Cerita Pelanggan Online Menipu Beli Baju Tak Muat Koyakkan Nak Minta Duit Balik

12:13:00 PM Noor Akma 6 Comments

Aku nak luahkan sebuah cerita tentang pelanggan online menipu beli baju tak muat koyakkan nak minta duit balik. Memang bengang habis aku dengan dia ni. Nasib baik di tenangkan oleh anak bujang dan tak bagi aku meroyan marah-marah pelanggan online menipu tu. Mana tidaknya, cara dia nak menipu sampai koyakkan baju tu, awal-awal lagi dah kantoi, tak kena dan tak relavan langsung.

Cerita Pelanggan Online Menipu  Beli  Baju Tak Muat Koyakkan Nak Minta Duit Balik
Cerita Pelanggan Online Menipu  Beli  Baju Tak Muat Koyakkan Nak Minta Duit Balik

Bertahun-tahun aku menjadi seorang dropshipper dan reseller pakaian dari butik dan supplier pakaian di seluruh Malaysia ni. Banyak pengalaman aku dengan ragam pelanggan dan juga supplier. Banyak karenah para pelanggan yang kadang-kadang membuatkan aku bengang dan pening kepala. Aku anggap sebagai cabaran dan dugaan. Tapi pelanggan nan satu ni buat aku bengang dan rasa nak meroyan habis tau...!!

Cerita Pelanggan Online Menipu  Beli  Baju Tak Muat Koyakkan Nak Minta Duit Balik


Biarlah aku ceritakan rentetan tentang pelanggan ni. Mula-mula macam biasa pelanggan nak order baju. Dia tunjuk gambar baju dan nak saiz M. Aku beritahu, stok baju ni tak ada saiz M.Tapi yang ada 2 saiz iaitu saiz S/M dan L/XL. Jadi aku bagi dia tengok sheet ukuran. Suruh dia ukur betul-betul mana saiz yang dia muat.

Dia pilih saiz S/M  yang di label baju tertulis saiz S. Lengkap di sheet ukuran tu tertulis. Bila dia buat bayaran, aku seperti biasa submit order pada supplier. Dalam masa 3 hari baju pun sampai ke tangan dia. Elok sahaja di beritahu baju dah sampai dan puji baju tu cantik.

Tapi dia kata baju muat di pakai tapi kain tak muat pada punggungnya. Dia tanya aku kalau boleh tukar. Dah tentulah tak boleh tukar sebab itu peraturan supplier. Lagipun aku dah suruh dia ukur betul-betul saiz. Dan aku juga beritahu kalau ada kerosakan baru boleh tukar. Seterusnya aku janji nak tolong dia jual baju tu balik kalau ada orang  nak beli. Aku siap letak gambar baju tu di carousell untuk tolong dia jualkan.


Tetiba 5 hari kemudian, dengan marah-marah dan penuh emosi, call aku bertalu-talu suruh baca wassap. Ingatkan apa halnya. Siap whassap marah-marah mengatakan aku hantar baju koyak pada dia. Tunjuk gambar punyalah besar gedabak koyak dia. Terang dan jelas koyak tu macam kena puntung rokok je.

Lepas tu merepek meraban marah-marah kata dapat baju kecil saiz S bila aku ungkit pasal dia pernah whassap aku beritahu tak muat baju tu dan minta tukar. Aku jadi tak faham dengan gaya lakonan dia tu. Nampak sangat gaya menipunya yang sesuatu sangatttttt... Menyampah!!!

Dah pastilah bila aku rujuk dengan supplier, dia tak mahu layan. Tak mungkinlah koyak sebesar alam itu dia tak nampak. Lagipun pihak supplier dah biasa dengan penipuan sebegini. Disebabkan baju tak muat, nak minta ganti dan refund, sanggup koyakkan baju. Lagipun terma dan syarat 3 hari dah tamat tempoh.

Bila supplier tak nak layan dan ambil peduli, apa lagi yang perlu aku katakan. En. suami pun tak benarkan aku layan dan suruh buat tak peduli sahaja. Dah beberapa hari ni, tetiba pelanggan beritahu dah pos baju pada supplier. Katanya pos pada alamat yang aku hantar. 

Eh, bila pula aku hantar alamat supplier pada dia. Siap suruh supplier refund dan minta no. telefon supplier.  Dalam pengetahuan aku, bila supplier pos baju pada pelanggan dia ada letak alamat dan no. telefon pada tracking poslaju tu. Jadi, kalau dia pos menggunakan alamat di slip tracking, mesti dia ada no. telefon supplier. Lagi pun dia tak pula tunjuk slip tracking yang dia pos tu. Semacam sesuatu sangat pelanggan ni... heh!!!

Aku maklumkan pada supplier dah. Supplier kata dia nak buat bodoh je. Aku pun juga memang nak buat tak tahu saja. En, suami pun suruh tak payah layan. Cuma aku risau sikit takut dia viral no. akaun aku. Tapi apapun aku kena bertawakkal jugalah. Rezeki di tangan Allah. Yakin dan redha.. ya dak!

Nak baca luahan dan macam-macam cerita di blog ni... klik SINI

p/s : Catatan dan luahan yang membengkak di jiwa...  Apa dia ingat aku ni mudah kena tipu ke.. Ada niat nk tolong, terus tak jadi.. huh!!!

6 comments:

Juadah Bersahur | Ikan Bilis Sambal Campur Kentang

9:55:00 PM Noor Akma 4 Comments

Kebiasaannya juadah berbuka kami sekeluarga adalah hidangan berat yang berkuah. Contohnya seperti meehoon sup, laksa, laksam, mee bandung ataupun seperti juadah makan tengahari yang biasa. Jadi untuk hidangan juadah bersahur pula cukup dengan satu lauk yang kering sahaja. Ikan bilis sambal campur kentang inilah juadah yang biasa di buat waktu bersahur. Antara juadah kegemaran en suami dan anak-anak.

Juadah Bersahur | Ikan Bilis Sambal Campur Kentang
Juadah Bersahur | Ikan Bilis Sambal Campur Kentang

Dah hampir menjangkau pertengahan puasa dah kini. Juadah ini sudah beberapa kali aku buat untuk hidangan bersahur. Sentiasa membuka selera menikmatinya. Membuatnya pun paling ringkas dan mudah. Kebiasaanya aku buat juadah ni sebelum melelapkan mata. Jadi, waktu berbuka tinggal hidangkan sahaja di meja makan untuk di nikmati.


Tiada kerajinana aku nak buat masa waktu bersahur tu. Takut tak sempat untuk makan nanti. Al maklum bangun tidur waktu tu mamai sikit. Tapi kalau yang rajin tahap mega tu bolehlah buat masa bersahur. Tapi seeloknya kena siapkan bahan-bahan dulu pada tengah malam sebelum tidur. Di sini aku letak resepi campak-campak aku untuk sambal ikan bilis ni... hehe!

Juadah Bersahur | Ikan Bilis Sambal Campur Kentang


Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis
2 biji kentang
3 sudu makan cili giling
2 biji bawang besar
Secebis asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Ikan bilis di bersihkan dan di goreng garing. Kentang di buang kulit di hiris nipis dan di bersihkan dan digoreng sehingga lembut. Bawang besar juga di hiris nipis dan di goreng garing.

Tumis cili giling dalam kuali dengan minyak secukupnya sehingga naik bau. Masukkan asam keping dan garam serta gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah di goreng garing, kentang yang di goreng dan bawang yang telah di goreng juga.

