Cara Buat Lemang Mudah Dengan Menggunakan Cawan Kertas

3:14:00 PM Noor Akma 1 Comments

Bila nak raya, terutamanya raya aidilfitri ataupun raya aidiladha, tak lengkap juadah sekiranya tak ada lemang yang terhidang di atas meja. Tapi nak buat lemang bukannya kerja mudah. Kena cari cara buat lemang mudah tanpa perlu bersusah payah. Baru sekejap tadi aku jumpa di FB satu cara buat lemang mudah dengan menggunakan cawan kertas.

Cara Buat Lemang Mudah Dengan Menggunakan Cawan Kertas
Cara Buat Lemang Mudah Dengan Menggunakan Cawan Kertas

Teringat masa di kampung dulu-dulu, nak buat lemang dari awal lagi menggunakan cara tradisional. Mula-mula cari buluh di hujung kampung atau di pinggir hutan berdekatan sungai. Selepas tu kait pula buah kelapa di tepi rumah. Seterusnya proses memotong buluh dan memproses buah kelapa. 

Seterusnya mengukur kelapa menggunakan tulang empat kerat untuk mendapatkan pati santan. Menyiapkan tempat membakar lemang di laman rumah pun satu kerja yang memenatkan juga dengan membakar kayu api. Setelah proses memasukkan pulut dan santan, proses membakar mengambl masa yang lama iaitu hampir setengah hari. Penat tak kira menjaga api agar lemang masak sekata.



Patutlah harga lemang yang siap di jual boleh di katakan mahal. Tak berbaloi membeli sebab tak boleh makan banyak dan berulang kali. Ada cara yang mudah ini, bolehlah di cuba. Mudah sangat prosesnya. Acuannya hanya menggunakan cawan kertas. Tak perlu lagi menggunakan buluh yang bukannya mudah di dapati sekarang.

Cara Buat Lemang Mudah Dengan Menggunakan Cawan Kertas


Bahan-bahan:
Beras pulut
Santan
Daun pisang 
Cawan kertas 
Garam

Cara-cara:

- Basuh beras pulut dan toskan sehingga kering 
- Masukkan daun pisang ke dlm cawan kertas 
-.Masukkan 3/4 cawan beras pulut 
- Perasakan santan dengan garam dan masukkan ke beras pulut tadi 
- Masukkan ke dalam kukus
- Kukus selama 2 - 3 jam
- Pastikan lemang sejuk dahulu baru di potong cawan kertas untuk mengeluarkan lemang
- Potong dan hiris kepingan lemang seperti biasa
- Boleh di makan bersama rendang atau serunding

Mudah sahaja nak buat lemang cawan kertas ini. Tak cerewet langsung. Mestilah tak berapa sama dengan lemang yang di bakar. Tapi kalau nak rasa macam di bakar itu, apa kata selepas di keluarkan dari cawan, selepas tu di bakar dan golek-golekkan sekejap dalam kuali leper untuk kulit luarnya nampak garing sikit. barulah di potong macam lemang biasa tu.

Raya haji atau raya aidiladha nanti, bolehlah cuba buat lemang yang sangat mudah untuk di buat ini. Mesti hari raya nanti lebih  meriah dengan adanya juadah lemang di atas meja. Apapun kena merajinkan diri membuatnya. Bukannya susah pun. Tak macam dulu-dulu, terpaksa bersusah payah meredah pinggir hutan dan mengait buah kelapa.... huhu!

Nak dapatkan tips dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s:  Senang zaman sekarang, lemang cawan pun jadi lah... :)

#kredit FB Otomen Slumber

1 comments:

Cara Merawat Dan Mengatasi Demam Anak Dengan Sentiasa Kenalpasti Suhu Badan Anak

1:25:00 PM Noor Akma 1 Comments

Bila anak demam, ibubapa mesti risau, susah hati dan pening kepala. Di tambah lagi tak cukup tidur menguruskan dan menjaga anak yang sakit. D sini aku bagi sedikit tips cara merawat dan mengatasi demam anak. Bukannya menunjuk pandai, hanya sekadar berkongsi tips dan beberapa informasi cara merawat dan mengatasi demam anak sebab aku pernah mengalami situasi tersebut.

Cara Merawat Dan Mengatasi Demam Anak Dengan Sentiasa Kenalpasti Suhu Badan Anak
Cara Merawat Dan Mengatasi Demam Anak Dengan Sentiasa Kenalpasti Suhu Badan Anak

Perkara paling penting adalah sentiasa kenalpasti suhu badan anak apatah lagi apabila trend anak-anak kecil demam sekarang ini. Seeloknya simpan satu set jangkasuhu di rumah untuk pantau suhu badan anak kecil anda. Apabila mendapati anak menunjukkan tanda tidak sihat, senang nak pastikan suhu dan buat rawatan dengan cepat.



Carta Penunjuk Suhu Normal Dan Demam

Normal : 36 - 37.4 darjah celcius
Demam : 37.5-38.4 darjah celcius
Demam melebihi paras normal : 38.4 – 39.9 darjah celcius
Demam sangat tinggi : 40-41.4 darjah celcius

Sebenarnya bukan semua demam itu merbahaya, melainkan bila suhu badan melebihi 41.5 darjah celcius, ia menjadi merbahaya untuk otak manusia. Sebab itu, amat penting untuk ibubapa kenal pasti dan ambil berat suhu badan anak anda.Jika anak anda pernah mengalami sawan, atau ada saudara terdekat yang pernah alami sawan, suhu yang meningkat sedikit walaupun 38C berisiko tinggi untuk anak anda. Sila dapatkan nasihat mereka jika ragu-ragu.

Cara Merawat Dan Mengatasi Demam Anak Dengan Sentiasa Kenalpasti Suhu Badan Anak


Biasanya apabila anak menunjukkan tanda nak demam, aku pastikan dia minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi dan mengalami demam yang teruk  Seterusnya aku bagi ubat demam. Alhamdulillah, kebiasaannya anak kembali sihat dengan cepat.Tetapi sekiranya demam berlanjutan, aku akan lap dahi dan kepalanya dengan tuala basah yang di rendam dalam air ais untuk segera menurunkan suhu badannya. Ada yang mengatakan lebih elok gunakan air suam untuk lap kepala dan dahi anak. Terpulang dan ikut kesesuaian dan tempat... Ya tak!

Jangan pakaikan anak dengan baju yang tebal atau selimutkan anak apabila demam. Apabila anak menggigil kesejukan, itu sebenarnya tahap kepanasan memang tinggi. Cara paling baik, mandikan anak dengan air suam. Ia akan meredakan dan menurunkan suhu badan. Anak akan rasa lebih segar, suhu badan yang tinggi turun dan akhirnya tanda-tanda demam berkurangan.

Ada beberapa petua tradisional yang biasa di gunakan orang kampung untuk mengurangkan suhu badan dan demam ini. Antaranya sapu atau di panggil jaram kepala anak dengan air asam jawa yang pekat. Satu lagi lap kepala anak dengan air beras yang di goreng garing. Tak taulah aku, akan keberkesanannya petua-petua ini. Tapi itulah yang aku pernah tengok di gunakan oleh opah dan mak aku dulu, sihat juga orang yang demam tu... haihh!

Apabila anak berterusan demam lebih dari tiga hari ataupun pada waktu siang sihat dan malam kembali demam berulangkali lebih dari empat hari sebaik-baiknya pergilah ke klinik dan dapatkan  pengubatan yang selanjutnya dari doktor. Manalah tau kot-kot ada jangkitan lain yang memerlukan pengawasan doktor seperti demam denggi, demam virus dan yang terkini HFMD

Nak tengok lebih tips dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Merawat bayi dan kanak-kanak kecil yang demam lebih memerlukan ketelitian kerana sistem imun mereka sangat lemah. Rujuklah pada pakar perubatan segera apabila demam belaku...

