Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

6:42:00 PM Noor Akma 0 Comments

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 | Nasib baik tak terlupa nak join segmen ini. Rugilah kalau tak join. Bloglist di tempek di blog blogger yang di kenali ramai, siapa yang tak nak.. kan!. Apatah lagi boleh mengenali para blogger dari selurun tanahair. Jom join Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 by Hasrul Hassan nih..!



Klik banner untuk join yer...

Setelah meneliti beberapa perkara yang perlu di ikuti, rasanya layaklah aku join segmen ini... hehe! Tang jawab soalan ni yang aku payah sikit nak jawab. Tapi aku cuba lah dengan sebaiknya. Di sebabkan aku ni suri rumah sepenuh masa, apalagi yang biasa aku buat, zzzz ... hahaha!


1. Kalau boleh memang lah nak hari-hari pergi ke masjid atau surau terawih tapi ikut masa kerja en.suami. kalau en.suami kerja shift siang, bolehlah pergi. Bukannya apa, masjid dan surau tu jauh dari rumah. 

2. Mengaji dan khatam Al-Quran di ramadan ini. (Biasa buat setiap ramadan tapi jarang dapat habiskan,)

3. Ofkoslah masak juadah yang sedap-sedap untuk anak-anak. Anak-anak jenis tak makan nasi waktu berbuka. Nasi makan lambat atau makan waktu sahur je. Kena masak hidangan yang lain tapi mengenyangkan.

4. Lebih banyak berdiam diri dari membawang. Ada ke aku rajin membawang.... Xde lah.. hahaha! Tapi potong bawang nak masak gulai itu mesti... !

5. Nak lebih banyak beramal ibadat, Almaklum umur bukan semakin muda... Asyik sibuk nak kejar dunia je, kan.. huhu!

Itu je lah... Sedikit kecoh dengan gaya merepek dan meraban... hahaha! 

p/s : Segmen ini bertujuan untuk semarakkan lagi hubungan antara rakan blogger dengan aktiviti blogwalking, selain melafazkan azam untuk ibadah dan amalan baik di bulan Ramadan tahun ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...