Kacau sehingga semua bahan bersalut dengan cili. Setelah itu bolehlah di angkat. Juadah bersahur sudah sedia untuk di hidangkan masa bersahur nanti. Selamat mencuba.

Pada hari-hari biasa pun aku selalu buat hidangan ini. Hidangan bajet waktu kesempitan atau buat menambahkan lauk sewaktu makan malam apabila lebihan lauk tengahari tak cukup. Lauk ni sentiasa menjadi kegemaran en, suami. Cuma aku saja yang kurang minat dengan lauk ni. Tekak aku ni memilih juga... heh!

Banyak resepi aku kongsi di blog ni.... Nak lihat, klik SINI

p/s: Tak minat pun kena masakkan juga. Dah tanggung jawab seorang isteri dan ibu... :)

4 comments:

Cookies Raya 2018 Khaisyadelite Yang Lain Dari Biasa Dan Semestinya Sedap

12:45:00 PM Noor Akma 4 Comments

Cookies Raya 2018 Khaisyadelite | Tiap kali raya mesti ada kueh raya. Kueh raya zaman dulu macam bauhulu, kuih bangkit, putu kacang, batang buruk dan lain-lain lagi memang evergreen tiap kali raya. Kueh yamg moden adalah tart nenas, kueh dahlia, kueh semperit dan beberapa lagi. Kini kueh raya mengalami transformasi lebih moden dan canggih dengan adanya Cookies Raya 2018 Khaisyadelite.



Tenganga aku melihat brownies cookies yang berkedut-kedut di permukaannya macam kek brownies kedut tu. Cantik sangat bentuknya dan aku dah rasa. Sedap yang amat dan penuh dengan rasa coklat. Makan sekeping brownies cookies ni bagaikan makan sekeping coklat cadbury. Bayangkan betapa lazatnya cookies ni.


Selain brownies cookies, ada beberapa lagi cookies keluaran Khaisyadelite yang tak kurang menariknya dari segi rupa dan yang pasti rasanya mesti mengancam habis. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasa dan menghidangkan cookies ini untuk tetamu di hari raya nanti. Mesti jadi  ingatan para tamu kerana adanya cookies Khaisyadelite.

Cookies Raya 2018 Khaisyadelite Yang Lain Dari Biasa  Dan Semestinya Sedap


Di bawah ini di sertakan gambar Cookies Raya 2018 Khayshadelite dan harganya  sekali :


Almond Choc Tart : 
- Pek 50pcs Rm30
- Pek 25pcs Rm16



ChocChip Cookies : 
- Pek 320gm Rm30
- Pek 160gm Rm16



Brownies Cookies : 
- Pek 60-65pcs Rm20
- Pek 30 pcs Rm10



Conflakes Cookies : 
- 50pcs rm28

Khaisyadelite Cookies nampak sedap dan berbeza dari cookies raya yang biasa.. kan! Delivery @ selfpickup sekitar Putrajaya/ Cyberjaya. Sekiranya berada jauh dari Putrajaya/ Cyberjaya boleh runding dengan pihak  Khaisyadelite Cookies untuk cara pembelian dan penghantaran.

Berminat, whatsapp nombor di bawah ini :

0196228446

Atau

01139336816

*Blog bergaya santai dan berinformasi di SINI

p/s : Ingat kueh raya, ingat cookies raya Khayshadelite tau... Sedappp!!!


4 comments:

Kelengkapan Haji Dan Umrah Di Butik Haqqi Dan Fesyen Islamik Mampu Milik, Jom Ke Sini...

11:12:00 AM Noor Akma 3 Comments

Hari minggu kelmarin  berkesempatan shopping di Seksyen 7 Shah Alam. Berjalan-jalan sekeliling butik yang ada di kawasan tu, tergerak hati masuk satu butik ini. Nama butik tu 'haqqi' Unik nama butik tu. Butik Haqqi yang menyediakan kelengkapan keperluan haji dan umrah. Di Butik Haqqi ini ada juga fesyen islamik terkini di jual tau. Boleh pilih baju raya sekali... huhu!

Kelengkapan Haji Dan Umrah Di Butik Haqqi Dan Fesyen Islamik  Mampu Milik, Jom Ke Sini...

Bila asyik shopping baju raya tu, jangan lupa shopping telekekung raya sekali. Jadi, boleh shopping telekung raya di Butik Haqqi. Cantik dan lembut kain telekung dia. Macam-macam rekaan telekung terkini ada di jual di sini. Rambang mata di buatnya. Boleh pilih yang berwarna atau yang putih suci seperti biasa.




Suasana Di Butik Haqqi  Jom Ke Sini...

Ada juga yang bersulam penuh di hujung kain dan ada yang terkini yang belum pernah aku tengok seperti yang bercorak jalur di hujung kain telekung tu. Pilih yang mana satu berkenan di hati. Beli untuk diri sendiri, anak-anak dan emak di kampung. Nanti boleh pakai telekung baru pergi solat Aidilfitri nanti. Bukan hanya berbaju baru, juga bertelekung baru.


Jalan-jalan di dalam butik tu, bukan hanya telekung saja, jubah dan kurta untuk lelaki pun ada di jual. Boleh beli untuk suami dan anak lelaki juga. Kenalah beli untuk mereka juga. Nanti di cop double standard pula. Dah beli telekung untuk yang perempuan, yang lelaki nak juga. Betul tak.. nangis diorang.. hahaha!



Baju raya pun ada di jual di sini. Pilih sajalah fesyen yang mana nak. Semuanya fesyen islamik menutup aurat. Cantik-cantik juga pilihan yang ada. Hinggakan dah tak tau yang mana satu nak di pilih. Pilih jangan tak pilih. Dah berkesempatan berkunjung ke Butik Haqqi, rugilah kalau tak membeli.

Kelengkapan Lengkap Haji Dan Umrah Di Butik Haqqi

Melihat-lihat dan meninjau seluruh butik ini yang menyediakan kelengkapan haji dan umrah dibawah satu bumbung, terdetik hati iatu sekiranya satu hari aku dapat peluang ke Mekah Al Mukarramah aku dah tau di mana nak membeli segala kelengkapan dan persiapan. Dah tentulah di Butik Haqqi. 

Segalanya lengkap dari A sampai Z, dari beg, tali pinggang sarung kaki sehinggakan barang-barang penjagaan diri pun ada di jual di sini. Jadi tak payah ke sana dan kesini mencari satu persatu kelengkapan haji dan umrah. Menjimatkan  masa dan tenaga. 

Bilalah aku dapat pergi ke sana, agakmya. Ada beberapa tahun dulu sebuah organisasi ni tawarkan aku dan suami mengerjakan umrah dan di tanggung mereka. Baru nak rasa gembira ada khabar mengatakan kami tak layak kerana ada kekangan urusan kehidupan. Sabar dan redha ajelah. Mungkin belum ada rezeki memihak pada kami.

Dah shopping Di Butik Haqqi, Anda Bila Lagi ..!

Apapun aku sarankan sesiapa yang nak menunaikan umrah dan haji, berkunjunglah ke  Butik Haqqi. Nak beli baju raya pun boleh datang juga ke sini. Cantik-cantik dan berkualiti pakaiannya tau. Tak rugilah kalau membeli belah di sini. Pada yang tinggal jauh dari Butik Haqqi, boleh saja shopping online. 