1 comments:

Juadah Sayur Cendawan Rebus Cicah Sambal Belacan Asam

3:53:00 PM Noor Akma 5 Comments

Sekali- sekala masak lauk yang sangat mudah pun boleh makan bertambah-tambah. Lauknya adalah sayur cendawan rebus cicah sambal belacan asam. Juadah makan tengahari yang biasa aku buat apabila kebuntuan nak masak lauk apa. Biasanya sayur cendawan rebus ini adalah lauk iringan di sebalik lauk utama. Tapi ia tetap pelengkap utama masakan itu.

Juadah Sayur Cendawan Rebus Cicah Sambal Belacan Asam
Juadah Sayur Cendawan Rebus Cicah Sambal Belacan Asam

Sayur cendawan yang biasa aku gunakan adalah cendawan tiram yang kini biasa di jual di pasar, kedai runcit dan pasaraya. Kalau di kampung apabila tiba musimnya lagi sedap bila dapat yang tumbuh di kawasan kebun. Tapi bila dah tak ada yang tu, cendawan yang di jual ini pun sedap juga.

Cendawan ini kebiasaannya mesti di rebus dengan daun kunyit yang di carik atau di potong kecil, barulah berbau sedap dan wangi. Tapi kalau tak ada daun kunyit rebus bersama sedikit garam dan gula sudah mencukupi. 



Wajib di makan bersama sambal belacan yang telah di percik sedikit asam. Tak kisahlah samada asam limau kasturi, asam cuka atau asam jawa. Semua rasa sambal belacan tu sedap tapi dengan percikan limau kasturi sambal akan lebih power. 

Seperti biasa, masak lauk kampung, lebih-lebih lagi yang rebus-rebus ni main agak-agak saja kuantiti untuk beberapa orang makan. Lebih banyak orang yang nak makan di lebihkanlah kunatitinya. jadi aku letak nama bahan sajalah yer. Begitu juga dengan sambal. Nak lebih pedas, nak lebih terasa belacannya dan kemasamannya letaklah lebih bahan-bahan tu... yer!

Juadah Sayur Cendawan Rebus Cicah Sambal Belacan Asam


Bahan sayur cendawan rebus:

Cendawan
Daun kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

- Cendawan di carik-carik kecil dan aun kunyit di carik sedikit. Bersihkan bahan-bahan tersebut. Kemudian masukkan cendawan dan daun kunyit ke dalam periuk. 

- Masukkan juga sedikit air iaitu separuh dari bahan-bahan di dalam periuk. Masukkan sekali sedikit garam dan gula secukup rasa, rebus sehingga mendidih iaitu sehingga cendawan empuk.

- Setelah itu bolehlah dia angkat dan di makan cicah bersama sambal belacan asam.

Bahan sambal belacan asam:

Cili merah
Cili api
Belacan
Bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
Asam 
(Boleh pilih nak guna limau kasturi, cuka atau pun asam jawa)

Cara-cara:

Belacan di bakar sehingga berbau wangi terlebih dahulu. Patah-patahkan cili merah. Masukkan ke dalam lesung bersama cili api. Tumbuk hingga lumat bersama garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan bawang yang telah di hiris dan tumbuk lumat. Masukkan belacan yang telah di bakar tadi. Setelah itu, tumbuk dan gaul sebati semua bahan di dalam lesung.

Selepas itu keluarkan bahan dari lesung dan masukkan ke dalam  bekas kecil. Jika menggunakan limau kasturi, perahkan airnya dan tapis biji-bijinya. 

Jika menggunakan cuka, percikkan sesudu dua cuka pada sambal. Begitu juga jika menggunakan asam jawa iaitu cairkan asam jawa dengan sedikit air masak dan percikkan sesudu dua pada sambal.

Sedap tau lauk sayur cendawan rebus ni. Selalu aku masak lauk sayur rebus cendawan. Semua di rumah aku suka sayur cendawan. Taklah asyik-asyik sayuran hijau atau sayur kekacang. Kena ubah selera dengan sayur cendawan pula. 

Nak tengok resepi dan masakan i blog ini... klik SINI

p/s: Dengan cendawan macam-macam cara boleh buat iaitu buat sup cendawan, cendawan goreng, masak lemak cili api cendawan pun boleh. Bukan hanya cendawan kukur je boleh buat masak lemak... huhu!

5 comments:

Biodata Puteri Aishah, Cikgu Comel Dan Pelakon Watak Che Thom Dalam Filem Pulang

3:44:00 PM Noor Akma 2 Comments

Puteri Aishah ini antara pelapis pelakon baru masa kini. Bermula  sebagai pelakon selepas di cungkil bakatnya dari pencariana Dewi Remaja 2014/2015. Puteri Aishah pernah tular dan viral di Internet sebagai cikgu comel dan cantik dapat surat cinta dari bapa anak murid. Perkara ini berlaku pada tahun 2014 sewaktu bergelar sebagai guru pelatih di sebuah sekolah rendah. 

Pertandingan Dewi Remaja2014/2015 yang beliau sertai turut di sertai beberapa orang yang kini di kenali sebagia pelakon iaitu, Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Mimi Lana  dan beberapa orang lagi. Sejak itu, kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama Puteri Balqis dalam drama Akulah Balqis sebagai watak sampingan selepas diberi kepercayaan oleh pengarah dan pelakon Erma Fatima untuk membintangi drama tersebut.

Biodata Puteri Aishah, Cikgu Comel Dan Pelakon Watak Che Thorm Dalam Filem Pulang
Biodata Puteri Aishah, Cikgu Comel Dan Pelakon Watak Che Thorm Dalam Filem Pulang

Pada tahun 2016, beliau telah memegang watak utama dalam drama Cinta Roller Coaster yang ditayangkan di TV3. Selain itu, beliau juga telah berlakon dalam sebuah teater muzikal berteras budaya masyarakat Minangkabau dan memegang watak sebagai Poti Bongsu yang d ipersembahkan di Istana Budaya. Masa cerita Cinta Roller Coaster ini , baru aku betul-betul mengenali Puteri Aishah ini sebagai pelakon.

Selain itu, drama rantaian Lelaki Itu Pemilik Hatiku barulah aku dapat menilai bakat lakonannya. Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku terbitan A. Aida Production Sdn Bhd yang disiarkan di TV3 ini, arahan Zul Huzaimy Marzuki merupakan adaptasi novel Mr Hot Guy karya Danisya Rahmat. 



Tak banyak kisah peribadi yang di ketahui tentang Puteri Aishah ini. Puteri Aishah pernah mendedahkan hubungannya dengan Pengerusi Kumpulan Syarikat NAZA, SM Faisal SM Nasimuddin yang juga anak Allahyarham SM Nasimuddin SM Amin. Walaubagaimanapun Aishah menjelaskan bahawa hubungannya dengan SM Faisal hanyalah sebagai rakan biasa

Biodata Puteri Aishah, Cikgu Comel Dan Pelakon Watak Che Thorm Dalam Filem Pulang


Nama: Puteri Aishah
Nama Lakonan : Puteri Aishah
Tarikh lahir: 6 Jun 1994 (24 tahun)
Asal: Port Dickson N. Sembilan
Pendidikan: Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)

Bagi aku beliau kena mempertingkatkan lagi ilmu lakonan agar lakonannya benar-benar mantap dan berkesan. Bukan tak bagus, tapi perlu terus di gilap sebab saingan pelakon muka-muka baru terlalu ramai. Bakat dan wajahnya yang cantik dan comel pasti memungkinkan beliau pergi jauh. Apapun lakonannya memang bagus. Sejuk hati melihat senyumannya yang manis dan comel.

Filem terkini lakonannya adalah filem Pulang yang baru di tayangkan. Ia menggandingkan beliau sebagai heroin bersama pelakon handalan hitam manis yang menjadi heronya iaitu Remy Ishak. Puteri Aishah melakonkan watak sebagai Che Thorm dalam filem tersebut.

Filem Pulang ini mengisahkan tentang seorang kelasi bernama Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya Che Thom. Jangan lupa tonton filem ini untuk tengok Remy Ishak dan Puteri Aishah berlakon yer... !

Nak baca cerita dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Ramai artis dan pelakon baru muncul bagaikan cendawan tunbuh selepas hujan. Jadi, pelakon yang  sedia ada kena ada wow faktor untuk terus kekal lama di situ.. huhu! 

