Resepi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah Dan Jelatah

11:44:00 PM Noor Akma 1 Comments

Bila bulan puasa, selera barmacam-macam ragam. Mulalah anak-anak minta nak makan masakan yang tak biasa aku buat. Kali ni anak bujang minta nak makan nasi tomato. Dah survey kat pasar malam dalam 6 ringgit sebekas. Siap sekali dengan ayam masak merah dan jelatah yang ada orang panggil acar darat. Jadi, terpanggil lah aku nak buat sendiri nasi tomato dan lauk pauknya sekali. Nak berjimat lah katakan.

Resepi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah Dan Jelatah
Resepi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah Dan Jelatah

Aku mulalah menjalankan misi menggodek resepi yang sesuai dengan bajet sendiri. Banyak cara yang menggunakan tomato puri dalam tin tu. Ada juga kata boleh guna tomato segar sahaja. Lebih bagus sebab tiada bahan pengawet, perisa dan perwarna tiruan. Entah kan elok, entah mana tahu tak baik untuk kesihatan tomato puri dalam tin tu.... kan!


Aku guna beras biasa yang aku makan iaitu beras yang ada gambar artis Jalaludin Hassan tu. Tak ada mengada-ngada pakai beras basmathi bagai. Pun aku tak beli minyak sapi. Aku pakai majerin pelangi yang dalam paket tu. Semuanya demi penjimatan yang maksimum. Resepi nasi ni aku dah ubahsuai dan tak ada ikut sebiji di internet. Ayam merah dah jelatah pula, resepi memang dah ada dalam kepala sejak dulu... hehe!

Resepi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah Dan Jelatah


Resepi Nasi Tomato


Bahan-bahan:

4 cawan Beras
1 cawan susu cair
3 biji tomato
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar marjerin
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntuk bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
Setitik dua pewarna merah

Cara-cara:

Beras di basuh dan ukur air untuk memasak nasi secukupnya. Tomato di cincang atau potong dadu kecil. Bawang merah, bawang, putih dan halia di mayang atau di hiris halus. 

Panaskan periuk nasi dan masukkan  3 sudu besar marjerin. Bila marjerin cair, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang di hiris halus tadi. Masukkan juga rempah 4 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Tumis sampai bahan hiris dan rempah berbau wangi. Setelah itu masukkan tomato. Kacau sebati. Masukkan secawan susu cair dan air beras yang telah di keluarkan secawan airnya. Seterusnya masukkan beras, garam, gula secukup rasa dan setitik dua pewarna merah.

Masak nasi seperti biasa. Setelah masak bolehlah di hidangkan bersama lauk pauk iaitu ayam masak merah dan jelatah @ acar darat

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

Setengah ekor ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1 cawan sos cili
Sedikit kunyit serbuk
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntuk bunga cengkih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Ayam di bersihkan dan di potong-potong. Setelah itu di gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Seterusnya ayam di goreng di dalam minyak yang banyak sehingga masak. Tak perlu sampai garing. Setelah  itu ketepikan dulu.

Bawang merah, bawang putih dan halia di cincang atau di tumbuk kasar. Bawang besar di hiris. Menggunakan kuali dan sedikit minyak menggoreng ayam tadi, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di cincang tadi.

Tumiskan sekali dengan rempah 3 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Setelah naik bau, masukkan cili giling. Goreng sehingga hampir garing. Masukkan sos cili pula. Kacau-kacau dan kacau, masukkan hirisan bawang merah.

Perasakan dengan gram dan gula secukup rasa. Setelah betul-betul mendidih, masukkan ayam yang telah di goreng. Kacau rata sehingga bahan di dalam kuali meliputi keseluruhan ayam goreng. Setelah itu, bolehlah di angkat dari kuali dan di hidangkan dengan nasi tomato dan jelatah @ acar darat.

Resepi Jelatah @ Acar Darat

Bahan-bahan:

Separuh dari sebiji timun
Suku dari sebiji nenas
2 biji bawang merah
2 bji cili hijau
1 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Timun di hiris nipis dan di potong 4 bahagian satu hirisan. Nenas di potong kecil Bawang merah di hiris nips. Begitu juga cili merah juga di hiris halus.

Campurkan semua bahan hirisan. Masukkan cuka serta garam dan gula secukup rasa. Dah siap. Bolehlah di hidangkan bersama nasi tomato dan Ayam masak Merah.

Inilah set resepi masakan yang nampak simple tapi dah tiga jenis masakan sekaligus nak di buat menjadi renyah juga. Dek anak-anak teringin nak makan ddi masakkan juga. Bukan hari-hari masak sebegini. Sesekali melayan tekak anak-anak di bulan puasa. Rasa menepati selera lah juga. 

Nak cari resepi lagi... Klik SINI

p/s : Puas makan, boleh tambah 2 -3 kali. Kalau membeli habis sebekas itu ajelah yang ada. 

1 comments:

lama tak makan nasi tomato

jemput join : http://www.shfyqhazhr.com/2018/06/giveaway-suka-suka-by-shfyqhazhrcom.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...