Resepi Masak Lemak Putih Labu Dengan Bayam

3:20:00 PM Noor Akma 1 Comments

Salah satu sayur buah kegemaran aku dan seisi keluarga untuk di buat lauk adalah buah labu. En. suami rajin beli sayur buah labu ini. Dia suruh buat masak lemak putih labu. Ada kalanya tak tambah sayur lain, hanya labu saja. Kali ini buat masak lemak putih labu dengan bayam. Untuk menambah pelbagai citarasa gittu... !

Resepi Masak Lemak Putih Labu Dengan Bayam
Resepi Masak Lemak Putih Labu Dengan Bayam 

Buah labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh kita. Jika seseorang itu menghidap rabun, terutama sekali pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, maka labu kuning adalah menu yang sesuai untuk diet bagi tubuh. pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam ii labu.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotid dan serat. Di katakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan. Labu juga di katakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning juga mengawal diabetes.



Pernah tak korang menghadiri kenduri kahwin orang masak gulai labu? Mesti jarang sekali di buat orang. Tapi masa aku tinggal di rumah teres ada yag buat, kebetulan nama jalan depan rumah Jalan Labu. Sempena nama jalan agaknya. Menu sayur kenduri itu adalah labu lemak putih. Sedap juga tapi labunya di rebus agak lama, hancur sikit. Kalau labunya tidak hancur  baru  okey sikit... hurm!

Resepi Masak Lemak Putih Labu Dengan Bayam 


Bahan-bahan:

Separuh labu muda
Secekak bayam
2 biji bawang merah
1 biji cili merah
2 sudu udang kering
Sehelai daun kunyit
Secawan santan pekat
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara: 

- Labu di buang kulit dan di potong dadu sebesar ibu jari. Bayam di potong- potong. Setelah itu labu di rebus dalam secawan air. Rebus sekadar cukup lembut sahaja.

- Bawang merah di hiris halus. Cili merah di hiris menyerong. Daun kunyit di carik-carik sahaja. 

- Masukkan bawang merah, cili merah dan daun kunyit dalam periuk. Masukkan bersama udang kering, setengah cawan santan pekat dan secawan air.

- Seterusnya setelah mendidih, masukkan bayam. Kacau sehingga bayam menjadi layu dan air mendidih. 

- Setelah itu masukkan labu yang telah di rebus bersama airnya. Bila air hampir mendidih masukkan setengah cawan santan lagi. 

- Perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau terus jangan berhenti. Bila dah mendidih sekali lagi, angkat dan terus kacu hingga wap panas makin surut.

- Setelah itu bolehlah di hidangkan dan makan bersama nasi. 

Lauk sayur  labu masak lemak putih ni sedap di makan bersama sambal belacan dan ikan masin atau ikan pekasam. t ak toleh kiri kanan dah kalaudapat lauk macam ni. Selain di buat masak lemak, buah labu juga boleh di buat bubur atau pengat, lepat labu, bingka labu, onde-onde labu, talam labu  dan banyak lagi makanan yang lain.

Nak resepi unik dalam blog ini... klik SINI

p/s: Entah kenapa, bila ingat Jalan Labu mesti teringat kenduri sayur labu tu...  Dengar cerita, tuan kenduri teruk kena kutuk pasal masak sayur labu masa kenduri.. hehe!

1 comments:

ayunie ramli said...

manis labu tu best makan. kalau makan dengan ayam goreng sedap jgak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...