Sumbangan Nur Ramadan Meringankan Beban Golongan Asnaf

10:08:00 AM Noor Akma 52 Comments

Tirai nur ramadan bakal tersingkap lagi tahun ini dalam tak sampai sebulan lagi. Ramai yang lambat ganti puasa sedang bertukus lumus mengharunginya sebelum berakhirnya syaaban ini. Seterusnya tabir nur ramadan akan terbuka luas dan bulan yang mulia akan menjelma. Tingkatkan amalan, tetapkan iman sesungguhnya amalan berpuasa mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t.

Sumbangan Nur Ramadan Meringankan Beban Golongan Asnaf
Sumbangan Nur Ramadan Meringankan Beban Golongan Asnaf

Sudah jadi kebiasaan dan resam dunia, dalam kehidupan ini ada yang senang dan ada yang kurang serta tidak berkemampuan. Ada juga yang asalnya senang merasa susah akhirnya kerana ketua keluarga tak punya pendapatan tetap. Apatah lagi bila ada anggota keluarga yang sakit terlantar dan memerlukan rawatan. Yang merasa dan menanggung kepayahan ini saja yang tahu tentang keperitan hidup yang mereka alami.


Hidup di bandar besar seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memang sungguh mencabar bagi yang tidak  berharta dan tidak berkemampuan. Jadi, program sumbangan Nur Ramadan ini bagaikan pelita di malam gelap nan sepi bagi golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan seumpamanya. Bolehlah meringankan beban mereka dan merasa sedikit kehidupan indah seperti orang lain. Apatah lagi Aidilfitri hampir menjelang tiba.

Program Nur Ramadan Kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Al-Bukhary, dan Yayasan Wilayah. 


Program Nur Ramadan ini diadakan di 13 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan dihadiri golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan. Kesempatan yang ada dimanfaatkan oleh MAIWP untuk menyalurkan bantuan zakat kepada mereka yang layak. Sejumlah RM1.35 juta telah disalurkan kepada 9,000 orang penerima di mana setiap mereka menerima RM150.

Program sumbangan Nur Ramadan di ungkapkan agar dapat memberi sinar kebahagiaan untuk semua dan untuk kesejahteraan rakyat jelata.“Mudah-mudahan penyampaian sumbangan Nur Ramadan ini akan memberi sinar kebahagiaan kepada golongan kurang berkemampuan,” kata  Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika berucap merasmikan program Nur Ramadan parlimen Lembah Pantai.

Gambar Di Majlis Sumbangan Nur Ramadan Untuk Golongan Asnaf
Gambar Di Majlis Sumbangan Nur Ramadan Untuk Golongan Asnaf

Pada perkembangan sama, beliau turut mengumumkan sumba­ngan wang tunai sebanyak RM30,000 dari Yayasan Wilayah Per­sekutuan untuk menaik taraf ke­mudahan Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Lembah Pantai. Ini tandanya syiar Islam akan terus menjalar dan mantap di hati sanubari warganya. Program Nur Ramadan ini turut melibatkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Al-Bukhary, dan Yayasan Wilayah.

Dalam kemuncak program Nur Ramadan pada 16 Jun, MAIWP turut menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM100,000 kepada Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur nanti. Seluruh wargakota di layan samarata. Hatta pengemis dan gelandangan jalanan sekalipun tidak di pinggirkan dari arus kemodenan ini. 

Indahnya negaraku apabila wargakota berkongsi nikmat kemakmuran negara dengan seluruh penghuninya tanpa mengira darjat dan pangkat serta keturunan. Itulah nikmat Nur Ramadan yang menerangi seluruh wilayah yang indah permai ini... Sayangi bandarayaku, sayangi DBKL, sayangi Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur ibu negaraku, ibu pertiwi... huhu!

Nak lihat lebih informasi di blog ini, klik SINI

p/s : Tetiba lagu 'aku negaraku' terlintas di fikiran, sebak la pulak... aish-aish!

#pic fr google

52 comments:

aima hassan said...

Syukurlah untuk diorang semua

Selalu kalau cakap pasal zakat, ade je yang cakap tak sampai ke golongan yang sepatutnya...sebabtu ada bagusnya program-program macam ni, at least kita nampak kemana saluran sumbangan tu...

el said...

alhamdulilah semoga program ni dapat diteruskan

sebak pulak baca entry ni😂 alhamdulillah dengan adanya program macam ni dapatlah mereka merasa berpuasa seperti orang lain ☺

zaza iman said...

Alhamdulillah.. Seronok tgk mereka2 ni dibantu.. Moga program spt ini sentiasa diteruskan :)

Fieza Sani said...

alhamdulillah..bantuan yang diberi dpt juga meringankan keluarga atau golongan yang kurang kemampuan..tu menunjukkan mereka yang berkenaan memberi sumbangan sama rata kepada semua rakyat Malaysia... #sayangmalaysia...eh..tetiba patriotik plak..haha

Mawar Assufi said...