Di bawah ini di sertakan alamat Butik Haqqi di  Shah Alam dan link WEB, IG dan FB Butik Haqqi:

Alamat: 

Butik Haqqi Shah Alam
NO 13 &15, JALAN PLUMBUM S7/S,
SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
03-55234798

WEB: haqqi.com.my


**Dah puas berceloteh di sini, apa kata baca pelbagai informasi di blog ni... Klik SINI

p/s : Pernah ada yang tanya, di mana nak dapat barang-barang  keperluan nak menunaikan haji dan umrah di Shah Alam. Aku tak tau, walau dah lama tinggal di Shah Alam. Sekarang aku dah tau jawab... Di Butik Haqqi.. yeayh!!

3 comments:

Resepi Char Kuay Teow Ringkas, Sedap Dan Lazat Hingga Menjilat Pinggan

1:34:00 PM Noor Akma 5 Comments

Char Kuay Teow Ringkas | Inilah resepi char kuay teow aku yang ringkas  cara penyediaannya. Tapi sedap dan lazat. Juadah hari ketiga ramadan hari tu. Aku dapat resepi char kuay teow ringkas ini dari internet juga dalam 5 - 6 tahun lepas. Dah tak ingat dari blog mana. Banyak cara penyediaan tapi aku pilih cara ini. Lebih mudah dan ringkas.

Anak-anak paling suka kalau aku masak juadah ini. Tak kira lah di waktu bulan puasa atau pada hari biasa. Dah pernah juga aku buat char kuay teow ini pada open house hari raya untuk kawan anak-anak beberapa tahun lepas. Sedap sangat kata diorang hingga menjilat pinggan... hehe!

Resepi Char Kuay Teow Ringkas, Sedap Dan Lazat
Resepi Char Kuay Teow Ringkas, Sedap Dan Lazat 

Resepi ni main agak-agak saja nak sayur taugeh dan kucai banyak mana. Juga bahan seperti udang pun boleh nak letak banyak atau sikit. Udang tak dapat di tinggalkan kerana ia adalah penyedap masakan ini. Tapi kerang kalau tak ada pun tak apa. Jadi aku tak letak kerang.

Untuk resepi yang ini, selain udang aku letak fish cake dan isi ayam. Biar lebih banyah rencah-rencahnya. Kicap pula aku pakai kicap biasa sahaja. Kalau nak dapatkan warna yang lebih hitam, seeloknya gunakan kicap pekat atau di panggil kicap mee. Kicap biasa pun boleh juga. Rasa tak berbeza cuma dari segi rupa.


Selain itu yang tak dapat di tinggalkan adalah cili jeruk. Kalau tak ada cili jeruk tak menjadi rasanya char kuay teow itu. Ini juga aku buat cara ringkas. Tak ada lah aku buat cili jeruk yang di peram 2 - 3 hari. Cili jeruk segera sahaja yang aku gunakan. Nanti aku tunjukkan sekali cara buatnya.

Resepi Char Kuay Teow Ringkas, Sedap Dan Lazat Hingga Menjilat Pinggan


Bahan-bahan :

Kuah
10 ekor udang sederhana
7 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kicap
1 ketul kiub ayam
2 liter air
Garam dan gula secukup rasa

Cara buat Kuah:

Udang di bersihkan, di asingkan kepala dan ekornya dari badan. Ketepikan badan udang untuk proses membuat char kuay teow nanti. Kulit dan kepala udang di rebus dengan air, di tapis dan ambil airnya. 

Bawang putih di tumbuk pecah-pecah saja. Masukkan semua bahan seperti bawang putih yang telah di tumbuk, sos tiram, kicap dan kiub ayam  ke dalam periuk berisi air rebusan udang. Didihkan dan ketepikan.

Kuah ini boleh buat awal atau kalau ada lebihan boleh simpan untuk di gunakan buat lagi pada hari lain.

Bahan Char Kuay Teow:

3 bungkus kuay Teow
Isi udang
Isi ayam
Fish cake
Taugeh
Kucai
Cili giling 
5 biji telur
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Kuay teow dibasuh bersih dan tapis. Isi ayam di potong kecil,  Fish cake di hiris nipis. Taugeh di buang ekor dan kucai pula di potong-potong. Panaskan  kuali dengan api yang besar. Tumis cili giling hingga naik bau semerbak. 

Masukkan sedikit kuah kicap char kuay teow, Masukkan selepas itu isi udang yang kepala dan ekornya telah di gunakan untuk membuat kuah sebelumnya. Masukkan juga isi ayam dan fish cake. Kacau dengan cepat. 

Seterusnya masukkan taugeh dan kucai. Pecahkan telur pula. Bila telur hampir pekat, masukkan  kuay teow. Kacau rata. Sekiranya nak char kuay teow berkuah letak kuah kicap lebih banyak. Sesuaikan dengan cita rasa sendiri.

Bahan cili jeruk segera

10 - 12 biji cili hijau
1/2 sudu garam
1 sudu gula
2 sudu cuka
Air secukupnya

Cara:

Cili hijau  di hiris-hiris sahaja. Selepas rebus cili hijau bersama sedikit air. Cukup hanya separas jumlah cili sahaja. Biar sampai mendidih. Selepas tu angkat dan isi jeruk cili hijau dalam bekas. Letak garam, gula dan cuka serta kacau hingga garam dan gula larut.

Dah boleh di makan bersama char kuay teow. Tak jauh beza rasanya dengan jeruk cili hijau yang di peram 2 -3 hari tu. Kalau tak ada cili jeruk, makan char kuay macam kurang rasa.... kan!

Inilah resepi cara sendiri. Olah dari resepi di internet.  Char kuay teow ni sedap di makan panas-panas. Jadi aku siapkan semua bahan terlebih dahulu. Kuah kicap dan cili jeruk aku dah siapkan awal. Tinggal menumis char kuay teow sahaja aku buat dalam 20 minit sebelum berbuka puasa.

Aku buat sekali gus ni. Kalau di kedai orang buat goreng sepinggan demi sepinggan mengikut pesanan pelanggan. Nak makan sendiri sekeluarga sekali harung je lah. Kalau nak berair atau kering terpulang pada kita. Aku dengan anak-anak siap letak semangkuk kuah di meja makan. Tambah kuah sambil makan. Tabur pula cili jeruk, memang sedap dan puas makan. 

Nak tengok resepi lain di blog ini, klik SINI

p/s : Sendiri masak, sendiri makan, sendrilah puji masakan sedap ni ...  Anak-anak tak berhenti memuji, sampai suruh buka kedai.. hahaha!

5 comments:

Persiapan Raya Kalau Tak Ke Jakel Tak Sah, Jakel Barulah Raya... Kan!

2:19:00 PM Noor Akma 4 Comments

Bila nak raya mesti ingat Jakel. Bila buat persiapan raya, tak ingat ingat tempat lain dah. Ini sebab di sini lah terhimpunnya baju raya yang cantik-cantik. Dengan Jakel barulah raya.. ya tak? Boleh beli dan buat persiapan raya untuk anak-anak sekeluarga dari kecil hinggalah ke mak ayah dan atok, nenek, opah tok wan serta  saudara mara sekali. Jakel barulah raya... tak gitu!!

Persiapan Raya Kalau Tak Ke Jakel Tak Sah, Jakel Barulah Raya... Kan!
Persiapan Raya Kalau Tak Ke Jakel Tak Sah, Jakel Barulah Raya... Kan!

Hari minggu lepas aku berkesempatan ke Jakel Shah Alam. Dekat sangat, tak jauh dari rumah. Tapi tak boleh juga jalan kaki, kena naik kenderaan dalam 15 minit dah sampai. Meriahnya di sana tak terkira. Terasa bahang hari raya sudah tiba. Lagu raya asyik berkumandang tu menggamit rasa hari raya sungguh... hurm!