#wow faktor - lakonan yang gempak
#pic fr google
#idea fr wikipedia

2 comments:

Beli Remote Hypptv Sebab Remote Lama Dah Tak Berfungsi

11:25:00 PM Noor Akma 3 Comments

Aku melanggan perkhidmatan jalur lebar Unifi sejak 2014. Jadi, ia bersekali dengan perkhidmatan telefon rumah dan TV berbayar iaitu Hypptv. Sejak kebelakangan ini remote Hypptv dah longgar dan ada yang dah rongak pun butangnya. Juga kadang-kala tak berfungsi. Terpaksalah beli remote Hypptv baru. Kalau tak beli  yang baru, payahlah nak tengok tv, nak tekan-tekan tu... huhu!

Beli Remote Hypptv  Sebab Remote Lama Dah Tak Berfungsi
Beli Remote Hypptv  Sebab Remote Lama Dah Tak Berfungsi

Dah lebih 4 tahun usia remote Hypptv tu. Dah bertukar warna dari putih ke warna kekuningan. Apa tidaknya, itu yang di pegang hari-hari untuk tukar channel Hypptv. Kalau tak ada remote tu, guna remote tv, tak dapatlah silih memilih  tengok macam-macam channel dan filem-filem yang ada di Hypp Flicks tapi yang free lah. Sesekali ada juga langgan yang berbayar.

Mula-mula aku minta en. suami beli dekat Telekom kalau singgah dekat-dekat kawasan sana. Tapi en. suami asyik sibuk dan terlupa. Akhirnya dah tak larat nak layan remote yang kadang-kadang elok dan kebiasaannya lebih pada tak berfungsi ni, aku mula mencari remote baru di laman-laman jualan online sejak dua minggu lepas. Adapun di jual di laman jualan online. Lega sungguh di buatnya. 



Sebelum membuat keputusan membeli, aku kena pastika kesesuaian dengan peralatan Hypptv di rumah aku ni. Juga nak bandingkan harganya di antara semua laman jualan online. Ada yang sangat murah tapi macam tak meyakinkan aku. Ada yang lebih mahal apabila di tambah kos pos. Akhirnya aku pilih yang berharga sederhana dan yang pasti kod box Hyppty mesti sesuai untuk di gunakan. Termasuk pos, harganya RM32.75

Beli Remote Hypptv  Sebab Remote Lama Dah Tak Berfungsi


Aku beli di laman jualan online Shoppee. Paling best, buat tempahan hari minggu, hari Selasa dah sampai ke  rumah aku. Cepatnya, dalam perkiraan aku dan seperti di beritahu sampai sebelum hujung minggu. Aku dapat set yang di berikan sekali dengan dua biji bateri. Boleh terus di gunakan, gembira sangat... huhu!

Haraplah tak cepat rosak remote ini. Aku dah pesan anak-anak, jangan buat mainan  dan lempar ke sana dan ke sini lagi remote tu. Anak-anak bila bergurau sesama mereka, remote akan jadi mangsa. Tulah juga sebab membuatkan remate jadi rosak. Haihhh!!

Nak baca cerita dan informasi di blog ini.. klik SINI

p/s: Sepanjang aku melanggan Unifi ni tak ada lagi rungutan yang teruk tentang perkhidmatanya, cuma kadang-kadang ada juga line lembab sikit bila waktu puncak... itu je!

3 comments:

Menyegarkan Diri Dari Sakit-Sakit Badan Dengan Petua Dapur Ini

3:30:00 PM Noor Akma 3 Comments

Seharian bekerja dan menguruskan rumah tangga, penat yang tak terkirakan saban hari. Apa kata kita ikut petua yang boleh menyegarkan diri dari sakit-sakit badan. Tak perlu susah-susah dan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Hanya sebuah petua dapur dari bahan-bahan masakan di dapur sahaja sakit-sakit badan dah hilang. 

Menyegarkan Diri Dari Sakit-Sakit Badan Dengan Petua Dapur Ini
Menyegarkan Diri Dari Sakit-Sakit Badan Dengan Petua Dapur Ini

Antara bahan dapur yang di gunakan adalah halba. Ia mengandungi karbohidrat sehingga 60 peratus, protein dan minyak lemak, pati minyak, flavonoid, saponin serta kumarin. Terdapat hasil penelitian yang menunjukkan khasiat menurunkan kadar gula darah ditunjukkan daripada proses kompaun alkaloid tri-gonelline dan kumarin.

Halba sebagai makanan kesihatan diamalkan nenek moyang kita dulu untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Antara khasiat halba dipercayai dapat memperbanyakkan susu ibu, melancarkan haid, melegakan sakit kepala atau migrain, membuang angin, buasir, senggugut, merangsang rahim, mengurangkan berat badan, mengawal kencing manis serta mengurangkan radang kulit.

Selain halba, bahan dapur lagi yang di gunakan adalah serai dan halia yang di ketahui mempunyai pelbagai khasiat yang sangat banyak. Halia mengandungi sehingga tiga peratus minyak pati yang memberikannya aroma selain akar halia muda biasanya berjus dan mempunyai rasa pedas yang lembut. Halia  berupaya  menghalau angin dalam badan.



Serai pula banyak digunakan dalam masakan Melayu , Indonesia dan Thailand. Antara masakan yang menggunakan serai ialah tomyam, rendang dan kerabu. Selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang di ekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik, syampu dan sabun. 

Serai mengandungi kandungan sitral sebanyak lebih kurang 65 hingga 85 % . antara sebatian lain yang terdapat dalam serai ialah linalol, geraniol, sitronelal, sitronenol, farnesol, farnesal, limonena dan nerol. Serai juga banyak di gunakan dalam perubatan tradisional. Air serai  boleh menghindari dari terkena bisa-bisa dan sejuk dalam badan.

Menyegarkan Diri Dari Sakit-Sakit Badan Dengan Petua Dapur Ini


Bahan-bahan:

1 sudu kecil halba
1 inci halia
2 batang serai
1 liter air
1sudu kecil pes asam jawa

Cara-cara:

Seketul halia di ketuk-ketuk jangan sampai hancur. Serai di ketuk bahagian pangkalnya. selepas tu rebus halba, serai dan halia bersama 1 liter air.

Rebus sehingga betul-betul mendidih. Untuk di minum, masukkan 1 sudu kecil pes asam jawa ke dalam 1 cawan air rebusan itu

Kacau sehingga larut dan minum pada  malam sebelum masuk tidur. Seeloknya minum semasa air rebusan masih suam.

Insya'allah, keesokan harinya badan akan jadi segar dan sakit-sakit badan akan segera menghilang. Elok di amalkan selalu.

Selain dari menghilangkan sakit-sakit badan, ramuan bahan-bahan di atas mampu juga menhilangkan angin dalam badan, kebas-kebas kaki tangan, susah buang air besar dan senggugut. Amalkanlah selalu untuk kesihatan yang baik secara berterusan. Dari bahan-bahan alami dan semulajadi senang di dapati pula tu... 

Nak dapat lebih informasi... klik SINI

p/s:  Jom  mengamalkannya, untuk kesihatan  yang lebih baik tanpa berbelanja lebih... :)

#idea fr FB
#pic fr google

3 comments:

Biodata Remy Ishak, Hero Filem Pulang

2:15:00 PM Noor Akma 2 Comments

Mula menghayati lakonan Remy Ishak dalam drama rantaian Nur Kasih. Sebelum tu, ada juga tengok dia berlakon tapi rasanya tak ingat sangat. Remy Ishak ni adalah antara hero filem Melayu yang berwajah Melayu sejati. Selain tu dia berketerampilan hitam manis, tampan dan kacak. Lakonannya pun sangat bersahaja dan sesuai dengan apa saja watak yang di bawa.

