Penggayaan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah, Nak Ikut Trend Semasa Atau Keselesaan?

2:44:00 PM Noor Akma 0 Comments

Banyak fesyen tudung di gayakan sekarang. Dari bawal, instant bawal, shawl, instant shawl, half moon dan pelbagai fesyen turban pun ada. Penggayaan tudung semestinya kena dengan bentuk wajah dan bersesuaian dengan bentuknya. Selain peggayaan tudung sesuai dengan bentuk wajah, keselesaan memakainya pun penting daripada terikut dengan trend semasa.

Penggayaan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah, Nak Ikut Trend Semasa Atau Keselesaan?
Penggayaan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah, Nak Ikut Trend Semasa Atau Keselesaan?

Tak perlulah hanya kerana mengikut trend semasa membuatkan diri terjebak memakai kesemua fesyen tudung  yang ada. Musykil dengan stail tudung yang selesa  dan yang bersesuaian untuk digayakan? Ketahui bentuk muka anda dan ikuti panduan yang diberikan ini.

Penggayaan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah, Nak Ikut Trend Semasa Atau Keselesaan?


Bentuk Segi Empat
Bagi mereka yang berwajah petak, kebiasaannya tulang rahang akan lebih menonjol. Elakkan dari memakai tudung yang melekat di wajah kerana ia hanya akan memberi fokus kepada tulang rahang tersebut sekaligus membuat anda tampil garang dan agak maskulin. 

Sebaliknya, pilih stail tudung yang boleh mebuatkan wajah tampak bujur. Untuk mendapatkan efek ini, bentuk tudung di bahagian rahang serta dagu agar ia tampak bujur atau bulat. Dedahkan bahagian tulang pipi dan dahi kerana ia berkesan untuk memberi ilusi wajah agar tampil lebih panjang.

Wajah Bulat
Elakkan dari memakai anak tudung yang menutup bahagian dahi kerana ia hanya akan membuatkan wajah si pemakai bertambah pendek. Wajah bulat memerlukan ilusi panjang, oleh itu bentuk tudung anda di bahagian tulang pipi untuk menutup sedikit bahagian sisi muka. Stail tudung yang mempunyai lilitan di bahagian telinga juga tidak sesuai digayakan kerana akan membuat wajah tampak lebih besar. 

Sebaiknya pilih tudung dari jenis kain stretch kerana ia mampu untuk memberi volume kepada wajah anda seterusnya memberi ilusi bujur. Antara teknik lain yang boleh digunakan adalah untuk memakai cekak rambut terlebih dahulu sebelum menyarung anak tudung.



Wajah Bujur
Pemilik wajah bujur boleh menggayakan pelbagai fesyen tudung kerana empunya wajah ini mempunyai raut yang versatile. Setiap gaya kena dengan si pemakai dan jika mahu tampil berani, cuba gaya turban untuk kelainan.

Bentuk Hati/Tiga Segi
Ciri bentuk wajah ini kebiasaannya adalah dahi yang luas disertai dagu kecil. Gayakan tudung dengan lilitan ketat di bahagian atas kepala atau dahi. Boleh juga gayakan anak tudung yang berbentuk separuh bulatan. 

Tudung jenis longgar amat sesuai digayakan kerana bahagian dagu yang kecil memberi ilusi seakan bentuk wajah sebutir berlian. Biarkan tudung longgar di bahagian rahang dan percayalah anda akan tampak anggun menawan.

Bentuk Wajah Panjang
Jauhi stail tudung yang melekat di wajah kerana ia akan menampakkan wajah semakin panjang. Tutup sedikit bahagian dahi dengan anak tudung agar wajah tampak lebih sekata. Stail tudung longgar yang mempunyai volume atau lilitan di bahagian tepi kepala amat bersesuaian untuk digayakan kerana ia memberi ilusi kepada keluasan wajah yang berkurangan. Dedahkan bahagian tulang pipi untuk ilusi lebih efektif.

Apapun gaya atau stail yang di pilih, pastikan gaya tudung selesa dan tidak mengganggu kehidupan dan tugasan harian. Seeloknya tak perlu mengikut sangat fesyen dan trend terkini. Pilih yang sedap mata memandang, cantik dan semestinya anggun bergaya serta menutup aurat mengikut tuntutan agama Islam

Nak baca pelbagai informasi terkini.... klik SINI

p/s: Jangan jadi mangsa fesyen sehingga merosakkan gaya tudung.... yer!

#kredit SINI

0 comments:

Tips Tanaman Dan Penjagaan Pokok Bunga Ros....

1:07:00 AM Noor Akma 3 Comments

Huhu.... berangan nak menanam pokok bunga ros la plak.. hehe. Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah tanam pokok bunga ni dulu.... bertahun2 dulu masa tinggal kat rumah lama. Aku beli sampai 5 pasu pokok bunga ros kat sungai buluh... pilih yang banyak kudup bunga yang belum mekar. Biar nanti mekar kat rumah la... 

Tips Tanaman Dan Penjagaan Pokok Bunga Ros....
Tips Tanaman Dan Penjagaan Pokok Bunga Ros....

Letak bersusun di halaman rumah, gigih la menyusun bata nak hias laman tu. Esok paginya excited nak tengok bunga ros kembang tapi pokok bunga dah kudung semua, di makan dek arnab jiran yang terlepas dari kandang. Frust gila masa tu... Dek geram, aku dengan jiran depan rumah tangkap arnab2 tu hantar jauh2 dari rumah kitorang.