Ada pula acara bersama duta Jakel iaitu para artis yang popular dan di kenali ramai. Artis-artisnya adalah Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan anak mereka si comel Lara Alana. Keluarga ini juga dikenali sebagai jolokan Schawalara. Pengacara adalah Abang Dee, kecoh raya di buatnya.

Duta Jakel, Jakel Barulah Raya...
Duta Jakel, Jakel Barulah Raya... 

Selain itu ada Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan anak kecil mereka iaitu Yusuf Iskandar. Tidak lupa juga ada Harith Iskander dan watak kartun kegilaan kanak-kanak iaitu Upin dan Ipin. Meriahnya sambutan orang ramai dengan kehadiran mereka.

Pengacaranya, Abang Dee, kecoh raya di buatnya.
Pengacaranya, Abang Dee, kecoh raya di buatnya.

Para artis hadir menggayakan pakaian raya dari koleksi  jenama mereka sendiri oleh Jakel. Sudah tentu produk Jakel adalah yang berkualiti. Apatah lagi di gayakan oleh artis terkenal. Perincian gabungan warna dan rekaan yang kemas dan rapi menjadikan kombinasi ini menyerlahkan lagi personaliti dan keanggunan untuk wanita dan  maskulin si pemakai tak kira tua dan muda.

Persiapan Raya Kalau Tak Ke Jakel Tak Sah, Jakel Barulah Raya... Kan!


Koleksi baju melayu ada pelbagai rekabentuk yang sesuai untuk semua golongan. Ada koleksi Aaron Aziz, koleksi Nabil Ahmad, Koleksi Awal Ashaari dan juga koleksi Harith Iskander untuk orang-orang yang berbadan comel sepertinya. Semua baju melayu ini ada ciri-ciri yang ekslusif yang tersendiri dan berbeza tau.

Koleksi baju kurung pula semestinya baju kurung Scha Al Yahya, Hanis Zalikha dan Ayda Jebat. Banyak jenis dan koleksi berlainan dan boleh satu untuk diri sendiri yang mana sesuai. Rambang mata di buatnya. Semuanya cantik-cantik belaka. Tak perlu risau pasal saiz. Ia di datangkan dari saiz XS hingga 5XL

Pakaian baju kurung kanak-kanak perempuan seperti baju Lara Alana pun ada. Dan baju melayu kasual untuk kanak-kanak lelaki pula seperti Yusf Iskandar. Pilihlah satu atau banyak untuk anak atau adik-adik kecil di pakai beraya nanti.

Oh ya, pada jejaka dan para bapa yang meminati kurta, ada kurta koleksi Hairul Azreen. Di perbuat dari fabrik cotton bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara ini. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket di sisi baju bagi memberikan sedikit unsur klasik. Juga mesra wuduk iaitu bahagian lengan mudah di lipat.

Acara lelong, Jakel Barulah Raya... 

Acara paling di nanti oleh orang ramai adalah acara lelong oleh para artis ini. Mana nak dapat baju raya lelong yang sangat murah dan berbaloi iaitu sehingga 85% dari harga asal. Sudah semestinya hanya pada acara lelongan ini. Siapkan sajalah duit untuk membelinya. Harga jadi sangat berbaloi. Bolehlah cuba sekiranya bernasib baik.

Jom datang beramai-ramai shopping raya di Jakel...  Jangan tak tau, selain dari baju raya, di Jakel ada juga jual tudung jenama ariani, langsir, busana pengantin dan macam-macam corak rekaan terkini fabrik pakaian. Takkan tak jumpa satu pun yang berkenan di hati. "Ingat kain, ingat Jakel" Macam itu jugalah, kalau tak ke Jakel, Tak sah raya tau.... Sebab Jakel Barulah Raya....huhu!

Dah penat berceloteh, jom jalan-jalan blog makcik  blogger yer ... klik SINI

p/s : Wah, promosi gila-gila makcik... Al maklum makcik pun duta Jakel juga... Opps! hehe!

4 comments:

Resepi Bubur Jagung Karamel

10:04:00 AM Noor Akma 3 Comments

Resepi bubur yang sangat mudah nak membuatnya. Tapi pada tahu sahajalah. Main campak-campak gitu-gitu sahaja dalam periuk sudah siap untuk di hidangkan. Bubur jagung karamel ini sangat sesuai di hidangkan pada bulan puasa ini. Rasa karamel pada bubur jagung karamel yang pahit-pahit manis sedap itu memang menggiurkan jugalah. 

Bubur Jagung Karamel Yang Menggiurkan
Bubur Jagung Karamel Yang Menggiurkan

Aku dapat jagung di beri oleh kenalan keluarga. Nak rebus dan makan begitu sahaja nampak macam tak cukup. Kami ada 6 orang sekeluarga. Tapi jagungnya ada 5 tongkol sahaja. jadi aku bagi cadangan pada en. suami untuk di buat bubur sahajalah. 

Biasanya buat bubur pakai gula putih sahaja ataupun tambah gula merah untuk penyedap rasa. Tapi kali ini akau dapat idea buat gula karamel terlebih dahulu dan selepas tu masak seperti biasa. Aku dapati percubaan pertama aku ini menjadi. Dapatlah bubur yang sedap perisa karamel.


Bukankah karamel tu hanya gula yang di masak atas api hingga berwarna kuning keemasan atau hampir hangus? Bila aku tunjuk dalam group whassap bubur jagung karamel ni ada yang fikir aku taruh perisa karamel dan bertanya ada di jual di mana. Nasib baik yang bertanya itu lelaki. Tapi nak ketawa juga aku di buatnya... hahaha!

Resepi Bubur Jagung Karamel 


Bahan-bahan:

5 tongkol jagung
2 1/2 cawan gula
1/2 cawan sagu telur ikan
2 cawan santan cair 
atau sekotak kecil santan segera
3 cawan air
2 helai daun pandan (jika ada)

Cara membuatnya: 

Jagung di buang kulit, di bersihkan dan di hiris dari tongkolnya. Sagu telur ikan juga di basuh dan toskan airnya Setelah itu, gunakan secawan gula dan kacau  tak berhenti di dalam peiuk sehingga menjadi warna keemasan. Selepas itu masukkan air. 

Masukkan jagung yang telah di hiris tadi. Masukkan juga sagu telur ikan, 2 helai daun pandan yang telah di simpul dan 1 1/2 cawan lebihan gula tadi. Kacau sehingga sagu menjadi jernih.

Masukkan santan dan kacau sehingga betul-betul mendidih. Setelah itu bolehlah di angkat dan biar sejuk dahulu sebelum di makan. 

Bubur jagung karamel ini sedap di makan dalam bulan puasa ini sebagai pemanis mulut dan penyegar tenaga yang telah hilang lewat berpuasa di siang hari. Pada sesiapa yang suka dengan puding karamel mesti sukan dengan rasa bubur jagung karamel ni.Sedappp...

Nak tengok pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s : Nanti nak suruh en. suami cari jagung di pasar. Boleh buat bubur ini lagi. Jom lekas buat... huhu!

3 comments:

Trend Terkini Baju Raya 2018

2:37:00 PM Noor Akma 3 Comments

Trend Terkini Baju Raya 2018 | Sebagai seorang seller online pakaian, secara tak langsung aku dapat mengetahui trend terkini baju raya di pasaran. Setiap tahun trend akan bertukar sedikit tapi masih ada trend lama yang di ikuti. Perubahan trend ini akan sentiasa berlaku saban tahun. Kalau tahun lepas sibuk dengan songket dan dokoh tapi tahun ini songket masih ada sedikit tapi dokoh sudah berlalu.