Remy Ishak, Hero Filem Pulang
Remy Ishak, Hero Filem Pulang

Siapa sangka, dari seorang anak kampung berkelana di bandaraya Kuala Lumpur dan melakukan pelbagai pekerjaan akhirnya menjadi seorang pelakon terkenal. Pernah tidur di masjid, bekerja sebagai pelayan hotel dan pelbagai kerja lagi. Akhirnya berjaya menjadi pelakon selepas mendapat peluang apabila menghadiri ujibakat oleh pengarah Osman Ali.

Remy terus mengorak langkah dengan drama yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia iatu Nur Kasih. Beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman). Drama ini disiarkan di TV3 dan ditonton oleh 5 juta penonton. Kemudiannya drama Nur Kasih telah difilemkan pada Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. 



Sejak itu Remy terus aktif di arena perfileman dan televisyen dengan membintangi drama-drama popular serta filem-filem terkini. Remy juga dianggap sebagai salah seorang aktor  yang diangkat sebagai Hero Malaya kerana fizikal dan bakatnya persis Pemuda Melayu Terakhir. Setelah sekian banyak filem dan drama yang di bintangi, kini beliau di angkat sebagai hero dalam Filem Pulang yang di arahkan oleh pengarah yang telah melonjakkan namanya  sebelum ini  iaitu Kabir Bhatia.

Biodata Remy Ishak, Hero Filem Pulang


Nama:  Mohammad Zalimei Bin Ishak
Nama lakonan: Remy Ishak
Tarikh lahir: 11 April 1982
Umur: 36 tahun
Tempat Asal : Melaka

Masa namanya mula melonjak dia di katakan bercinta dengan  pelakon Umi Nazeera Tapi tak lama kemudian mereka memutuskan perhubungan selepas tu. Setelah itu setahun kemudian, Remy memaklumkan bahawa beliau rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama TV Nur Kasih. Dua tahun kemudan, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan  telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih berkawan baik.

Status Remy Ishak kini adalah tunangan orang iaitu tunang kepada seorang wanita bernama Ezza Yusof. Dari sekian banyak drama dan filem yang di lakonkannya, Filem Pulang adalah naskhah terbarunya untuk peminat filem Melayu. Filem ini dengar kata bakal mengegarkan dunia filem Melayu. Ye ke, tungguuuu!... hahaha!

Filem Pulang ini mengisahkan tentang seorang kelasi bernama Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya. Jangan lupa tonton filem ini untuk tengok  Remy Ishak berlakon yer... !

Nak baca pelbagai cerita, informasi dan tips, klik SINI

p/s: Aku yang tak sabar nak tengok lakonan Remy Ishak. Aku ni memang peminat Remy, selain lakonannya yang mantap  dah tentulah sebab dia tall, dark dan handsome. Dari dulu aku memang tak minat lelaki kulit cerah, apatah lagi yang rupa orang Korea... aihhh!!

#pic fr google
#idea fr google

2 comments:

Resepi Masak Lemak Putih Labu Dengan Bayam

3:20:00 PM Noor Akma 1 Comments

Salah satu sayur buah kegemaran aku dan seisi keluarga untuk di buat lauk adalah buah labu. En. suami rajin beli sayur buah labu ini. Dia suruh buat masak lemak putih labu. Ada kalanya tak tambah sayur lain, hanya labu saja. Kali ini buat masak lemak putih labu dengan bayam. Untuk menambah pelbagai citarasa gittu... !

Resepi Masak Lemak Putih Labu Dengan Bayam
Resepi Masak Lemak Putih Labu Dengan Bayam 

Buah labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh kita. Jika seseorang itu menghidap rabun, terutama sekali pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, maka labu kuning adalah menu yang sesuai untuk diet bagi tubuh. pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam ii labu.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotid dan serat. Di katakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan. Labu juga di katakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning juga mengawal diabetes.



Pernah tak korang menghadiri kenduri kahwin orang masak gulai labu? Mesti jarang sekali di buat orang. Tapi masa aku tinggal di rumah teres ada yag buat, kebetulan nama jalan depan rumah Jalan Labu. Sempena nama jalan agaknya. Menu sayur kenduri itu adalah labu lemak putih. Sedap juga tapi labunya di rebus agak lama, hancur sikit. Kalau labunya tidak hancur  baru  okey sikit... hurm!

Resepi Masak Lemak Putih Labu Dengan Bayam 


Bahan-bahan:

Separuh labu muda
Secekak bayam
2 biji bawang merah
1 biji cili merah
2 sudu udang kering
Sehelai daun kunyit
Secawan santan pekat
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara: 

- Labu di buang kulit dan di potong dadu sebesar ibu jari. Bayam di potong- potong. Setelah itu labu di rebus dalam secawan air. Rebus sekadar cukup lembut sahaja.

- Bawang merah di hiris halus. Cili merah di hiris menyerong. Daun kunyit di carik-carik sahaja. 

- Masukkan bawang merah, cili merah dan daun kunyit dalam periuk. Masukkan bersama udang kering, setengah cawan santan pekat dan secawan air.

- Seterusnya setelah mendidih, masukkan bayam. Kacau sehingga bayam menjadi layu dan air mendidih. 

- Setelah itu masukkan labu yang telah di rebus bersama airnya. Bila air hampir mendidih masukkan setengah cawan santan lagi. 

- Perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau terus jangan berhenti. Bila dah mendidih sekali lagi, angkat dan terus kacu hingga wap panas makin surut.

- Setelah itu bolehlah di hidangkan dan makan bersama nasi. 

Lauk sayur  labu masak lemak putih ni sedap di makan bersama sambal belacan dan ikan masin atau ikan pekasam. t ak toleh kiri kanan dah kalaudapat lauk macam ni. Selain di buat masak lemak, buah labu juga boleh di buat bubur atau pengat, lepat labu, bingka labu, onde-onde labu, talam labu  dan banyak lagi makanan yang lain.

Nak resepi unik dalam blog ini... klik SINI

p/s: Entah kenapa, bila ingat Jalan Labu mesti teringat kenduri sayur labu tu...  Dengar cerita, tuan kenduri teruk kena kutuk pasal masak sayur labu masa kenduri.. hehe!

1 comments:

Makan Kek Sedap Sampai Puashati

4:10:00 PM Noor Akma 5 Comments

Cerita kali ni pasal kek sedap dari Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Memang puashati dengan keknya yang cantik, gebu dan sedap meleleh sangat. Aku beli kek sedap di situ sebab nak menghabiskan baucer yang dapat dari hotel tu. Kek yang di beli  memang sedap sebab tu berkali-kali beli kek di situ. Ini kali ketiga beli kek di situ... huhu!

Makan Kek Sedap Sampai Puashati
Makan Kek Sedap Sampai Puashati 

Pada kali pertama dan kedua, ambil gambar kek pun dah kelam kabut sebab anak-anak tak sabar nak merasa. Tak cantik, rosak, comot dan kurang cahaya gambar kek di buatnya. Kali ini pun nyaris tak sempat ambil gambar. Itu pun sempat juga di potongnya seketul akibat tak menyabar nak melantak... hehe!



Kali ini beli seketul kek coklat fudge dengan beberapa keping potongan kek iaitu kek red velvet, kek carrot, kek tiramisu dan seketul dua kek yang tak di ingati namanya. Masa kali pertama dan kedua tu pernah beli kek marble cheese, kek rainbow dan pelbagai lagi lah.

Makan Kek Sedap Sampai Puashati 


Sesiapa yang berminat nak beli kek untuk majlis harijadi dan berbagai majlis lagi, bolehlah beli di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Jangan risaukan harganya. Lebih kurang sama sahaja harganya dengan harga kek-kek yang di jual di pasaraya dan komplek membeli belah. Lebih branded dari kek yang biasa  sebab dari hotel lima bintang... huiyyo!

Untuk yamg bercitarasa tinggi dan mementingkan taraf dan kesempurnaan mesti beli di sini. Barulah canggih dan meletup. Untuk yang sederhana pun boleh beli kek di sini sebab harganya bukanlah terlalu mahal. masih di taraf kemampuan  orang-orang biasa macam kita. Yang pasti, rasanya sedap, lazat dan sesuai dengan tekak... ya tak?