Bila tuan si arnab sibuk mencari arnab2 dia, kitorang buat tak tau jela... Sapa suruh biarkan arnab2 tu berkeliaran kat rumah orang.... Sampai habis pokok2 bunga rumah orang dikerjakannya.... Ha.. baru dia tauuu... Dua minggu lepas tu beli 2 pasu pokok bunga ros lagi... Pokok bunga ros yang makan dek arnab tu dah tak dapat diselamatkan...mati...isk3. Kali ni letak tempat tinggi. Tak mau berulang lagi... 



Mesti ramai di kalangan wanita yang suka dengan bunga ros. Bagaimana dengan penjagaan pokok bunga ros? Jika tidak kena cara, agak sukar juga untuk tanam pokok bunga ros. Jom kongsi beberapa tips mudah untuk penjagaan pokok bunga ros.

Tips Tanaman Dan Penjagaan Pokok Bunga Ros....


- Pokok bunga ros perlukan tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar), air, matahari dan sumber nutrien baja. 

- Jangan lupa, pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang tetapi jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah. 

- Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Amalkan air basuhan beras dan ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros. 

- Kulit udang dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro dan mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. 

- Pokok bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara berjadual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya. 

- Bagi menggalakkan pengeluaran bunga, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak. 

- Buang daun-daun pokok bunga ros yang terkena penyakit. Pokok bunga ros selalunya akan diserang black spot. Jadi untuk mengawal masalah ini, anda boleh gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. 

 Untuk mendapatkan lebih informasi di blog ini.... klik SINI

p/s : berangan nak tanam kembali pokok ros nanti bila siap rumah baru...weh!

#kredit SINI

3 comments:

Cara Mudah Membuat Cantuman Pokok Bunga Kertas Pelbagai Warna Dalam Satu Pokok

2:38:00 PM Noor Akma 2 Comments

Suka lihat pokok bunga kertas berbunga lebat. Lebih-lebih lagi melihat hanya dalam satu pokok ada pelbagai warna bunga kertas. Nak membeli jenis macam ni, keplang mahal. Apatah lagi yang telah di bentuk cantik ala-ala bonsai. Apa kata buat sendiri cantuman okok bunga kertas pelbagai warna dalam satu pokok. 

Cara Mudah Membuat Cantuman Pokok Bunga Kertas Pelbagai Warna Dalam Satu Pokok
Cara Mudah Membuat Cantuman Pokok Bunga Kertas Pelbagai Warna Dalam Satu Pokok

Tak susah membuatnya tapi memerlukan sedikit ilmu pengetahuan jugalah. Sekarang, banyak sudah di kongsikan caranya di laman sosial. Aku dah tahu cara ini lebih dari sepuluh tahun dan sudah pernah praktikkan dulu sewaktu rajin menanam pokok bunga kertas ini. Waktu itu masih di rumah lama. Penuh dan meriah kawasan rumah dengan pokok bunga. 

Pokok bunga kertasa mendapat nama di sebabkan bunganya nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama lain bunga ini adalah bougainvilla. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.



Untuk membuat cantuman seelok-eloknya pilih dari pokok yang dari species yang sama tapi dari warna yang berlainan dan jenis yang merimbun. Ini untuk memastikan ia nampak elok, cantik  dan sepadan sebab kadang-kadang ada jenis yang hanya berbunga di hujung-hujung  sahaja. 

Cara Mudah Membuat Cantuman Pokok Bunga Kertas Pelbagai Warna Dalam Satu Pokok


Bahan-bahan:

Pisau
Cutter
Gunting
Plastik
PVC tape
Tali atau dawai pengikat
Pucuk pokok bunga kertas pelbagai warna
Sepasu pokok bunga kertas

Cara-cara:

Bahagian pucuk pokok pelbagai warna yang hendak dicantumkan di letak ke dalam segelas air untuk mengelakkan pucuk layu sebelum perkara seterusnya di lakukan.

Pilih pucuk yang sesuai untuk dicantumkan pada sepasu pokok bunga kertas. Potong pucuk pada pokok dalam pasu  yang mempunyai diameter/ ukuran yang sama dengan pucuk yang akan dicantumkan.

Potong dengan berhati-hati dan belah sepanjang anggaran 2cm. Buang daun-daun pada pucuk yang hendak dicantumkan, tinggalkan 2 atau 3 daun pucuk yang paling kecil sahaja. Hiris bahagian hujung pangkal pucuk ini membentuk seperti baji.

Masukkan hujung yang berbentuk baji ini di antara celah ranting pucuk yang dibelah tadi. Ikatkan cantuman pucuk ini dengan PVC tape putih  yang biasa di gunakan untuk mengetatkan batang paip.

Akhir sekali ambil satu plastik , sungkupkan pucuk yang telah dicantumkan tadi dan ikat di bahagian bawah. Ini untuk mengelakkan kehilangan air dan menjaga kelembapan dari cantuman pokok dan menyebabkannya kering dan mati.

Jika cantuman ini berjaya , anda akan dapat melihat titisan-titisan air yang dibebaskan oleh pucuk yang baru dicantum, di bahagian dalam plastik. Pucuk mula tumbuh membesar dan hidup. 

Selepas seminggu, buang sungkupan plastik luar dan buang ikatan PVC tape pada cantuman. Biasanya ada juga cantuman yang tidak berjaya. Purata 10 cantuman 3 akan gagal. Tapi bila berjaya, pasti akan berbangga dengan hasilnya.

Sekarang, aku tinggal di rumah yang tidak memungkinkan aku menanam apa jua pokok sebab faktor ketinngian rumah dan tiada bertanah dan berhalaman. Insya'allah pada tahun hadapan aku akan pindah kerumah yang keliling rumah bertanah dan luas halamannya. Akan ku hiasi halaman dengan bunga kertas pelbagai warna... Insya'allah!

Untuk tips dan informasi yang pelbagai di blog ini.... klik SINI

p/s: Geram tengok pokok bunga kertas yang berbunga lebat, macam musim bunga di negara Eropah.