Antara Baju Raya Trend Terkini Baju Raya 2018
Antara Baju Raya Trend Terkini Baju Raya 2018

Baju kurung masih di tempat teratas dalam pemilihan baju raya tapi di ubah sedikit dengan yang lebih moden. Cuma fabrik tahun ini lebih ekslusif. Tahun lepas pakaian baju raya kurung berbentuk peplum dan babydoll memasuki pasaran bahang cerita dari filem Elsa. Tahun in, peplum masih ada tapi telah di variasi dengan gaya yang lebih ekslusif lagi. Nanti aku ceritakan lagi di bawah. 


Trend Terkini Baju Raya 2018


- Baju kurung lace adalah pilihan utama dan yang paling meriah dan ekslusif raya tahun ini. Pelbagai pilihan baju raya lace membanjiri pasaran. Kebiasaannya  lace di buat baju untuk di pakai pengantin di hari pertunangan atau perkahwinan. Tapi kali ini lace boleh di pakai semua orang pada hari raya. Ada yang lace tu sampai ke hujung kaki kain kembang beropol-ropol lagi.

- Pilihan kedua baju raya membanjiri pasaran adalah saree. Kain lace atau kain saree atau jenis kain chiffon yang bermotif dari India. Ada yang bersulam indah ala bollywood dan di buat versi baju kurung yang cantik menawan. Ada juga di print corak klasik India dari warna-warna emas dan perak di atas baju. Pelbagai nama di beri kepada setiap jenis baju raya saree ini seperti , karisma, kareena, deepika, sri dewi dan banyak lagi sempena nama artis dari sana. 

- Pilihan ketiga adalah songket. Tapi bukanlah songket tenun. Hanya songket printed sahaja. Namun begitu tetap cantik di pakai bagaikan perempuan melayu terakhir. Baju songket ini dari tahun lepas lagi telah menerjah pasaran tapi tahun ini lebih pelbagai. Menambahkan lebih variasi pada pakaian hari raya nanti.

- Pakaian pilihan keempat  adalah baju kurung dari kain kosong atau plain. Ini jenis paling selamat untuk pakaian hari raya. Cuma fesyen sahaja yang di  ubah-ubah. Dari baju kurung biasa, boleh jadi baju kurung peplum, kurung fishtail, kurung ropol di hujung lengan atau di bawah baju dan macam-macam lagilah.

- Yang paling akhir ini adalah pakaian hari raya dari kain yang bercorak atau berbunga-bunga setaman. Inilah jenis kain bercorak dan berbunga yang paling-paling lama bertahan dalam pasaran. Walaupun bermacam-macam jenis kain dan pakain yang muncul, ini juga yang evergreen. Boleh di pakai sepanjang zaman dan bila-bila masa samada keluar bekerja atau bersiar-siar. Fesyen macam-macam boleh di buat dengan kain bercorak bunga-bunga ini.

Tahun ini pelbagai fesyen baju kurung raya yang muncul adaptasi dari evening dress ala Inggeris. Iaitu potongan duyung yang ketat di bahagian punggung dan peha dan kembang di bahagian bawah. Di hiasi pula dengan kain chiffon nipis. Nampak cantik sangat tapi tak praktikal untuk berhari raya di kawasan kampung. Sesuai hanya unuk ke majlis-majlis rasmi kot. Tapi ikut suka korang lah... haha!

Kurung peplum pula tahun ini di tambah dengan lace yang cantik mengerlip. Sesuai untuk yang mementingkan gaya dan penampilan. Tapi kurang sesuai untuk yang suka bersederhana sahaja. Kebarung, kebaya, baju kurung moden juga ada dan baju kurung mini pun ada. Boleh jadi salah satu pilihan orang ramai untuk membeli.

Kesimpulan dari apa yang ada ni, buatlah pilihan terbaik. Nak pilih baju raya fesyen apa tahun ini yer. Yang di perbuat dari kain lace ke, bergaya ala bollywood atau baju kain songket. Boleh juga baju raya dari kain plain yang sedap mata memandang atau baju bercorak dan berbunga-bunga kembang setaman. Apapun semuanya cantik menawan.. tak gittewww... !!

Dah pilih baju raya???  Kalau belum....  Pilih baju raya di :


p/s: Cepat, cepat, cepat, Jangan lambat-lambat.... 2 minggu nak raya kami tutup segala order baju raya. Hanya boleh order baju yang akan dapat selepas hari raya, Boleh pakai pergi open house... hahaha...!!

3 comments:

Air Nabez, Minuman Sunnah Yang Sesuai Di Minum Setiap Kali Sahur

11:44:00 PM Noor Akma 0 Comments

Kenapalah aku tak pernah tahu sejenis air ini. Dikatakan air nabez bagus di minum sewaktu bulan puasa ini. Dari pembacaan aku di group wassap, air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Wah, baru kini ku tahu, khasiat air nabez yang selama ini di amalkan oleh orang orang terdahulu. 

Bahan-bahan Untuk Membuat Air Nabez Dan  Di Minum Setiap Kali Sahur
Bahan-bahan Untuk Membuat Air Nabez Dan  Di Minum Setiap Kali Sahur


Air ini di katakan membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.

Bagusnya, bolehlah di ikuti ni. Buah kurma pun ada di rumah sekarang ini. Barulah sihat dan bertenaga untuk membuat kerja seharian setelah minum air nabez ni. Tak ada lah perut berkeriut berbunyi di sebabkan tak berisi.... huhu!


Caranya sangat senang iitu hanya rendam semalaman. Buat untuk sekali di minum sahaja. jangan pula di simpan lama. Lebih dari 3 hari air rendaman sudah rosak dan masam. Sudah tidah boleh di minum lagi. Sesuai untuk di buang sahaja. Rugi dan membazir. Di bawah ni di sertakan secara khusus cara membuatnya.

Air Nabez, Minuman Sunnah Yang Sesuai Di Minum Setiap Kali Sahur


Cara-carnya :

-  Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500 ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik  isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan di campur kurma dengan kismis. Kalau nak buat air nabez kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja tau.

- Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum nak tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

- Pada waktu sahur esoknya air tu sudah boleh diminum.

- Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi pada  hari-hari  lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Nak lebih informasi? klik di SINI

p/s: Jom buat malam ni... bermula dari sekarang setiap hari aku nak minum air nabez kurma... :)


0 comments:

Resepi Masak Sardin Tumis Cili Api.. Pedas Tapi Sedap!

2:28:00 PM Noor Akma 4 Comments

Masak Sardin Tumis Cili Api | Inlah lauk kegemaran seisi keluarga yang paling pedas meletup. Semua kata sangat sedap apabila di masak lauk ini. Aku saja yag rasa risau dengan tahap kepedasan yang mereka ingini. Al-maklum segenggam cili api pun tak berapa nak pedas untuk masak sardin tumis cili api ni katanya. Melampau... kan!

Resepi Masak Sardin Tumis Cili Api.. Pedas Tapi Sedap!
Resepi Masak Sardin Tumis Cili Api.. Pedas Tapi Sedap!

Lauk ni sesuai untuk makan waktu sahur nanti. Untuk aku sekeluarga mestilah pedas meletup. Tapi kalau pada orang lain bolehlah kurangkan jumlah cili apinya. Tapi pada aku elok juga letak banyak, barulah segar mata dan mulut apabila berdesing dengan kepedasannya tu.... huhu!