Harap lain kali aku dapat lagi makan kek yang sedap dari GBWHSA ini. Kena rajin buat review dan terus blogging seperti biasa. Inilah manafaatnya yang aku dapat setelah bekerjaya sebagai penulis blog sejak beberapa tahun ini. Tak pernah terfikir dapat makan makanan yang sedap seperti kek dari hotel ni... hehe!

Nak tau dan dapat pelbagai informasi dari blog ini, klik SINI

p/s: Terliur dengan kek coklat yang sedap tu... fuh!

5 comments:

Kasut Putih VS Kasut Hitam...

12:40:00 PM Noor Akma 3 Comments

Kasut putih dah sinonim dengan kasut sekolah sejak dulu lagi. Waktu aku bergelar pelajar sekolah dulu sudah semestinya pakai kasut putih. Masa tu, walau aku pengawas sekolah tak pula pakai kasut hitam. Semua pelajar zaman aku sekolah dulu sama saja, ada jawatan atau tidak tetap berkasut putih.

Kasut Putih VS Kasut Hitam...
Kasut Putih VS Kasut Hitam... 

Apabila anak-anak mula bersekolah, baru ada trend yang ada jawatan di sekolah di bolehkan dan di mestikan pakai kasut hitam. Banyak kenangan dan peristiwa dengan kasut putih ni. Peristiwa sendiri dan rakan-rakan dan jiran pun ada. Biasalah kasut putih bukannya senang nak jaga. Lebih-lebih lagi kawasan kampung... hahaha!



Aku dulu, sekolah jauh dari rumah. Namun begitu aku berjalan kaki sahaja untuk sampai kesekolah. Naik bukit, turun bukit, lalu belakang rumah orang, perlimbahan orang, jamban orang, kandang kambing dan macam-macam lagi. Bukan tak ada jalan yang sebenar tapi itulah jalan pintasnya untuk sampai cepat. Kalau ikut jalan besar, jauh yang amat.. huhu!

Kasut Putih VS Kasut Hitam... 


Selain itu, bila musim hujan, jalan becak sungguh. Habis kekotoran melekat di kasut putih tu. Jadi, untuk menyelamatkan kasut agar tak bertukar warna kecoklatan, kasut sekolah simpan dalam beg, pakai selipar nak ke sekolah tu. Bila sampai sekolah tukar ke kasut sekolah. Tapi bila bukan musim hujan tetiba hujan turun, kuyup juga kasut tu di hujani kekotoran. 

Ada juga cerita anak jiran(lelaki) lupa basuh kasut sekolah waktu cuti penggal. Esok nak sekolah, malam baru teringat kasut belum di cuci. Cuci malam tu, salai kat dapur kayu. Esok pagi, tak perasan kasut jatuh dalam bara api. Apa lagi dah nak rentung kasut terbakar. Teruk anak tu kena belasah dek emak dan bapaknya. Tak dapat juga pergi sekolah dan kena beli kasut baru... hahaha!

Anak-anak pula, setakat tahun dua tu aku tolonglah cucikan sambil ajar dia cuci sendiri. Bila diorang dah besar sikit, buatlah sendiri. Tapi ada anak buah di bantainya cuci dalam mesin basuh. Bergegar bunyi mesin basuh satu rumah suatu hari tu masa aku ke rumah kak ipar. Ingat apa lah bendanya. Malasnya diorang, patutlah mesin basuh rumah diorang asyik rosak... hahaha!

Bila anak-anak  dah besar sikit, diorang dah pandai nak melawa dan cantik-cantik. Pandai diorang jaga warna kasut takut malu apabila kotor. Di bandar bukan macam kampung, becak sana sini. Cuma bersukan tu je yang buat kasut kotor tapi diorang boleh juga pakai kasut sukan bila ada kokurikulum.

Anak bujang aku sorang je. Masuk sekolah menengah dia memang pakai kasut hitam sampai habis sekolah sebab dapat masuk kelas depan(KRK). Dah warnanya hitam, lebih kurang sebulan sekali baru di basuhnya. Anak-anak perempuan aku yang lain ada jawatan di sekolah, jadi memang pakai kasut hitam. Kecuali anak bongsu yang pendiam ni sahaja pakai kasut putih. Tahun depan pakai kasut hitam yer.. hehe!

Memang warna hitam lebih memudahkan untuk anak-anak nampak lebih bersih, Tak adalah dah cantik-cantik pakaian, tetiba kasut pula kotor tak berbasuh. Biasanya pada anak-anak yang sekolah rendah. Apatah lagi yang lelaki sebab diorang ni suka bermain. Tak main bola, buat permainan kejar-kejar siapa dapat pijak kasut siapa pun jadi. Mana tak kotor kasut di buatnya...

Eloklah pelaksanaan pemakaian kasut hitam di sekolah. Mudah kerja suri rumah nak mengajar dan menyuruh anak cuci kasut. Tapi rasanya sesiapa yang masih nak pakai kasut putih tak di larang. Isu remeh je ni. Tak payahlah di perpanjangkan cerita lagi. Kasut putih atau kasut hitam, bukan penentu kejayaan anak-anak di sekolah. Pelajaran itu yang paling utama... Tak gittuuu!!!

Nak baca cerita dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Cerita kenangan persekolahan dengan kasut putih, menggamit memori...  hihi!

#pic fr google

3 comments:

Bathroom Remodeling Tips And Guides

2:12:00 PM Noor Akma 1 Comments

Are you planning to buy a property for yourself? If you prefer a property located outside the city, you can consider investing in a property in Ipoh. The property market in Ipoh has been improving over the past few years. It does not matter if the property is old, because you can always go for remodeling. You can go for a kitchen remodeling, a bathroom remodeling and a living area remodeling if you have the budget.

Bathroom Remodeling Tips And Guides
Bathroom Remodeling Tips And Guides

Bathroom is known as a personal place where most people spend their time. It is also considered as a more personal space than kitchen. This article will guide you through some bathroom remodeling tips and guides to give your property a new look. 

Getting started
First of all, you will need to plan your renovation work. You can go by hiring professionals to help you in deciding what needs to be done. Interior designers also have better ideas for the designs. Hiring interior designers come with a cost, but it is definitely worth it, and it is a great idea for those who are busy. Of course, you can also browse through Pinterest or any websites to get some inspirations if you are on a tight budget. 

There are also some factors to consider before you start the remodeling process, such as having a bathtub or not. Ask yourself if you need a bathtub and how many times in a year you are going to soak in the tub. Also, are you the only one using the bathtub or you need more bathtubs in the bathrooms in your house. 

Set your budget
Be realistic and only go for things that you can afford. Make sure you prepare a tracksheet or a list of items that you need and their prices. Create a budget and stick to it closely. You will need to know which items you should splurge on and which to give them a pass. This will prevent you from overspending and bursting your budget. You will also need to consider the hidden costs such as the cost of materials and labor. Shipping costs are included in the hidden costs as well. All these hidden costs can add up to quite a huge sum. So do be careful when you set your remodeling budget. In addition, you will also need to prepare at least 10% of your budget for unplanned expenses that come unexpectedly. 

Design and layout
Once you get better ideas on your bathroom remodeling plan, you can start exploring bathroom designs that suit your lifestyle and needs. Narrow down the themes or designs that you have chosen before. You could also visit some showhouses to get more inspirations. Whether you want to remodel your master bath into a relaxing spa retreat or just a basic remodel, you can find all inspirations through visiting showhouses or through the websites. 



You will also need to consider the layout for your bathroom. Make sure the layout is accessible. It is advised to avoid reinventing the bathroom layout. Keep the plumbing fixture in the same locations. Not only it could save you quite a bit of money, it will also save you from a lot of hassles of installing new plumbing. 

Materials
The vanity tops play dual role of serving a a work surface in the morning and being durable. The type of materials you choose will of course, depends on your budget and taste. Make sure you choose a more durable and better quality materials for your bathroom. Marble and granite will give the countertop a sleek and rich look, hence the price. Solid surface works well too as they are durable and require little maintenance. Scratches can be easily buffed out with sandpaper too. The surface can also handle high heat, which is is essential for women and their curling irons. 

