam
(kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
Air secukupnya

Cara-cara:
Beras  di cuci bersih. Cara aku menyukat air untuk mengelakkan nasi lemak menjadi lembik adalah dengan menyukat air seperti memasak nasi biasa. Selepas tu air di dalam beras di tuang ke dalam jag. Ukur berapanya banyak atau paras air di dalam jag. 

Tuang keluar air lebih separuh dari jag dan  pastikan air di  jag itu boleh muat dengan 2 cawan santan. Masukkan santan dalam jag. Pastikan ukuran sama dengan ukuran air beras tadi. Kalau tak cukup tambah air. Masukkan kembali air yang dah campur santan ke dalam beras. Gerenti nasi sedang elok je masakannya. Tak lembik dan tak keras. 

Sebelum  menanak nasi tu, masukkan bahan-bahan lainnya iatu halia, daun pandan, rempah 3 serangkai dan garam. Masak seperti biasa. Dah masak, kareh nasi sedikit atau kacau balikkan bahagian atas nasi tu. Siap!

Sambal Sotong

Bahan-bahan:
1/2 kg sotong
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 ketul bawang besar
1 sudu makan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air dan minyak masak secukupnya.

Cara-cara:
Siang dan cuci bersih sotong. Nak guna sotong kering pun boleh. Tapi kena rendam semalaman dulu la. Bawang merah dan bawang putih di cincang halus. Boleh juga di tumbuk lumat. Bawang besar di hiris kasar. 

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan pes asam jawa bersama bawang besar. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Reneh lama dengan api kecil sehingga betul-betul pecah minyak dan masak.

Masukkan sotong dan tutup kuali dengan penutup dalam 3 - 5 minit. Sotong akan mengeluarkan arinya. Setelah itu buka tutup dan masak sehingga air sotong menjadi pekat. Rasa sedikit sambal sotong ni untuk memastikan cukup rasa. Kalau kurang garam. gula dan asam, boleh tambah. Setelah itu boleh angkat dan hidangkan. 

Hidangkan  nasi lemak sambal sotong ini bersama telur rebus, timun hiris dan ikan bilis. Boleh tambah kacang tanah goreng tapi anak-anak tak suka. Ikan bilis tak ingat la pulak. Apapun masakan aku ni memang win. Anak-anak bagi 10 bintang. Dah lama mereka tak merasa nasi lemak yang aku buat. Asyik makan nasi lemak beli je... huhu!

Nak tengok macam-macam resepi di blog ini klik SINI

p/s: Anak suruh aku berniaga nasi lemak la pulak. Tak nak aihhh... Tak ada untung kalau buat macam nak makan sekeluarga ni. Semua bahan berlebihan... huhu!

5 comments:

Sheila Adziz said...

aduihhh... mmg sedap la nasi lemak sotong... nice sharing... hehe

woww woww hebat la kak akma! nak cikedd nasi lemak. hehhee

Nasi lemak mmg mknn kegemaran semua org..

Asyiqin said...

alahai lapar balik tgk gambar ni :)

Aida kurang pandai buat nasi lemak :-)
Aida naik resepi ni ye. Tq.

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...