Biasanya aku guna sardin jenama kingcup. Tak ada guna sardin jenama yang ada cacing tu. Tak pernah seumur hidup aku makan sardin jenis tu. Guna satu tin kecik tu je untuk sekali masak. Nak nampak banyak aku letak kentang. Kengkadang boleh juga letak terung. Ikut selera sendiri lah. Resepi aku sertakan di sini.

Resepi Masak Sardin Tumis Cili Api.. Pedas Tapi Sedap!


Bahan-bahan:

1 tin kecil sardin
2 biji kentang
30 biji cili api
2 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu makan pes asam jawa
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Bawang merah dan bawang putih di cincang halus atau di tumbuk. Cili api di tumbuk lumat atau di kisar. Bawang besar di hiris halus. 

Kentang di buang kulit. di belah dua dan di hiris nipis. Goreng terlebih dahulu kentang sehingga lembut dan ketepikan. 

Sardin di keluarkan dari tin dan asingkan sos dari ikan sardin tu. Goreng sardin dalam sedikit minyak sehingga agak garing sedikit. Ketepikan.

Tumis bawang putih dan bawang merah. Bila dah naik bau dan kekuningan masukkan cili api yang telah di tumbuk lumat. 

Tumis dan goreng hingga betul-betul masak dan garing barulah masukkan air serta pes asam jawa.Masukkan juga bawang besar.

Tumis sehingga agak pekat dan seterusnya masukkan sos dari ikan sardin tadi. Kacau lagi sehingga naik minyaknya barulah di masukkan sardin dan kentang.

Perasakan dengan garam dan gula. Gaul rata dan tutup api. Masak sardin tumis cili api siap untuk di hidangkan.

Makannya memang sedap sangat tapi yang tak boleh tahan tu waktu memasaknya. Satu rumah tebersin apabila terhidu bau gorengan cili api yang menusuk hidung. Cili api  kena goreng agak lama, barulah kepedasannya digantikan  dengan kesedapan. Kalau tidak, pedas sajalah yang dapat.. huhu!

Nak lihat lebih lagi resepi di blog ini, klik SINI

p/s : Itu je lah, Selamat Berpuasa dan jangan lupa dengan lauk special ni yer... hahaha!

4 comments:

Tips Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Agar Tidak Hanyir Apabila Di Masak

3:18:00 PM Noor Akma 4 Comments

Antara ikan-ikan yang ada di pasaran yang paling di gemari oleh kami sekeluarga adalah ikan keli. Hampir tiap minggu akan ada menu lauk ikan keli di rumah aku. Sudah semestinya aku kena pandai menyiang dan membasuh ikan keli. Kalau tidak, macam mana nak masak dan jadikan ia juadah kegemaran. Dari kecil aku dah di dedahkan dengan ikan keli ni. Bukannya susah nak membasuh dan menyiangnya.

Tips Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Agar Tidak Hanyir Apabila Di Masak
Tips Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Agar Tidak Hanyir Apabila Di Masak

Kalau di perkirakan aku pun geli dengan ikan keli yang masih hidup. Tapi, dulu-dulu mana ada orang jual ikan keli yang dah mati. Semua ikan keli yang jual di pasar masih hidup di dalam takungan. Bergegar-gegar plastik bawa balik rumah. Di rumah pula kecoh dapur dek ikan keli yang masih hidup melompat dari singki dapur. Biasa dah tu.


Sekarang ini, sudah tak payah timbul masaalah ini. Sudah ada ikan keli yang dah siap sedia ke alam lain(mati) di jual. Tapi masih juga perlu di siang, di bersihkan dan di potong-potong untuk di buat goreng atau gulai..Memang sedap ikan keli ini apabila di masak. Goreng begitu sahaja pun dah cukup menyelerakan. Tak kisahlah orang nak kata ikan keli ni ikan yang pengotor. Basuh bersih-bessih la... ya tak?

Cara Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Dan Membuang Darah Beku Di Badan Ikan Keli
Cara Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Dan Membuang Darah Beku Di Badan Ikan Keli

Ikan keli atau apa saja ikan sungai biasanya bau hanyirnya kuat. Cara menyiang ikan keli kena betul, barulah bau hanyirnya itu hilang. Semasa menyiang ikan tu, jangan lupa buang darah beku atau darah bisa di bahagian antara kepala ke badannnya. Itulah salah satu penyebab bau hanyir tak hilang dari ikan keli apabila di masak.

Setelah di basuh bersih ikan itu, rendam ikan di dalam air asam limau atau asam jawa lebih kurang 15 minit. Selepas itu di basuh bersih sekali lagi. Toskan airnya dan boleh lah di masak apa saja ikan yang dan bersih tu. Insya'allah sudah tak ada bau hanyir lagi. Yang tinggal adalah bau sedap ikan keli apabila di masak gulai ataupun di goreng.

Teringat jiran di rumah lama. Selalu dia minta aku masakkan lauk ikan keli masak lemak cili api. Biasanya dia beli ikan dan barang-barang nak masak tu bagi kat aku suruh masak. Dah berkali-kali dia cuba masak sendiri, masih lagi bau hanyir katanya. Bila aku masakkan untuk dia, katanya tak ada bau hanyir. Entahlah... hurm!

Untuk mendapatkan  informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Hanya sedikit perkongsian untuk yang membaca blog ini...

#pic fr google

4 comments:

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway

11:27:00 PM Noor Akma 7 Comments

Assalamualaikum...


Support kawan-kawan blogger ....

Syarat-syarat :

  1. buat 1 entri mengenai ga ni, bertajuk "Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway"
  2. letak banner di entri dan linkkan ke blog shu.
  3. follow blog shu.
  4. siap. pastekan entri korang dalam komen di ruangan komen. kalau rajin tag lah kawan-kawan yang lain.
Pemenang ditentukan melalui :
random

Hadiah-hadiah menanti pemenang bertuah :
top komentator : RM 30.00
saguhati 6 orang : RM 10.00 (setiap satu)


Semoga berjaya.

7 comments:

Beberapa Perkara Yang Perlu Di Lakukan Sebelum Bersolek

2:12:00 PM Noor Akma 2 Comments

Biasanya kita bersolek selepas mandi dan sudah semestinya semasa itu kita juga mencuci wajah hingga bersih. Tetapi untuk mengenakan solekan persediaan sebelum bersolek atau berdandan perlu lebih dari itu.  Beberapa perkara perlu di lakukan sebelum bersolek sebab untuk memastikan solekan kita nanti tampak cantik dan menawan bagaikan model dan jelitawan.

Beberapa Perkara Yang Perlu Di Lakukan Sebelum Bersolek
Beberapa Perkara Yang Perlu Di Lakukan Sebelum Bersolek

Ingatkan cuci muka hingga bersih dan menghapuskan kekotoran yang melekat di wajah sudah cukup untuk kita berdandan dan bersolek. Tapi kita silap di situ. Wajah yang nampak bersih tidak semestinya boleh di solek terus. Ada beberapa tatacara yang perlu dikuti sebelun di bolehkan bersolek. Barulah sempurna sebuah solekan dan tampak mani dam menawan.

Beberapa Perkara Yang Perlu Di Lakukan Sebelum Bersolek


- Perkara asas yang utama adalah, cuci wajah dari sebarang kotoran dan habuk dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Pencuci muka yang sesuai tau..!

- Skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati di buang sepenuhnya sebelum memulakan sessi solekan. Scrub di sapu rata dengan urutan membulat pada bahagian muka dan leher. Selepas tu bilas dengan air suam.

- Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.

- Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titis pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.