Storage and organization
A bathroom without sufficient storage is cluttered and impractical. Make sure you install an in-shower storage, as you will need it for your shampoo, conditioner, soap, body scrub and etcetera. Go for something that is sturdy and long lasting. Do not settle for cheap plastic units that hang from the showerhead or some storage that you attach to the rod of the bathtubs. Go for a ceramic tile shelf that you install in the corner of your shower if you have the budget. You can also opt for a built-in wall shelving. Cheap items will only ruin your attractive new design for your bathroom. 

Getting it done
Communicate with your interior designers and contractors before the remodeling process starts. This is to avoid any unwanted misunderstanding throughout the process. Consult your interior designers or contractors if you have any problems. After all, they are professionals and they know what to do to avoid any costly mistakes. 

In conclusion, remodeling your bathroom is not too much of a hard work if you plan ahead and seek for professional advice. Most importantly, stick through your budget and be realistic on what can be done and not.

1 comments:

Resepi Kacang Botor Goreng Belacan, Merecik Sedapnya

1:42:00 PM Noor Akma 3 Comments

Nama lain kacang botor adalah kacang botol, kacang, kelisa, kacang sirek dan ada beberapa nama lagi yang di panggil mengikut dialek setempat. Kacang ini kebiasaannya di buat ulam makan dengan sambal kelapa dan sambal belacan. Buat resepi kacang botor goreng belacan ini pun merecik juga sedapnya. Resepi kacang botor goreng belacan ini sama dengan sayur goreng belacan yang lain. Cuma berbeza sayuran sahaja.

Resepi Kacang Botor Goreng Belacan, Merecik Sedapnya

Pokok kacang botor adalah sejenis pokok menjalar dan memanjat. Senang hidup dan tak banyak musuh perosak tanaman. Aku suka tanam pokok kacang botor ini dulu. Berlambak buahnya sampai tak habis di makan. Sedapnya apabila di buat masakan goreng belacan. Tak sedar bertambah nasi di pinggan... huhu!



Buat goreng belacan kacang botor ini tak perlu berkuah macam kangkung goreng belacan. Buat masakannya sekadar basah-basah sahaja. Bahan-bahan lebih kurang sama. Agak-agak sahajalah sebanyak mana kacang dan kesesuaian bahan ikut berapa orang yang nak makan. Mudah je...

Resepi Kacang Botor Goreng Belacan, Merecik Sedapnya


Bahan-bahan:

12 biji kacang botor
7 biji cili api
1 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
Sebesar ibu jari belacan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara:

- Kacang botor di hiris nipis dan di bersihkan. Cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih di tumbuk lumat atau di kisar bersama belacan. Tak perlu di bakar terlebih dahulu belacan tu kecuali nak buat sambal biasa.

- Setelah itu , campurkan ikan bilis dan kisar/tumbuk  ikan bilis bersama, Tak perlu sampai lumat. Hanya tumbuk kasar sahaja. Dah siap itu semua, panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.

- Setelah minyak panas, masukkan bahan tumbuk/kisar  tadi. Goreng sehingga naik bau bahan tumbuk tadi. Setelah itu, masukkan kacang botor dan kacau sehingga kacang botor  menjadi lembut dan bertukar warna sedikit.

- Sekiranya agak kering, tambah sedikit air. Ikutlah kehendak sendiri samada nak berkuah atau kurang kuah. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah itu, bolehlah di angkat dan di hidangkan untuk di makan bersama nasi putih.

Memang kena dengan selera kami sekeluarga sayur kacang botor goreng belacan ini. Resepi mudah, hanya campak-campak goreng stail kekampungan saja. Sedap, kecur air liur aku di buatnya. Resepi ni aku buat minggu lepas. Esok nak cari sayur ni, nak buat lagi... hahaha!

Nak lihat pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Bagi orang kampung resepi macam inilah yang membuka selera... :)

3 comments:

Novel Pulang | Indahnya Cintan Cintun Zaman Dulu, Terasa Hingga Ke Hujung Sanubari

4:41:00 PM Noor Akma 3 Comments

Novel Pulang oleh Lily Haslina Nasir | Membaca novel ini membuatkan aku bagaikan terasa aku ada di sana dan melihat segala yang berlaku. Asyiknya membaca cerita novel pulang yang penuh  dengan cinta tetapi adakalanya meruntun jiwa membuatkan diri ini terkaku dan terpempan.  Setiap bab novel yang di mulai dengan pantun seloka membuat novel ini sangat mengujakan hingga ke hujung sanubari .... huhu!

Novel Pulang | Indahnya Cintan Cintun Zaman Dulu, Terasa Hingga Ke Hujung Sanubari
Novel Pulang | Indahnya Cintan Cintun Zaman Dulu, Terasa Hingga Ke Hujung Sanubari

Dah lama aku tak membelek dan membaca novel baru sebab dah tak larat  dengan novel Melayu yang balik-balik bertemakan  kahwin paksa antara orang kaya dan orang miskin di ketepikan, selepas tu cerita mula-mula benci lama-lama cinta nak mati, anak tan sri balik dari oversea dan mengambil alih perniagaan ayahnya tetapi sibuk bercinta lebih daripada membuat kerjanya dan emak ada calon menantu pilihan sendiri yang walaupun perangai teruk  tetapi tetap disayangi dan tema biasa-biasa  yang cliche sangat.... hahaha!


Dapat saja novel pulang ni, aku tak bertangguh lagi terus membacanya. Bila membaca novel, seperti biasa memang tak boleh berhenti. Apatah lagi novel yang menyentuh perasaaan, mengasyikkan dan meruntun jiwa raga  seperti ini. Aku baca  novel ni tak sampai setengah hari dah habis. Selepas tu beberapa hari juga aku belek balik bab-bab yang terkesan di hati. Sebelum membeli novel ni, aku dah  terasa aku mesti suka cerita dalam novel ini sebab sinopsis pendek cerita ni ada  baca di FB. Itu yang hati melonjak-lonjak nak mendapatkannya.

Novel Pulang | Indahnya Cintan Cintun Zaman Dulu, Terasa Hingga Ke Hujung Sanubari



Novel pulang ini  menampilkan epik cinta dan merangkumi penceritaan dari 3 generasi dari tahun 1940 an hinggalah zaman sekarang. Lebih mengujakan aku adalah ia dari kisah benar yang terjadi dalam hidup seseorang iaitu  Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar di mana datuknya telah belayar meninggalkan keluarganya tapi tak pulang-pulang. Fuh.... dasyat!!

Novel ini antaranya juga mengisahkan tentang seorang kelasi bernama Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya, Che Thom dan anak lelaki tunggalnya, Omar. Sepanjang pemergian suami tercinta, Che Thom setia menanti kepulangan suaminya siang dan malam selama 61 tahun.

Pengarang novel ni iaitu Lily Haslina Nasir bukanlah asing dengan aku. Aku dah ikuti kehidupannya di FB dan blog sejak dari dulu. Kiranya sejak aku ada FB dan blog tahun 2010 lagi. Novel pulang ini di buat dengan adaptasi dari skrip filem di jadikan novel dan di jadikan filem. Wah, bukan calang-calang orang boleh buat macam ni. Menyentuh emosi, hati dan sanubari tu.

Tak sabar nak menonton filem pula. Aku dah tengok 'The Making Of" Memang gempak juga filem  ni dengan setnya yang tak terfikir dek akal. Macam cerita titanic yang omputih buat tu.  Antaranya goncangan kapal dek ombak yang di buat dalam studio. Hebat juga produksi filem kita sekarang. Barisan pelakonnya pun selain Remy Ishak dan Puteri Aishah yang sepadan, pun nampak sesuai sangat... !

Korang kalau nak tau pengakhiran cerita tentang penantian Che Thom yang tak berkesudahan tu, kenalah beli novel atau tengok filem tu. Lebih baik buat kedua2nya sekali. Aku nak cerita di sini pun entah nak mula dari mana. Yang pasti, ada juga pertanyaan yang tak terjawab tertinggal di novel ni.. hehe!