2 comments:

Petua Menghilangkan Pijar Tangan Yang Terkena Cili

1:33:00 PM Noor Akma 2 Comments

Biasa berlaku apabila mengendalikan cili ketika dalam proses memasak tangan menjadi pijar akibat terkena cili. Proses memasak itu memotong, menggunting, menumbuk dan beberapa proses lagi memerlukan cili itu di pegang menyebabkan pijar tangan. Ada cara dan petua untuk menghilangkan pijar tangan yang terkena cili itu. 

Petua Menghilangkan Pijar Tangan Yang Terkena Cili
Petua Menghilangkan Pijar Tangan Yang Terkena Cili

Ada sesetengah jenis cili memang kuat pedasnya sampai membuatkan kesannya melekat pada jari-jemari dan juga tangan. Terasa panas, gatal, pedas, dan pedih. Inilah yang dikatakan dan di maksudkan dengan pijar. Walaupun setelah dicuci dengan air, rasa pijar tu tetap ada, malah semakin lama rasa pijar itu semakin terasa.



Ada beberapa petua mudah yang boleh hilangkan pijar tangan dengan cepat dan mudah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah dijumpai di dapur. Insya'allah rasa pijar itu dapat di hilangkan sedikit demi sedikit.

Petua Menghilangkan Pijar Tangan Yang Terkena Cili


- Garam
Ambil 3 sudu besar garam makan dan lumurkan pada tangan selama beberapa minit untuk menghilangkan rasa pijar tersebut. Bilas dengan air. Atau gunakan garam dengan sedikit air. Gosok seperti biasa dan bilas.


- Gula
Cara yang sama seperti menggunakan garam iaitu lumurkan atau campur dengan air. Gosok keseluruhan tangan dan bilas.

- Beras
Masukkan tangan ke dalam tong beras. Gosok tangan dengan butir-butir beras itu sehingga pijar hilang. Tapi, pastikan tangan kering terlebih dahulu sebelum memasukkan tangan. Nanti rosak pula beras dek kelembapan tangan.

- Susu
Sapu keseluruhan tangan dan jari dengan susu pekat atau susu cair pun boleh. Tumpuan di berikan pada tempat yang lebih terasa pijar. Sedikit demi sedikit rasa pijar pasti akan hilang.

- Air Ais
Rendam ke dalam air ais. Rasa sejuk ais itu dengan cepat menyegarkan diri dan rasa pijar sedikit demi sedikit akan hilang.

- Minyak Masak
Gosok dan lumur jari jemari yang pijar dengan minyak masak. Insya'allah lama kelamaan rasa pijar akan hilang. Bilas dengan sabun dan air.

- Hampas Kelapa
Boleh juga menggunakan hampas kelapa iaitu dari kelapa yang sudah di perah santannya. Gosok dan  ramas keseluruhan tangan dengan hampas kelapa itu. Lam-kelamaan insya'allah rasa pijar akan hilang

- Asam jawa
Lumurkan jari jemari yang pijar dengan asam jawa yang sudah di tambah sedikit air. Biarkan sebentar dan basuh serta bilas tangan dengan air. Insya'allah boleh melegakan rasa pedih dan pijar dan seterusnya menghilang.

Sekadar memanjangkan perkongsian dan pengetahuan sendiri untuk tatapan dan bacaan di masa akan datang. Semoga infomasi petua ini bermanafaat untuk pengetahuan kita semua. Aku kutip petua-petua ini di FB dan google dan dari pengetahuan sendiri.

Nak lebih informasi.... klik SINI

p/s: Satu perkara yang perlu di ingat, jangan sentuh tangan yang pijar di tempat-tempat sensitif. Nanti kepijaran dan kepedihan berjangkit. Terutamanya apabila ke tandas... huhu!

2 comments:

Resepi Ikan Bawal Masak Tiga Rasa

1:21:00 PM Noor Akma 3 Comments

Entah apa yang mengidamnya anak bujang aku ni nak makan ikan bawal masak tiga rasa pula. Dia tak kisah ikan apa pun. Jadi, en. suami  beli seekor ikan bawal untuk di masak tiga rasa tu. Ikan bawal tu adalah dalam besar sikit dari tapak tangan aku. Dapatlah melepaskan keinginan anak bujang nak makan lauk ikan bawal masak tiga rasa... huhu!

Resepi Ikan Bawal Masak Tiga Rasa
Resepi Ikan Bawal Masak Tiga Rasa

Cara masakannya biasa saja. Cuma nama yang di sebut tu ada mempunyai macam-macam rasa. Sampai tiga rasa yang tersedia di dalamnya.  Rupanya tiga rasa tu bermaksud menggunakan bahan tiga jenis sos iaitu, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Jangan tak tau... hahaha!



Untuk di masak tiga rasa ini sebenarnya tak kisah nak buat menggunakan apa jenis ikan pun tapi kebiasaannya orang buat dengan ikan siakap dan ikan bawal. Mana-mana ikan pun boleh saja. Biasanya masakan ini jarang aku buat sebab rasanya tak pedas. Jadi tak berapa suka. Untuk masak ini pun aku tambah sikit cili kisar untuk memberi rasa. Haihh...!

Resepi Ikan Bawal Masak Tiga Rasa


Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk kunyit 
1/4 sudu teh garam halus
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan air
1 biji cili merah
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun bawang- hiasan
*tambah sendiri 1 sudu makan cili kisar

Cara-cara:

Ikan di bersihkan dan di gaul dengan serbuk kunyit dan garam halus. Selepas itu di salut pula dengan tepung jagung. Seterusnya di goreng  garing ke dalam minyak yang banyak. Seterusnya angkat dan letak siap sedia di atas pinggan hidangan.

Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Cli merah di hiris menyerong. Tomato juga di hiris nipis. Daun bawang juga di hiris.

Setelah itu bawang merah, bawang putih dan halia di tumis sehingga wangi. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Jika mau, masukkan juga cili kisar. Kacau rata dan biarkan mendidih. 

Setelah itu masukkan cili merah hiris. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula. Bila hampir di angkat, masukkan tomato yang di hiris. Kacau sebati dan bolehlah di angkat.

Curahkan bahan sos ini di ke atas ikan. Tabur pula hirisa daun bawang. Bolehlah di hidangkan dan di makan bersama nasi putih untuk hidangan tengahari.

Masakan lauk ikan yang sangat mudah. Kalau dah tak ada ide nak masak apa, boleh cuba lauk ini. Memang di sukai oleh anak-anak kecil yang tak makan pedas sebab rasa sos yang manis-manis sedap tu. Aku biasa makan di restoran tomyam selalunya lauk macam ini. Jarang buat. Dah ada permintaan, kenalah buat... ya tak.. hehe!

Nak tengok resepi di blog ini... klik SINI

p/s: Bolehlah... lebih suka yang pedas dan lauk yang berkuah..!

3 comments:

Konsep Bersedekah Yang Afdal Kepada Keluarga Terdekat

5:35:00 PM Noor Akma 2 Comments

Bercerita mengenai pemberian sedekah iaitu berkenaan konsep bersedekah yang afdal dan paling baik adalah di berikan kepada orang-orang terdekat yang memerlukan. Iaitu di mulai adik beradik, anak-anak dan ibu bapa. Seterusnya konsep bersedekah yang afdal di berikan kepada kepada saudara mara sebelah ayah dan sebelah ibu serta kaum kerabatnya. Akhirnya  barulah kepada jiran dan masyarakat sekeliling. 

Konsep Bersedekah Yang Afdal Kepada Keluarga Terdekat
Konsep Bersedekah Yang Afdal Kepada Keluarga Terdekat

Antara hadis yang di ceritakan berkenaan ini adalah:
Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Ufair ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Al Laits ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abdurrahman bin Khalid bin Musafir dari Ibnu Syihab dari Ibnul Musayyab dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah setelah kecukupan terpenuhi. Dan mulailah dari orang yang menjadi tanggunganmu. (HR. Bukhori No. 1360 Juz 2 Halaman 218)

Konsep Bersedekah Yang Afdal Kepada Keluarga Terdekat


Tergamaknya seseorang itu yang mempunyai harta dan kemewahan yang melimpah ruah dan sering bersedekah kepada yang memerlukan sehinggakan sanggup memberikan apa saja bentuk pertolongan kepada fakir miskin dan juga anak yatim demi keselesaan mereka, tetapi sayang seribu kali sayang dia terlepas pandang pada kesusahan dan kesempitan kaum keluarga, kerabat dan saudara mara sendiri.



Mungkin baginya dengan memberikan sedekah kepada keluarga sendiri atau saudara mara dia tidak mendapat pahala besar dan mungkin orang tidak memandang tentang kebaikannya. Sebaliknya pemberian kepada keluarga sendiri adalah lebih besar pahalanya di mata Allah. Cetek sungguh pemikiran orang-orang yang sedemikian.

Hadis seterusnya menceritakan:
Qutaibah menceritakan kepada kami, Sufyan bin Uyainah memberitahukan kepada kami dari Ashim, dari Hafshah binti Sirin, dari Ar-Rabab, dari bapa saudaranya Salam bin Amir yang membawanya kepada Nabi SAW, beliau bersabda, "Sedekah kepada orang miskin hanya sedekah, dan sedekah kepada sanak saudara dan  kerabat mempunyai dua (pahala), iatu sedekah dan menyambung tali persaudaraan. (HR. Tirmidzi No. 658)

Sungguh menyedihkan kalau seseorang itu yang hidup dengan penuh kemewahan dan kekayaan tetapi dalam masa yang sama saudara kandungnya sendiri atau kaum keluarga hidup dalam kemiskinan tanpa mendapat sebarang bantuan darinya. Harta dunia tak boleh di bawa mati. Eloklah berbakti kepada kaum keluarga sendiri terlebih dahulu.

Tak perlulah berbangga buat potongan gaji untuk pembayaran zakat tapi nak menghulur bantuan kepada  keluarga sendiri untuk setahun sekali musim perayaan pun sudah terlalu payah. Apatah lagi dengan berbangga dengan kemewahan hidup, pakaian berjenama, percutian pada  setiap tahun dan rumah yang besar tapi kaum keluarga sendiri kesempitan hidupnya. Hipokrit sungguh kalau begitu... !

Nak baca coretan di blog ini.... klik SINI

p/s : Itulah natijahnya kehidupan kini, di ingatnya dengan membayar zakat dan bersedekah kepada tabung bantuan itu dan ini tu dah cukuplah sedekah dan kebaikannya...  :(

2 comments:

Sup Tulang Daging Korban Aidiladha 2018

3:46:00 PM Noor Akma 2 Comments

Hari ini aku buat sup tulang daging korban  yang tulangnya en. suami dapat dan  bawa dari masjid semalam. Anak-anak memang suka sup tulang. Apatah lagi di buat dari tulang daging korban yang segar baru di sembelih semalam. Masih terasa segar rasa dagingnya. Jadi, sup tulang daging korban ini memang di nanti saban tahun apabila menyambut aidiladha.

Sup Tulang Daging Korban Aidiladha 2018
Sup Tulang Daging Korban Aidiladha 2018

Dapat tulang bahagian pangkal paha yang besar dan di penuhi daging di sekelilingnya. Ada juga tetel lembut putih yang kenyal di sekelilingnya. Selain tu dapat juga beberapa ketul tulang yang agak kecil bersama isinya sekali. Tak nak simpan lama tulang ni, jadi aku pun mulakan langkah penyediaan sup tulang.