Program mcm ni perlu tetap dteruskan :)

Eny Abdullah said...

Sumbangan yang sgt ditunggu tunggu oleh golongan asnaf...

Mrs Pip said...

program mcm ni sememangnya bagus dan harap akan diteruskan setiap tahun ...

Tak salah berkongsi kegembiraan bg yg memerlukan. Usaha murni ni sepatutnya diteruskan sampai bila-bila...

Program macam ni kena dihebahkan supaya sebab ramai yang ingin menyumbang tapi tak tahu saluran yang mana.

CN puji inisiatif DBKL 👍

Mrs FaRa said...

Alhamdulillah.. program yg sgt baik

Rodiah Amir said...

Alhamdulillah semoga usaha yang baik ini diteruskan supaya golongan yang berhak mendapat bahagian mereka

Alhamdulillah. Subangan bagi meringankan beban para asnaf ini sangat ditunggu2 oleh mereka.

Alhamdulillah masih ada yg perihatin nasib golongan yg kurang kemampuan ni kan

::EIDA:: said...

Alhamdulilah. Syukur. Masih ada yg mengingati mereka. Smoga program ini diteruskan smpai bila bila.

Mar Mansor said...

alhamdulillah ada majlis begini.
Janji Kita

jessie koo said...

Tak tau pula ada program ni. Nanti Jessie sharing ya. Penuh makna. Harap teruskan sampai bila bila

Khaty said...

Alhamdulillah..semoga program ini akan sentiasa diteruskan

Mastura Din said...

Alhamdulillah.. Sumbangan gini dapat tolong golongan asnaf dll merasai kemeriahan Ramadhan dan syawal mcm org laen jugak

Mia Liana said...

syukur... dengan adanya bantuan sumbangan seperti ini... sokong untuk diteruskan...

Alhamdulillah.. sumbangan Nur Ramadhan ni patut diteruskan! :D

irra yyan said...

Tak lama dah nak raya. Eh nak puasa..selamat berpuasa

Nina Mirza said...

Alhamdulillah... Moga bantuan sebegini meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

mamapp said...

Program ni bagus sangat.. boleh mengurangkan Bevan rakyat

Alhamdulillah murah rezeki kita kalau selalu bersedekah kan..

AimNub Haris said...

semoga dgn bantuan ini, sambutan Ramadhan mereka lebih bermakna.. :)

...

aRzMoHa said...

Alhamdulillah moga dengan bantuan ini dapatengurangkan sedikit kekurangan yang ada

Dik bee said...

Indahnya bulan ramadhan bila ramai yang memberi sumbangan kepada mereka yg memerlukan.

Alhamdulillah puasa sangat bermakna bagi yang memerlukan

Anizz Annisa said...

program mcm ni wajar diadakan..memang terbaikk

alhamdulilah ringan beban mereka

Alhamdulillah.. Ianya dapat meringankan beban orang yang memerlukan. Semoga program macam ni berterusan

Ema Tunz said...

Dapatlah meringankan beban golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU merasa sedikit kehidupan indah seperti orang lain.

Semoga program program macam nih diteruskan untuk membantu mereka yang memerlukan

Alhamdulillah. Moga usaha murni ini dapat di teruskan

Bagus ada bantuan macam ni, dia orang pun nak bergembira jugak kan :)

sama-sama dapat merasa dengan berkongsi rezeki seperti ini

www.maisarahsidi.com

Maria Firdz said...

Seronok lihat org lain seronok...

Lebih banyak program sebegini, insyaAllah makmur sentosa Malaysia. Moga Malaysia sentiasa berada dalam kemakmuran. Sebak juga bila terbayang perasaan masyarakat yang dibantu.

irra yyan said...

Lagi dua minggu nak puasa. Dok baca review buffet makanan je.hari ni baca entry kak, sedih rasa. Meraikan mereka yang memerlukan. Bantuan tu boleh guna buat modal meniaga..

Cik Tie said...

Alhamdulillah, semoga program ini dapat diteruskan

Cik Puan Ena said...

Alhamdulillah. Semoga sentiasa diberkati ntk semua org yg terlibat.

bestnya bila kebajikan terjaga sentiasa

Tahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

iuzira said...

semoga program ni di teruskan sampai bila-bila supaya mereka yang susah beraga gembira dan tak rasa beban sebab ada yang sudi bantu

bagus de program camni.. ptt diteruskan

Syukur di atas bantuan yang diberikan. Dapat juga meringankan sedikit beban penerima.

kak gojes said...

satu program yang beri manfaat pada masy terutama golongan asnaf. perlu lebih byk hebahan dan diluaskan program sebegini

Program mcm ni lah yg sgt bermanfaat utk rakyat. Alhamdulillah,moga diteruskan =)

Ana Jingga said...

Semoga usaha murni ni berterusan membantu golongan asnaf bandar

khaty aiman said...

alhamdulillah, semoga program ini memberi manfaat yang sepatutnya kepada penerima nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...