- Akhir  sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan bedak asas atau foundation  pada wajah. Sebolehnya, cari bedak asas atau foundation yang paling dekat dengan warna kulit.. Ini akan membuatkan warna kulit lebih serata dan kulit lebih halus, lembut untuk proses solekan.


Setelah meneliti semua perkara di atas, bolehlah kita menyiapkan solekan dengan lebih mudah, indah dan cantik menawan dan cantik bak model pentas peragaan. Bolehlah kalau nak di timpa perasan. ..... hahaha!

Sebenarnya dalam kita bersolek, berdandan ataupun merias wajah, seeloknya jangan keterlaluan. Jadilah diri sendiri dan di sesuaikan kemana tempat yang kita nak pergi atau bersosial. Agar tak nampak janggal di mata orang ramai.. huhuhu!

Untuk lebih informasi terkini... klik SINI

p/s : Bersolek ala kadar je... 

#kredit SINI
#pic fr google


2 comments:

PRU 14, Malaysia Telah Memilih Hashtag UBAH

2:06:00 PM Noor Akma 1 Comments

PRU 14 telah di laksanakan dengan jayanya pada 9hb Mei 2018. Ia telah menjadi sejarah besar bagi negara. Ini adalah kerana di PRU 14, rakyat Malaysia telah memilih untuk mengubah keseluruhan landskap politik negara. Kini rakyat Malaysia sedang ghairah meraikan perubahan kuasa yang julung kali berlaku sejak kemerdekaan 61 tahun yang lalu.

PRU 14, Malaysia Telah Memilih  Hashtag UBAH
PRU 14, Malaysia Telah Memilih  Hashtag UBAH

Aku membesar di era Tun Mahathir menjadi perdana menteri yang ke empat. Sudah tentu aku merasa bangga dan takjub kerana dia dapat menjadi pemerintah Malaysia yang ke tujuh kini. Semoga Tun Mahathir akan terus sihat sejahtera dan menjadi pemimpin yang sentiasa bijaksana mengendalikan kerajaan Malaysia ini.

Ramalan aku waktu hampir menjelang plihanraya hampir tempat. Tapi tak pula aku sangka BN akan kalah seluruhnya. masu tu aku menjangka kalau kalah pun taklah sampai hampir semua negeri boleh di kalahkan. Apa nak kata, sudah suratan di takdirkan begitu. Hidup ini umpama roda, tidak semestinya sentiasa menang, akhirnya kalah jua.


Banyak yang aku dapat lihat di FB, ada penyokong yang kalah menyuarakan pendapat mereka  pada orang yang dah menang. Bertubi-tubi kecaman dan kemarahan yang di hamburkan dan di caci maki. Dasyatnya mereka itu, sampai tak boleh di usik langsung. Agak mengharu-biru jugalah FB... huhu!

PRU 14, Malaysia Telah Memilih  Hashtag UBAH


Apa yang aku nak kata ini adalah hanya cerita tentang diri aku dan pilihan sendiri. Aku juga memilih untuk berubah. Tapi bukan kepada yang dah menang ini. Biarlah di katakan aku tak mengikut perkembangan dan pilihan semasa. Aku memilih yang dekat di hati iaitu apabila kita tiada pilihan yang pasti, kembalilah ke jalanNya.

Setelah seluruh Malaysia membuat pilihan dan perubahan, setelah keputusan PRU 14, aku masih kekal dengan pilihan yang dekat di hati. Aku sesungguhnya  sangat menyanjungi kebijaksanan Tun Mahathir tapi aku langsung tidak mempercayai orang-orang yang berada di sekelilingnya sekarang. Apa pun ada ke orang kesah... hahaha!

Aku impikan hukum Islam untuk orang-orang Islam seperti di Brunei di laksanakan di Malaysia. Tapi yang dapat aku rasakan di waktu ini, ia dah lari ke belakang berbatu-batu jauhnya. Semasa PRU 14 beberapa hari lalu  langsung tiada kedengaran  dan dalam manifesto pun tidak disebut... Why??

Semoga dengan kebijaksanaan Tun Mahathir memerintah negara dapat mengekang perkara-perkara yang tidak elok daripada berlaku. Juga semoga negara terus maju, aman dan makmur. Seterusnya aku panjatkan doa semoga Tun Mahathir terus sihat wal'afiat sehingga pilihanraya akan datang. Kalau boleh, sehingga 10 tahun lagi... Aminnn!!

Nak baca cerita dan catatan merapu meraban di blog ini, klik SINI

p/s:  Ada ke yang nak kecam ni.... redha je!  Berpeganglah pada jalan Allah, insya'allah selamat di dunia dan akhirat! 

1 comments:

Menang Giveaway Sambal Garing Che Nor Dan Makan Bersama Bubur Nasi... Perghh!

11:12:00 PM Noor Akma 2 Comments

Sekali sekala aku join giveaway sementara mencari idea updated blog. Bulan lepas join giveaway Lea Azleya dapat menang hadiah sebotol sambal garing. Inilah untungnya jadi blogger iaitu dapat barang atau makanan percuma. Pertama kali aku merasa sambal garing Che Nor ni. Sedap rupanya...!

Menang Giveaway Sambal Garing Che Nor Dan Makan Bersama Bubur Nasi... Perghh!
Menang Giveaway Sambal Garing Che Nor Dan Makan Bersama Bubur Nasi... Perghh!

Aku dah rasa, sesuai dengan tekak. Sedap makan dengan nasi, bubur, roti tau. Aku dah rasa dengan semua tu.. Sekejapan itu tergerak hati aku nak buat bubur nasi makan dengan sambal garing che nor ni. Anak-anak semua suka bubur nasi. Apa lagi selepas makan pula dengan sambal garing che nor ini. Lagi bertambah sedap dan lazat lah rasanya.


Bubur nasi ni aku buat simple. Tak ada letak ayam atau apa-apa sebab nak makan dengan sambal garing punya pasal. Kebiasaan aku tambah ayam atau daging. Tetap sedap sebab dah tambah makan bersama sambal garing yang sedap ini.

Bubur Nasi Bersama Sambal Garing Che Nor
Bubur Nasi Bersama Sambal Garing Che Nor

Resepi bubur nasi aku ni mudah je. Senang yang amat. Tapi, kalau ada yang nak rasa resepi aku ini, aku letaklah resepi mudah yang tak seberapa ini. Resepi campak-campak dan rebus-rebus begitu sahaja. Tapi sedap jugak.. Di tambah lagi makan dengan di tabur sambal garing che nor.

Menang Giveaway Sambal Garing Che Nor Dan Makan Bersama Bubur Nasi... Perghh!


Bahan-bahan:

1 cawan beras
5 cawan air
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 hiris halia
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan santan cair / susu sejat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Beras di rebus bersama 5 cawan air. Bawang merah, bawang putih dan halia di mayang halus. Di goreng sehingga hampir garing dan di masukkan ke dalam beras yang sedang di rebus. Rebus beras sehingga menjadi hancur dan hampir pekat. 

Masukkan serbuk lada hitam dan susu cair. Kacau dan biar sehingga mendidih. Masukkan santan cair atau susu pekat. Perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih sekali lagi dan bolehlah diangkat.

Bila waktu nak makan bubur ni, taburlah dengan sambal garing che nor. Uhhhh, sedap menyelerakan sekali. Sebotol yang aku dapat ni tak sampai 3 hari dah habis licin. Kalau malas masak atau tak sempat masak, makan jelah sambal garing ini bersama nasi.. Sedap je!