Sudah semestinya aku masak sup ini menggunakan periuk yang mempercepatkan dan memudahkan aku memasaknya. Kalau tidak, apabila aku rebus tulang daging, siap boleh tidur sejam dua tapi tulang masih belum empuk dan tiada tanda untuk daging tanggal dari tulangnya. Ambil masa 4 jam biasanya.... huhu!



Kini dengan periuk ajaib ini iaitu all in one pressure cooker philips dalam setengah jam saja dah siap seperiuk sup tulang yang sedap. Aku buat lain sikit iaitu aku letak sepaket serbuk sup adabi dalam kuah sup. Biasanya aku tak letak perencah tu. Jadi, ada kelainan sikit. Sedap juga rasanya. 

Sup Tulang Daging Korban Aidiladha 2018


Bahan-bahan:

Tulang lembu dan sedikit isinya
4 biji ubi kentang
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 paket serbuk sup 
1 sup bunjut
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 bunga cengkih
2 buah pelaga
1/2 dari seketul kiub ayam
Daun sup secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Jika suka pedas tambahkan cili api yang di titik sedikit kedalam sup

Cara-cara: 

Tulang di bersihkan. Kentang di buang kulit, di potong dan di belah empat. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris. Daun sup juga di hiris halus.

Di dalam periuk pressure cooker, masukkan sedikit minyak. Apabila minyak dah panas, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Dah berbau wangi, masukkan perencah sup. Kacau sebentar dan masukkan sedikit air. Masukkan sup bunjut ke dalamnya. Masukkan juga kiub ayam.

Seterusnya masukkan tulang daging. Masukkan juga air secukupnya. Aku letak air  lebih sedikit dari paras daging. Sekiranya nak lebih kuah sup, boleh tambah lebih air. Tutup periuk dan setkan tekanan selama 25 minit. 

Setelah 25 minit, buka tudung periuk dan masukkan kentang dan perasakan dengan garam dan gula. Boleh masukkan juga cili api yang di titik. Selepas itu, tutup balik tudung periuk dan setkan tekanan kepada masa 5 minit.

Bila dah sampai masa 5 minit  bolehlah di buka tekanan periuk. Tabur separuh daun sup ke dalam masakan. Kacau sebati. 

Makan bersama kuah kicap dan taburan daun sup serta bawang goreng. Walla...

Inilah sup tulang daging korban yang di sediakan aku pada tahun ini. Puas hati lah makan dengan berseleranya en. suami dan anak-anak aku. Nasib baik ada pembantu ajaibku itu. Bolehlah masak dengan cepat dan selesa. 

Nak dapatkan resepi yang canggih di blog ini... klik SINI

p/s: Tunggu raya korban tahun depan pula sekiranya di beri kesihatan yang baik dan di panjangkan usia... aminnn..!

2 comments:

Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway

9:50:00 PM Noor Akma 0 Comments

Assalamualaikum....


Syarat-syarat penyertaan:
1. Seorang blogger dari Malaysia dan mempunyai blog.
2. Tulis artikel bertajuk "Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway" di blog anda dan hantar link penyertaan di ruangan komen.
3. Follow blog Ronaldmohoni.com
4. Tampal banner Salam merdeka dan linkkan Ronaldmohoni.com.

Tarikh Giveaway:
19 0gos hingga 09 September 2018

Hadiah:
1. RM 10 untuk seorang pemenang
2. RM 5 untuk 8 pemenang


0 comments:

Butter Chicken Yang Sedap Sesangat.... Huhu!

4:36:00 PM Noor Akma 2 Comments

Pertama kali masak butter chicken ni. Pernah aku memakannya apabila anak buat tempahan online dan di hantar ke rumah. Sebelum tu anak perempuan aku selalu sebut pasal lauk butter chicken yang sedap sesangat, katanya. Tekak melayu jati ni rasa macam biasa saja apabila makan yang beli online tu. Apabila masak sendiri, baru tahu dan merasa butter chicken yang sedap sesangat ni... huh!

Butter Chicken Yang Sedap Sesangat.... Huhu!
Butter Chicken Yang Sedap Sesangat.... Huhu!

Alkisahnya anak mengajak aku buat butter chicken ini bersebablah. Dia nak bawa pergi berkelah makan-makan dengan kawannya sempena sambut harijadi. Nak bagilah rasa masakan istimewa katanya. Aku pun tak tau apa yang istimewanya lauk butter chicken ini. Resepi orang zaman sekarang kacukan timur barat ataupun resepi fusion kot.. entahlah!!

Apapun resepi gaya macam ini memang en. suami  tak makanlah. Dia mana nak makan makanan orang sekarang ini. Ayam goreng kepci pun dia tak makan, apatah lagi makanan versi barat yang macam-macam rasa tu. Pizza dengan burger pun tak pernah di jamahnya. Bayangkan betapa old schoolnya en suami. Jadi, jangan mengharplah dia nak makan butter chicken ini.



Tak apa, dia tak makan, aku dengan anak-anak makan semuanya. Tolak batu dengan kayu serta makanan yang tak halal semua boleh di makan dan di cuba. Jadi, godek2 resepi, bermulalah pembuatan butter chicken ini. Mudah saja rupanya. Guna isi ayam saja. Aku beli ayam seekor ambil isinya dalam 2 cawan. Tulang simpan boleh buat sup.

Butter Chicken Yang Sedap Sesangat.... Huhu!


