Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dugaan Reseller Online Apabila Tracking Not Found Di Laman Poslaju

10:18:00 PM Noor Akma 0 Comments

Berniaga secara online atau berniaga tanpa modal iaitu menjadi reseller pelbagai produk termasuk pakaian dan peralatan memang menyeronokkan apabila pendapatan masuk ke akaun. Tapi ada juga dugaan reseller online terpaksa lalui. Apatah lagi di musim perayaan apabila barang-barang yang di pos terlalu banyak di pusat poslaju (PPL) Itulah dugaan reseller online apabila tracking not found di laman poslaju.

Dugaan Reseller Online Apabila Tracking Not Found Di Laman Poslaju
Dugaan Reseller Online Apabila Tracking Not Found Di Laman Poslaju


Dugaan dancabaran aku sebagai reseller online atau dropshipper yang terpaksa di lalui dan di harungi. Ada juga sampai pelanggan mengugut nak viralkan aku di laman FB. Aku hanya cuba menenangkan diri dan menenangkan pelanggan dengan pelbagai alasan yang munasabah. Tak adalah aku risau mana pun, sebab tak ada salah aku pun. Aku dah rujuk pada pihak supplier yang mengatakan barang telah di pos. Barang katanya sangkut di PPL. Apa lagi yang boleh di buat.... !


Akhirnya yang nak viralkan aku tu pun barangnya dalam perjalanan untuk di hantar. Baru dia tau nak minta maaf. Tapi ada lagi beberapa barangan yang aku jual masih belum di temui rekodnya. Seperti pelanggan yang sebelumnya, sibuk dah asyik bertanya, dah pos atau belum. Terpaksalah aku mengulangi skirp yang sama. Apa lagi yang perlu aku buat, menunggu dan menunggu sajalah... hurm!

Dugaan Reseller Online Apabila Tracking Not Found Di Laman Poslaju


Apa yang dapat aku harapkan adalah agar masaalah pelanggan aku yang masih menunggu dengan sabar ini akan segera mendapat barangnya. Aku amat tidak suka apabila para pelanggan menganggap aku tidak jujur dan menipu. Sudah tentu aku tidak menipu mereka kerana aku berniaga kerana Allah untuk mencari rezeki buat keluarga. Nak viral, viralkan ajelah, bukan senang nak di kenali ramai dan terkenal, tak gittew... heh!

Aduyai ... Banyaknya Barang Bersepah Di Poslaju Nih... !
Aduyai ... Banyaknya Barang Bersepah Di Poslaju Nih... !

Aku percaya pada supplier yang mengatakan semua barangan sudah di pos kepada pelanggan. Barangan ini semua katanya sangkut di PPL. Ada bukti yang di tunjukkan iaitu barang tiada rekod tetiba sampai ke tangan pelanggan. Ini menunjukkan PPL dah tak sempat nak scan dan rekod semua barangan dan terus hantar pada pelanggan. Tapi kemana perginya barangan aku yang tiada rekod tu... Seram di buatnya.

Minta-mintalah agar segalanya di permudahkan. Dengar khabar dari group whassap banyak rupanya bungkusan poslaju dari supplier ni masih tak ada di rekodkan oleh PPL. Itu lah yang sangat menakutkan bagi aku. Nasib baik aku tak terlalu banyak buat jualan  melalui supplier ni. Ada sikit-sikit sahaja. Dah ada yang selesai, ada tinggal beberapa yang terakhir ni saja.

Nak membaca pelbagai cerita dan informasi lagi... klik SINI

p/s: Semoga segalanya berjalan lancar dan  para pelanggan serta aku sendiri boleh beraya dengan aman dan tenteram. Apa jua dugaan tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus berusaha lagi demi mencari rezeki.. huhu!

0 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...