Nak resepi sambal garing che nor?? Uikkk ... tak  reti aku nak buat sendiri ni. Sambal garing ni memang sungguh garing dengan ikan bilis yang rangup krup-krup dan cili kering tu pun berkeping-keping halus sekata je. Cantik je rupa sambal ni dengan warna yang menyelerakan.

Terfikir juga nak buat sendiri tapi tak pandailah aku nak buat macam ini. Jadi, beli ajelah... Dah ada siap untuk di beli... kan! Order sajalah. Nak order, boleh hubungi ... yer! Di no. 017-3215261. Gerenti sedap hingga menjilat jari... huiyooo!

Nak cari pelbagai resepi di blog ini... klik SINI

p/s : Di sebabkan sambal garing ni sedap, aku jadi seller produk ni... huhu!

2 comments:

Resepi Pajeri Terung, Sesedap Rasa.... Membuka Selera

4:05:00 PM Noor Akma 2 Comments

Antara resepi pajeri peberet aku dan suami. Tapi ada antara anak-anak aku yang kurang suka. Selain terung, resepi pajeri ini yang paling sedap adalah di masak bersama nenas. Selain terung dan nenas, boleh juga di buat pajeri kedondong, pajeri mangga dan ada juga pajeri epal hijau dah ada orang buat.. Pajeri pisang sahaja tak pernah di buat orang lagi.... hahaha!

Resepi Pajeri Terung, Sesedap Rasa.... Membuka Selera
Resepi Pajeri Terung, Sesedap Rasa.... Membuka Selera

Resepi ini adalah resepi turun temurun yang takkan lapuk di telan zaman walau masa terus berlalu. Sentiasa sedap di tekak dan jiwa orang kampung macam aku. Resepi sama je macam masak kari cuma bahan utama yang penting adalah kerisik. Tak ada kerisik, tak jadi pajeri akan jadi kari lah jawabnya.


Makan dengan nasi panas-panas sedapnya. Pajeri ini lebih sedap bila dah masak semalaman. lebih berperisa dan beraroma rasanya. Resepi mudah aku letak kat sini.  Masak main campak-campak je ni dan aku agak-agak je bahan-bahan ini. Tak ada ukuran yang sepecifik  tau...

Resepi Pajeri Terung, Sesedap Rasa.... Membuka Selera


Bahan-bahan: 

4 - 5 biji terung 
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering 
1 paket kecil serbuk kari kari ikan 
1 paket kecil kerisik 
1 sudu makan cili giling 
2 cawan santan 
1/2 cawan air 
Minyak masak secukupnya 
Garam dan gula secukup rasa 
Sedikit rempah 4 sekawan  
( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang) 

Cara-cara : 

Terung dibersihkan dan dibelah. Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat. 

Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. 

Tumis sampai pecah minyak. Masukkan kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan terung. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 

Bila terung dah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk makan tengahari atau malam. Makan dengan nasi panas... Huh.. sedap!

Inlah saja resepi seadanya yang aku masak beberapa hari lepas. Kalau masak selalu macam ini, makin membulat badan. Diet dah lama terbabas dan tercampak ke laut dalam dah. Aduhai... Tak boleh buat apa-apa dah. Makan lah selagi boleh makan... kan! Wakaka!!

Nak tengok resepi rare di blog ini... klik SINI

p/s : Santapan iringan ikan sepat masin goreng garing dan sambal belacan cicah timun... Sedap gittewww... :

2 comments:

Baiti Jannati Memberi Sinar Kebahagian Kepada Penghuni Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan

9:27:00 AM Noor Akma 11 Comments

Baiti Jannati | Rumahku adalah Syurgaku (My House is My Heaven). Apalah ertinya sebuah kehidupan apabila tidak memiliki kediaman sendiri yang ibarat sebuah syurga untuk sesebuah keluarga itu. Pada yang berada di kancah kemiskinan, mencari sesuap nasi pun sudah terlalu payah, inikan pula untuk memiliki sendiri tempat berteduh. Impian Baiti jannati ini bagaikan mimpi yang tak berkesudahan bagi mereka.

Baiti Jannati Memberi Sinar Kebahagian Kepada  Penghuni Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan
Baiti Jannati Memberi Sinar Kebahagian Kepada  Penghuni Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan

Kini atas inisiatif  beberapa agensi sepert Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), DBKL, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Celcom, Tenaga Nasional Berhad, Pavilion dan lain-lain, mimpi-mimpi para penghuni miskin tegar di Wilayah Persekutuan telah menjadi kenyataan. Dengan adanya Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan.  Alhamdulillah...!

Baiti Jannati Memberi Sinar Kebahagian Kepada  Penghuni Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan

Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan  merupakan satu program yang menyediakan bantuan bagi membolehkan kumpulan sasar memiliki rumah sendiri yang lebih selesa. Sebuah realiti indah dari sebuah mimpi insan-insan miskin yang tidak berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri yang tak pernah mereka impikan selama ini.


Sebaknya rasa hati dapat melihat insan-insan yang menjalani kehidupan  daif dalam kemiskinan tegar ini berjaya memiliki kediaman sendiri atas inisiatif Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan. Dengan gaji yang tak seberapa, manakan boleh mereka membeli dan mendapat rumah sendiri. Fokus utama mereka adalah hanya mencari rezeki sesuap nasi hari demi hari.


Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan
Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan

Pemberian rumah menerusi program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan itu merupakan inisiatif KWP yang turut melibatkan pengubahsuaian dan membaik pulih kediaman yang telah usang dengan kos berjumlah hampir RM500,000 termasuk pemberian perabot rumah dan peralatan elektronik. 

Program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan membantu golongan asnaf termasuk ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin di sekitar Kuala Lumpur khususnya penghuni rumah PPR yang telah menyewa selama lebih 20 tahun. Antara PPR terlibat dalam program ini ialah PPR Beringin, PPR Pantai Ria, PPR Kampung Limau, PPR Kerinchi dan PPR Sri Sabah.

Seorang ibu tunggal, Normah Hamzah 39, yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi adalah antara 26 penghuni PPR daripada golongan asnaf terpilih yang menerima rumah berkenaan menerusi program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

“Saya berasa amat terkejut melihat keadaan rumah yang dahulunya daif kini menjadi sangat sempurna apabila lantai telah ditukar baharu, ada perabot-perabot seperti televisyen, sofa, katil, mesin basuh dan peti ais yang sebelum ini kami memang tidak mampu untuk membelinya.

“Apatah lagi melihat menteri (Tengku Adnan) dan isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki sendiri membuat kejutan ini kepada kami semua. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dan semua yang membantu kami,” katanya dengan nada sebak.

Kini makin ramai  penghuni miskin tegar di Wilayah Persekutuan telah di bantu untuk memiliki kediaman yang selesa yang akhirnya memberi sejuta sinar di hati mereka. Kini dapatlah mereka membesarkan anak-anak dan mencari rezeki dengan lebih tenang tanpa memikirkan tentang rumah yang daif dan tidak terurus.

Kehidupan para insan-insan miskin tegar ini sekarang ini lebih terbela dengan adanya program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ini. Terima kasih pada  DBKL, MAIWP, YWP, Celcom, TNB dan beberapa agensi ini. Akhirnya seluruh rakyat merasa nikmat kemajuan di Wilayah Persekutuan ini. Sesuai dengan motto DBKL 'Maju Dan Sejahtera' Semoga bahagia sentiasa.... Aminnn!!!

p/s : Siapa kata pihak kerajaan tak mempedulikan kebajikan rakyat, dah terbukti dan jelas rakyat di dahulukan.... huhu!!

#pic fr google
#sumber fr maiwp & bernama

11 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...