Bahan-bahan:

2 cawan si ayam tanpa tulang
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2  sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur
2 sudu besar mentega
5 biji cili api hijau dan merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
3/4 cawan susu cair
1/6 dari seketul kiub ayam
3 pelepah daun kari
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
I keping chesse - jika suka

Cara-cara:

Ayam di potong kecil. Setelah itu di perap bersama 1 biji telur, 1/2 sudu teh serbuk lada hitam dan garam selama lebih kurang 10 minit. 

Selepas itu golek-golekkan dalam campuran tepung gandum dan tepung jagung, Sedia untuk di goreng.Goreng dalam minyak panas sehingga berwarna keemasan. Ketepikan. 

Bawang merah di hiris-hiris dan bawang putih di cincang halus. Cili api di hiris kecil. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Setelah itu, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari. Goreng sehingga berbau wangi  dan bawang menjadi layu.

Masukkan susu cair. Kacau sehingga mendidih. Perasakan dengan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Seterusnya masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Jika suka masukkan sekali kepingan cheese kedalam masakan. 

Setelah itu, bolehlah di angkat dan hidangkan bersama nasi. Sesuai untuk hidangan tengahari dan malam.

Dulu-dulu masa mula dengar pasal masakan ini semacam terasa susah nak memasaknya. Al maklumlah bunyinya semacam  masakan antarabangsa. Namanya pun speaking London. Apabila dah cuba, senang saja rupanya. Paling tak percaya, letak daun kari tu. Itu yang buat lauk ayam ini menjadi wangi dan sedap... kan!

Oh ya... resepi ni anak godek di ig. Aku pun tak pasti dari ig mana, campuran dari banyak resepi dalam ig yang ada. Pilih yang mana lebih mudah dan senang di ikuti. Semua suka lauk ni kecuali en. suami. Jadi, lain kali kalau masak lauk ni mesti ada lauk lain juga untuk dia. Itu  yang leceh tu... 

Nak tengok pelbagai resepi i blog ini... Klik SINI

p/s: Nasib baik menepati citarasa walau pertama kali masak lauk ni... Sedap je!

2 comments:

Adsense Mula Menampakkan Peningkatannya....

4:33:00 PM Noor Akma 5 Comments

Adsense mula menampakkan peningkatannya dan menghasilkan pendapatan di blog aku. Aku yang sebelum ini tak tahu apa-apa tentang adsense telah beberapa kali menuai hasilnya. Seronok tak terkata bila dapat merasa nikmat menjadi blogger. Dulu hanya suka-suka mencurah rasa, kini dah jadi kewajipan melakukannya gara-gara  teruja dengan adsense mula menampakkan peningkatannya ini.

Adsense Mula Menampakkan Peningkatannya....
Adsense Mula Menampakkan Peningkatannya....

Setelah sekian lama menjadi blogger iaitu bermula pada tahun 2010, dua  tahun lepas aku bermula dengan adsense tanpa tahu apa-apa mengenainya. Aku bermula dengan akaun hosted dahulu. Setelah bermula dengan domain sendiri, aku terpaksa memulakan kembali dengan langkah yang lebih memeritkan untuk mendapatkan akaun penuh.

Berbagai cara dan idea di buat untuk itu, akhirnya tahun lepas baru aku berjaya mendapat akaun penuh. Sejak itu, sekarang ini, hidup aku penuh dengan keterujaan melihat akaun adsense setiap hari. Apa tidakmya, tak sabar-sabar aku menunggu untuk mendapat dan menuai hasil dari apa yang aku kongsikan di blog melalui pengiklanan adsense.



Sekarang ini aku hanya dapat menuai hasil adsense dalam 2-3 bulan sekali. Kalaulah dapat tiap-tiap bulan menuai hasil, alangkah bagusnya. Bolehlah macam orang yang berkerjaya tetap dapat gaji tiap bulan. Itulah impian aku sekarang ini. Aku kena lebijh berkerja keras untuk tunaikan impian itu. Hari-hari fikir nak naikkan erning adsense saja kerja aku ni... hahaha!

Adsense Mula Menampakkan Peningkatannya....


Bila dapat tau peningkatan yang memberangsangkan atas pencapaian adsense aku ini, alangkah seronoknya. 'Nice job' kata email dari adsense. Ia menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Semangat aku untuk  terus berkarya dan terus mengadaptasi setiap cara di blog agar adsense aku terus sukses dan berjaya. Walaupun rasa susah nak hadam segala ilmu blogging di internet berkenaan SEO ini, tapi sekarang ini dah bolehlah sikit-sikit. 

Buktinya, sudah ada entri yang aku buat berada di bahagian pertama google. Ini membuatkan aku lebih bersemangat nak mencari dan menggali idea yang membolehkan entri aku berada di tempat teratas google. Sudah semestinya keywood yang bagus dan kena pada tempatnya... huhu!

Nak buat entri yang menjadi carian teratas di google memang satu cabaran yang sangat getir. Dah macam nak mendaki gunung yang tinggi. Semua halangan, kepenatan, cabaran perlu di redah dengan berani dan semestinya dengan berhemah agar tak tersasar jauh takut nanti kena saman... naya!

Nak baca entri dan informasi di blog aku ini... Klik SINI

p/s : Usaha tanpa jemu, mesti ada hasil yang menanti... kan!

5 comments:

DIY Sofa Kayu Cantik Dari Kerusi Terbuang

4:11:00 PM Noor Akma 0 Comments

Hari ini saja-saja buat carian di fb dan google tentang barang-barang yang boleh di buat DIY, aku tertarik dengan DIY sofa kayu cantik dari kerusi terbuang. Cantik dan sangat praktikal sofa macam ni. DIY sofa kayu cantik boleh terfikir nak buat nanti sebab kerusi makan kat rumah aku dah nak rosak tu. Taklah terbuang di tempat sampah nanti.