Nak baca banyak lagi di blog ini, klik SINI

p/s: Apa jadi dengan Cikgu Hassan, kemana perginya Cikgu Hassan.... itulah petanyaannya.... huh!

3 comments:

Petua Mengelakkan Adanya Kutu Beras Dalam Bekas Beras Di Rumah

2:28:00 PM Noor Akma 3 Comments

Idea petua hari ini adalah untuk  mengelakkan adanya kutu beras dalam bekas beras di rumah kita. Kutu beras kalau nak tahu, ia berwarna hitam dan kecil sahaja. Ada kalanya ia di panggil bubuk dan hidup di dalam beras dan biji-bijian yang lain. Punca beras di penuhi bubuk @kutu beras adalah di simpan dengan cara yang salah ataupun terlalu lama. Menghilangkan kutu beras bukanlah mudah tapi sebelum tu ada cara untuk mengelakkan adanya kutu beras dalam bekas beras di rumah.

Petua Mengelakkan Adanya Kutu Beras Dalam Bekas Beras Di Rumah
Petua Mengelakkan Adanya Kutu Beras Dalam Bekas Beras Di Rumah

Bila beras mula berbubuk atau di serang kutu beras, bukanlah satu perkara senang membuangnya. Memang geram dibuatnya! Silap haribulan, jalan pintas yang mungkin akan kita lakukan ialah dengan membuang beras yang berkutu dan membeli beras yang baru. Tetapi, jika selalu sangat berbuat sedemikian dah jadi satu pembaziran pula. Tak bagus juga, kan.

Nasib baik beras di rumah aku tak di simpan terlalu lama. Setiap 3 minggu beli 10kg beras dan tak sempat berbubuk dah habis, beli pula yang baru. Tak sempat kutu beras nak menetaskan telurnya, beras pun dah habis di masak. Tapi aku sentiasa juga berjaga-jaga. Tak nak beras di hinggapi bubuk. 



Dalam berjaga-jaga tu kadang-kadang ada juga sesat seekor dua. jadi aku kena pastikan baki beras yang sebelumnya tak bercampur dengan yang baru. Kalau tidak, keluarlah kutu beras. Selain dari itu, aku selalunya letak setangkai dua cili kering. Rupanya banyak lagi cara nak halau kutu beras ni...

Petua Mengelakkan Adanya Kutu Beras Dalam Bekas Beras Di Rumah


- Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap. Ini untuk beras yang sudah teruk di serang kutu beras. Tapi beras kena segera di gunakan dan jangan campur beras yang baru.

- Masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras. Ini kaedah biasa yang selalu aku gunakan. 

- Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.Taburkan bawang putih yang sudah dihiris ke dalam beras yang sudah diletakkan di dalam talam atau bekas. Cara ini akan membuatkan kutu beras tersebut ‘cabut lari’ meninggalkan beras tersebut.

- Selain bermanfaat menghalau semut, ternyata kulit kayu manis juga berupaya mengusir kutu beras. Caranya cukup mudah, masukkan kulit kayu manis ke dalam manis di tempat penyimpanan beras. Aroma khasnya itu akan membuatkan kutu-kutu berasa berasa tidak selesa.

- Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh mengelakkan dan menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.

- Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Cara ini juga berkesan mengelakkan kutu beras.

- Simpan beras dengan dua atau tiga helai daun belimbing buluh yang sudah dibersih dan dikeringkan. Daun belimbing buluh terbukti efektif untuk menjauhkan kutu beras.

Mungkin ada lagi petua yang lain untuk mengelakkan beras di masuki dan di huni kutu beras. Cara yang paing mudah sebenarnya adalah jangan simpan beras terlalu lama.dan jangan beli beras yang dah lama. Barulah beras tak sempat berbubuk dan di huni kutu beras. 

Untuk mendapatkan petua dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Beli beras cukup-cukup untuk sebulan jadi al kisahnya kutu beras tak sempat nak buat koloni atau petempatan, beras dah habis di makan... yeayh!!!

#pic fr google


3 comments:

Sambal Tumis Sardin Dengan Belimbing Buloh

2:22:00 PM Noor Akma 5 Comments

Selepas aku buat sendiri sardin  dalam sos tomato  pada malamnya, lauk tengahari keesokan harinya adalah sambal tumis sardin dengan belimbing buloh. Sudah semestinya sardin buatan sendiri ini  rasanya saling tak tumpah seperti sardin dalam tin yang di jual. Yang  pasti tak perlu risau tentang kebersihan dan cacing lagi. En. suami sangat menyukai  lauk sambal tumis sardin dengan belimbing buloh ni.... sedap tau!

Sambal Tumis Sardin Dengan Belimbing Buloh
Sambal Tumis Sardin Dengan Belimbing Buloh

Belimbing buloh memang kesukaan en. suami. Kebiasaannya buat masak lemak cili api bersama ikan. Boleh juga buat masak lemak cili api dengan telur itik. Sekali sekali sedap buat sambal tumis sardin dengan belimbing buluh. Sambal tumis ikan bilis atau ikan apa-apa pun sedap di buat bersama belimbing buloh.



Apabila masak lauk bersama belimbing buloh, tidak kira samada masak lemak ataupun masak sambal, tidak perlu campur asam keping ataupun asam jawa, Ini di sebabkan belimbing buloh ini dah sedia masam. Dengan sendirinya rasa masam belimbing buloh menggantikan kemasaman gulai ataupun sambal itu. Seterusnya resepi di bawah yer...

Sambal Tumis Sardin Dengan Belimbing Buloh


Bahan-bahan:

4 ekor sardin bersama sos
12 biji belimbing buloh
3 sudu besar cli giling
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

- Belimbing buloh di potong pangkal dan hujung, di belah dua dan di bersihkan. Bawang merah dan bawang putih di buang kulit, di cincang halus atau di tumbuk lumat. Bawang besar di hiris halus.

-Panaskan kuali atau pan, masukkan sedikit minyak masak, tumiskan bahan cincang/tumbuk hingga naik bau dan kekuningan. 

- Masukkan cili giling dan goreng hingga agak garing. Masukkan bawang besar dan belimbing buloh. Masukkan juga sedikit air. Masak sehingga belibing buloh bertukar warna hijau pucat.

- Masukkan pula ikan sardin bersama dengan sosnya. Jika suka pecah-pecahkan sedikit isi ikan sardin. Kalau tak nak buat, tak apa. 

- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar agak kering sedikit. Bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Oh ya, sekiranya ingin mendapatkan resepi cara buat ikan sardin... klik SINI. Kami sekeluarga memang sangat suka makan ikan sardin. Apatah lagi kalau masak lauk macam ini. Makan bertambah-tambah  lagi, tak cukup sepinggan, makan berpinggan-pinggan sampai bam-bam jadinya... hehe!

Nak resepi dan informasi, klik SINI

p/s: Lauk sardin ni macam-macam resepi boleh buat dan kena kreatif  mengolah bahan-bahan, jadilah .... !!!

5 comments:

Cekodok Dengan Sosej Goreng Bentuk Sotong Yang Unik... Haha!!

11:36:00 AM Noor Akma 4 Comments

Kadang-kadang ada saja makanan unik di cipta oleh orang-orang yang kreatif. Kali ini aku tertarik dengan cekodok dengan sosej goreng di goreng bersama. Sosej tu di bentuk jejari sotong. Memang menakjubkan bentuknya. Rasa cekodok dengan sosej goreng ini tak adalah berperisa sotong. Hanya bentuk menyerupai sotong. Itu yang unik tu... hehe!

Cekodok Dengan Sosej Goreng Bentuk Sotong
Cekodok Dengan Sosej Goreng Bentuk Sotong

Aku dapat lihat idea ini melalui group FB iaitu group MAHN. Memang mudah saja membuatnya. Tepung boleh guna tepung cucur adabi. Boleh juga tepung itu di bancuh sendiri. Pilih sendiri mana-mana yang di sukai dan memudahkan. 


