Tips Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Agar Tidak Hanyir Apabila Di Masak

3:18:00 PM Noor Akma 3 Comments

Antara ikan-ikan yang ada di pasaran yang paling di gemari oleh kami sekeluarga adalah ikan keli. Hampir tiap minggu akan ada menu lauk ikan keli di rumah aku. Sudah semestinya aku kena pandai menyiang dan membasuh ikan keli. Kalau tidak, macam mana nak masak dan jadikan ia juadah kegemaran. Dari kecil aku dah di dedahkan dengan ikan keli ni. Bukannya susah nak membasuh dan menyiangnya.

Tips Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Agar Tidak Hanyir Apabila Di Masak
Tips Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Agar Tidak Hanyir Apabila Di Masak

Kalau di perkirakan aku pun geli dengan ikan keli yang masih hidup. Tapi, dulu-dulu mana ada orang jual ikan keli yang dah mati. Semua ikan keli yang jual di pasar masih hidup di dalam takungan. Bergegar-gegar plastik bawa balik rumah. Di rumah pula kecoh dapur dek ikan keli yang masih hidup melompat dari singki dapur. Biasa dah tu.


Sekarang ini, sudah tak payah timbul masaalah ini. Sudah ada ikan keli yang dah siap sedia ke alam lain(mati) di jual. Tapi masih juga perlu di siang, di bersihkan dan di potong-potong untuk di buat goreng atau gulai..Memang sedap ikan keli ini apabila di masak. Goreng begitu sahaja pun dah cukup menyelerakan. Tak kisahlah orang nak kata ikan keli ni ikan yang pengotor. Basuh bersih-bessih la... ya tak?

Cara Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Dan Membuang Darah Beku Di Badan Ikan Keli
Cara Menyiang Dan Membasuh Ikan Keli Dan Membuang Darah Beku Di Badan Ikan Keli

Ikan keli atau apa saja ikan sungai biasanya bau hanyirnya kuat. Cara menyiang ikan keli kena betul, barulah bau hanyirnya itu hilang. Semasa menyiang ikan tu, jangan lupa buang darah beku atau darah bisa di bahagian antara kepala ke badannnya. Itulah salah satu penyebab bau hanyir tak hilang dari ikan keli apabila di masak.

Setelah di basuh bersih ikan itu, rendam ikan di dalam air asam limau atau asam jawa lebih kurang 15 minit. Selepas itu di basuh bersih sekali lagi. Toskan airnya dan boleh lah di masak apa saja ikan yang dan bersih tu. Insya'allah sudah tak ada bau hanyir lagi. Yang tinggal adalah bau sedap ikan keli apabila di masak gulai ataupun di goreng.

Teringat jiran di rumah lama. Selalu dia minta aku masakkan lauk ikan keli masak lemak cili api. Biasanya dia beli ikan dan barang-barang nak masak tu bagi kat aku suruh masak. Dah berkali-kali dia cuba masak sendiri, masih lagi bau hanyir katanya. Bila aku masakkan untuk dia, katanya tak ada bau hanyir. Entahlah... hurm!

Untuk mendapatkan  informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Hanya sedikit perkongsian untuk yang membaca blog ini...

#pic fr google

3 comments:

terima kasih atas perkongsiannya kak..

Amanda Suria said...

Sama ngan SA..dari kecil memang didedahkan dnegan ikan2 ni x kidah ikan sungai ke ikan sawah or ikan laut..alhamdulillah SA xde masalah siang ikan..

Ohh baru tahu pasal kena buang darah beku tu. Sebelum ni tak tahu pun cara macam tu nak hilangkan hanyir ikan keli. Terima kasih bagi info ni walaupun dah lama tak siang ikan keli .. selalu kalau nak makan, beli yang dah siap masak je .. haha

Hasrul Hassan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...