DIY Sofa Kayu Cantik Dari Kerusi Terbuang
DIY Sofa Kayu Cantik Dari 2 Buah Kerusi Terbuang


Aku dapat infomasi tentang ini di group kelab kaki DIY di FB. Banyak sungguh informasi tentang DIY ini di situ. Salah satunya DIY sofa kayu cantik. Minat sangat aku dengan yang ini. Nnti nak ajak anak bujang buat pada kerusi makan aku yang dah senget tu. Mesti boleh buat hiasan dan di gunakan di rumah baru nanti... huhu!



Buatnya pun taklah sesusah mana pun. Ikut saja panduan yang di beri. Modal tambahan selain kerusi terpakai itu pun tak banyak. Hanya sedikit kayu tambahan, span tebal, kain dan sedikit manik untuk hiasan. Boleh juga di tambah bahan lain seperti lace atau ropol  untuk tambahan. Cantiklah jadinya nanti. 

DIY Sofa Kayu Cantik Dari Kerusi Terbuang


Bahan-bahan:

2 buah kerusi terpakai
kayu tambahan
Plywood
Span tebal
Kain 
Paku dan skru
Sedikit manik, renda dan ropol untuk hiasan

Cara-cara:

- 2 buah kerusi itu di buang tempat duduknya dan di potong kaki bahagian depan.

- Sambungkan bersama kedua-dua kerusi tadi dengan sebatang kayu. Pakukan bersama kedua-duanya.

- Potongkan sedikit bahagian penyandar. Kalau tak di potong pun tak apa tapi nampak panjang sedikit lah tempat penyandar itu.

- Gunakan lebihan dari kerusi itu juga untuk membentuk penyandar. 

- Dapatkan sekeping papan plywood yang tebal untuk membuat tempat duduk.

- Setelah itu lekatkan span tebal dengan menggunakan stapler atau gam  di atas plywod. Seterusnya kemaskan dengan kain.

- Untuk membuat lekuk-lekuk di atas sofa, gunakan stapler atau skru. 

- Kemaskan bahagian skru atau stapler dengan menghias menggunakan manik. 

- Dah siap... Cantikkan!

Aku simpan panduan ini di blog ini agar mudah nanti nak mencarinya apabila sampai masa aku nak membuatnya. Waktu sekarang belum sampai masanya lagi. Bila pindah ke rumah baru, barulah projek ini boleh di mulai.... kan!

Nak dapat banyak informasi di blog ini... klik SINI

p/s : Terima kasih kepada pemcetus idea dan group kelab kaki DIY atas perkongsian ini. Nanti ke enam-enam kerusi tu aku nak DIY kan. Kat rumah baru nanti beli meja makan baru... heh!

0 comments:

Resepi Masak Kari Ikan Masin Dengan Terung..... Sedap!

1:38:00 PM Noor Akma 1 Comments

Inilah antara masak gulai kari yang aku suka. Masak kari ikan masin dengan terung. Sedap hingga menjilat jari tau. Pada sesiapa yang berdiet, pasti diet terus tercampak ke laut dalam apabila makan masak kari ikan masin ini. Banyak pilihan masak kari yang boleh di buat sebenarnya. Terpulang pada kita untuk memberi variasi pada masakan kari.. Ya tak?

Resepi Masak Kari Ikan Masin Dengan Terung..... Sedap!
Resepi Masak Kari Ikan Masin Dengan Terung..... Sedap!

Ikan masin yang di pilih boleh ikan apa saja sebenarnya. Masak kali ini aku gunakan tulang ikan masin yang besar. Walaupun hanya tulang tapi masih ada isinya di kawasan tulang dan bahagian-bahagian yang lain tu. Sedap dan tak masin sangat tulang ikan masin ni. Jangan risau...



Seperti aku katakan, banyak variasi masakan kari ini tapi masakan kari resepi dari turun temurun keluarga aku ini juga yang sesuai dengan selera kami sekeluarga. Kari yang di restoran dan kedai makan, juga di kedai mamak memang tak sesedap masakan kari yang biasa aku buat. Apatah lagi pada anak-anak aku. Lauk kari mummy juga yang sedap, ... peace!  Hahaha!

Resepi Masak Kari Ikan Masin Dengan Terung..... Sedap!


Bahan-bahan:

Beberapa keping tulang ikan masin 
2 biji terung panjang
1 paket kecil serbuk kari ikan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu makan cili giling
1 sudu kecil pes asam jawa
2 cawan santan pekat
2 -3 cawan air
1 biji tomato (jika suka)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari (sekiranya ada)

Cara-cara:

Tulang ikan masin di potong-potong pada saiz yang sesuai. Terung di belah dan di potong-potong. Bawang, merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau. 

Masukkan cili giling dan tumiskan  sehingga garing. Masukkan serbuk kari ikan dan secawan air. Masukkan juga pes asam jawa dan daun kari sekiranya ada. Masak sehingga campuran serbuk kari pecah minyak. Setelah itu masukkan santan dan air. Pada waktu ni terpulang pada sendiri, samaada nak banyak kuah atau sikit.

Masukkan terung  yang telah di potong pangkal dan hujungnya. Masak sehingga terung  menjadi lembut. Masukkan pula tulang ikan masin. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan pula tomato yang di belah empat dan perasakan dengan garam dan gula.  

Selepas itu, bolehlah di angkat. Sedap di buat lauk tengahari dan makan malam.  Kalau ikut resepi orang lama, serbuk kari tu di bancuh dengan air asam jawa. Aku terus masukkan sahaja kari dalam masakan. Gaul terus dengan air dan bahan-bahan lain. Kerja senang dari biasalah katakan... hihi!