Sosej pula hanya sosej biasa yang boleh di beli di supermarket dan kedai runcit. Tak kisahlah sosej perisa apa saja. Sebatang sosej di potong dua dan bahagian hujungnya di belah-belah membentuk beberapa belahan menyerupai jejari sotong.

Resepi Cekodok Dengan Sosej Goreng Bentuk Sotong 


Bahan-bahan: 

Sepaket tepung cucur adabi
Sepaket sosej
Air 
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

- Bancuh tepung cucur adabi. Seeloknya buat pekat sikit dari biasa untuk memudahkan bancuhan tepung lekat pada hujung sosej nanti.

- Potong dua sebatang sosej. Di hujung bahagian yang bulat, belah tanpa putus 6 bahagian sosej untuk membentuk jejari sotong.

-  Di bahagian satu lagi, celup dalam tepung cucur untuk membentuk badan dan kepala sotong. 

- Goreng terendam dalam minyak yang banyak. Buat sampai habis semua adunan cucur dan sosej. Toskan di atas tisu dapur. 

- Dah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos.

Hidangan cekodok @ cucur sosej goreng ini sesuai di buat bekal untuk anak-anak ke sekolah. Sarapan pagi dan minum petang pun sesuai. Mesti anak-anak seronok dan terasa lucu melihat kepelbagaian bentuknya.

Tuanpunya resepi yang kreatif ni buat bekal untuk suami dia pergi kerja. Memang kelakar dia ni. Bila bentuk kecik besar ni di katakan emak bapak dan anak-anaknya berkumpul sendat sebekas. Apapun resepi cekodok ni memang menarik hati. Boleh jadi viral nih... hehe!

Untuk lebih resepi dan informasi... klik SINI

p/s:  Untuk yang empunya idea kreatif ni, aku mohon kongsi idea yer. Aku pun bercadang nak buat nanti. Tunggu kumpul bahan dulu... huhu! 

#kredit group FB MAHN

4 comments:

Antara Petanda Kanser Yang Tidak Boleh Di Abaikan .....

3:18:00 PM Noor Akma 3 Comments

Sejak akhir-akhir ni banyak pula kendengaran di sekeliling  individu yang aku kenal mengidap kanser. Ada di antaranya adalah artis atau orang-orang yang di kenali ramai. Risau jugalah aku di buatnya. Jadi, jagalah kesihatan diri dan  di samping itu awasi petanda kanser dalam diri kita dan orang tersayang. Pencegahan awal dan kenal pasti petanda kanser dari awal dapat mencegah kita dari mengidap kanser kronik.

Antara Petanda Kanser Yang Tidak Boleh Di Abaikan .....
Antara Petanda Kanser Yang Tidak Boleh Di Abaikan .....

Apabila diri kita, orang di sekeliling kita menunjukkan tanda- tanda sakit janga di abaikan. Lebih-lebih lagi apabila sakitnya berlarutan. Seeloknya segera dapatkan dapatkan diagnos secepatnya dari klinik, hospital dan pakar perubatan. Mungkin ia petanda kanser yang tak boleh di abaikan dan tidak boleh di ambil ringan.



Sekiranya tanda-tanda kanser dapat di kesan awal dan di buat pembedahan dan rawatan awal, risiko untuk ke arah yang lebih kronik akan dapat di atasi. Ramai sudah pesakit kanser yang dapat tahu awal dan mendapat rawatan yang sepatutnya bebas dari penyakit kanser. Jadi jangan ambil mudah yer...

Antara Petanda Kanser Yang Tidak Boleh Di Abaikan .....


- Hilang Selera Makan
Kanser perut  boleh membuatkan seseorang berasa kenyang dengan segera. Ketumbuhan tersebut boleh menghantar bahan kimia untuk memberitahu kepada otak untuk verhenti makan. Namun di sebabkan perubahan metabolisme dan banyak lagi kondisi lain juga boleh menjadi punca kehilangan selera makan.

- Sakit Perut
Ia adalah satu simptom kanser pankreas, yang selalu tidak memberikan sebarang petanda langsung. Rasa sakit pada bahagian atas perut selalunya mengakibatkan sindrom usus. Kebanyakan simptomakan melarat dan disebabkan itu anda perlu perhatikannya bila berlaku dan bagaimana kesakitannya. Jadi, doktor akan melakukan ultrasound atau CT scan untuk pemeriksaan lanjut.

- Keradangan Payu Dara
Kanser payu dara selalunya di salah tanggapan pada masalah radang yang timbul, yang mana ia boleh menyebabkan trauma pada payu dara. Perubahan pada tekstur dan rona kulit adalah simptom kanser kulit, ia juga boleh jadi tanda kepada kanser payu dara. Ia sering di anggap jangkitan kulit yang biasa.

- Demam
Demam adalah simptom biasa yang ada di antaranya boleh menyebabkan kematian trmasuklah limfoma. Terdapat lebih daripada 500 nodus limfa di seluruh badan kita. Limfoma non-hodgkin (NHL) boleh berkembang di mana saja di mana terdapat simptom dan boleh menjejaskan organ extranodal seperti hati, perut dan paru-paru. itulah sebabnya gejalan NHL berbeza-beza seperti selsema atau jangkitan pernafasan lain, menurut pusat kanser.

- Berpeluh
Sesetengah kanser boleh berkembang dengan cepat dan pesat. Apabila sitokin, protein kecil di rekrut, di keluarkan oleh sel dalam cara yang tidak normal, ia boleh mencetuskan  reaksi berlebihan yang boleh menunjukkan dirinya sebagai peluh. Rembesan sitokin oleh sel-sel tumor membawa kepada tindak balas masalah keradangan.

- Diarrhea
Selalunya perubahan pergerakan usus hanyalah disebabkan jangkitan sementara, tetapi kadangkala ia adalah tanda kanser usus besar. Sekiranya di diagnosis peringkat terawal. kadar survival lebih dari 90 peratus. Ini adalah satu lagi kemungkinan gejala kanser ovari. Komplikasi GI adalah biasa di kalanngan pesakit kanser.

- Batuk
Kanser paru-paru, terutamanya di kalangan perokok, dengan mudah boleh di kelirukan dengan masalah yang lain. Orang akan batuk, letih dan suara mereka mungkin berbeza. Tetapi ini juga gejala masalah yang lebih biasa seperti radang paru-paru. Jika kerengsaan yang tidak dapat di jelaskan tidak berhenti selama empat minggu, doktor perlu melakukan X-ray pada bahagian dada. Batuk darah juga merupakan gejala yang tidak khusus, yang paling biasa adalah jangkitan.

 - Muntah
Mual dan muntah adalah gejala-gejala kesihatan yang jangan sesekalidi abaikan terutamanya muntah makanan pepejal sejurus selepas makanan. Ia adalah tanda kanser perut yang biasanya tidak di jumpai pada peringkat awal, menurut American Society of Clinical Oncology.

-Kurang Tenaga
Keletihan adalah tanda yang biasa. Kanser adalah penyebab yang berpotensi tetapi ada banyak sebab lainnya. Tenaga yang rendah untuk berminggu-minggu pada satu masa sering di kaitkan dengan kanser yang mula merebak.

- Hilang Berat Badan
Banyak lagi kondisi lain, yang paling biasa adalah disfunngsi tiroid, boleh menyebabkan kehilangan berat badan secara tiba-tiba dan tidak dapat di jelaskan. Pneumonia adalah satu lagi sebab yang mungkin tetapi ia kan datang dengan demam dan menggigil. Sekiranya pesakit telah kehilangan berat badan secara tiba-tiba, tanpa ubat dan tidak merasa sakit, dia sepatutnya segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

Cegah dan buatlah pemeriksaan awal sekiranya sakit dan jangan abaikan tanda-tanda sakit agar tidak menyesal kemudian hari. Sentiasalah awasi tanda sakit yang menyerang. Lagi bagus amalkan gaya hidup yang sihat, yang mengamalkan pemakanan seimbang untuk menjauhkan segala penyakit menghinggapi tubuh badan kita. Tak gittew...!!

Nak lagi tips dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Entri perkongsian yang memberi manafaat pada pembaca...!

#kredit SINI
#pic fr google

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...