Ikan masin tu, boleh saja letak ikan masin apa saja aslkan ikan masin yang keras. Kalau ikan yang lembut takutnya bersepah isi dan tulang. Terung pula boleh juga gunakan terung bulat tapi pastikan terung lembut semasa memasaknya. Lambat sikit nak masak sebab terung bulat agak keras sikit. Itu je lah yang nak beritahu...  

Nak tengok resepi lain di blog ni... klik SINI

p/s: Resepi tak canggih tapi rasanya memang canggih... campak-campak jer tu ... hihi!

1 comments:

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

1:16:00 PM Noor Akma 2 Comments

Assalamualaikum...


Klik banner untuk join...

Mudah sahaja syaratnya :

1. Follow Google+ blog ini : Siti Mariam Morshidi

2. Follow Instagram : Siti Mariam Morshidi

3. Buat satu tajuk entri "Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow "

4. Dah siap, publishkan entri tersebut dan letakkan linknya dibahagian komen entri ini

5. Jangan lupa copy dan pastekan banner di bawah dan backlink kan banner tersebut kepada entri ini

Hadiah Pertama : Satu set sebulan Lexee bernilai lebih RM50 menanti anda !

Hadiah Kedua : Satu botol Hygienewash Lexee bernilai lebih RM30

Tarikh tutup contest : 31 Ogos 2018 / 11.59pm
Selamat mencuba

* Blogger yang duduk di Malaysia sahaja
* Pemilihan pemenang adalah secara rawak
* Mesti jujur

2 comments:

Tak Nak Lagi Berniaga Di Tempat Awam, Kiosk Pusat Beli Belah, Berniaga Online Saja...

5:05:00 PM Noor Akma 2 Comments

Nak cerita kisah 10 tahun lalu hingga  beberapa  tahun lepas berniaga di tempat awam, kiosk pusat beli belah  dan macam - macam tempat expo dan event. Sekarang ini sejak 4 -5 tahun lepas aku dah berhenti berniaga di tempat awam dan beralih ke beniaga online saja di rumah. Tak ada dah cerita letih penat, keluarga terabai dan rumah yang bersepah.

Inilah Suasana Dan Barang Berniaga Di Tempat Awam, Kiosk Pusat Beli Belah Dulu...
Inilah Suasana Dan Barang Berniaga Di Tempat Awam, Kiosk Pusat Beli Belah Dulu...

Dulu masa berniaga di pelbagai tempat, betapa penatnya tak terkata. Mana lagi masaalah yang banyak iaitu masaalah keluarga yang terabai. Mana tidaknya, pelajaran anak-anak merosot di sebabkan aku tak dapat memberi perhatian kepada mereka. Selain tu, makan minum mereka juga jadi tak menentu. Sedih kan?

Keadaan rumah yang terabai dan bersepah dah tak terkirakan apatah lagi. Mana taknya, pergi kerja cuaca masih gelap dan balik kerja, malam dah melabuhkan tirainya. Kerja di rumah yang sempat hanya membasuh pakaian yang bertimbun dan memasak sekali sekala apabila tak kepenatan saja. Biasanya membeli makanan yang siap atau pun  makan terus di kedai.



Setelah ada masaalah di suatu tempat berniaga tu, katanya nak ubahsuai tempat. Selepas tu dah tak boleh berniaga pula. Daripada berniaga di tempat lain, aku buat keputusan  tak nak berniaga dah. En. suami masih nak berniaga lagi. Setelah itu aku berniaga sekali atau 2 kali dalam seminggu. Hujung minggu sahaja berniaga. Tapi pendapatan tak sebanyak mana. Letih yang dapat.

Semasa masih berniaga di tempat-tempat tu aku dah pun berniaga online tetapi secara sambilan sahaja. Kadang-kadang buat dan biasanya tidak. Ikut mood dan kepenatan yang ada. Jadi, bila dah tak berniaga secara terus ni, aku aktifkan balik berniaga online. Aku berniaga online sepenuh masa dan aktif juga dengan menulis blog.


Tak Nak Lagi Berniaga Di Tempat Awam, Kiosk Pusat Beli Belah, Berniaga Online Saja... 


Alhamdulillah, berniaga online aku bergerak maju. Mula-mula jual tudung dengan membeli tudung secara borong dan menjualnya secara online. Tapi, apabila tudung dah kurang permintaan, aku beralih ke jualan secara dropship. Tak perlu simpan stok, tak perlu  pos barang. Jual saja produk pakaian dari butik. Sekarang aku reseller dari hampir 30 buah butik dan supplier di Malaysia.

Pendapatan berniaga online dah tak payah fikir sewa tapak, gaji pekerja, tol, minyak kereta dan sebagainya. Jumlah yang dapat, itulah untung bersihnya. Di bulan-bulan biasa sentiasa ada pendapatan aku.  Kalau musim perayaaan sekali ganda lebih dari tu. Tambah dengan duit yang aku dapat dalam penulisan dan pengiklanan di blog bolehlah untuk di tambah bersama dengan pendapatan en suami. Cukup-cukup untuk di cukupkan mejalani  kehidupan di bandaraya besar ni. 

Ada juga kengkadang en. suami ajak aku berniaga balik macam dulu. Aku dah tak nak dan tak sanggup lagi buat kerja macam dulu. Pendapatan kalau di kira dari modal, sewa tapak, upah pekerja, tol, makan minum tak sebanyak mana pun. Jadi aku dah buat keputusan, tak ada nak tarik balik. Minta maaflah yer. Itulah sudah muktamad kata aku. 

Aku lebih bahagia duduk di rumah dan jadi suri rumah. Hari-hari dapat jaga makan minum anak. Tak nak pening kepala dengan pelbagai masaalah cari stok, tak cukup stok, ragam pekerja masa banyak cawangan di buka. Belum lagi terbeli barangan yang tak ada kualiti. Jadi macam tu bila aku tak ikut beli stok barang niaga... huh!

Sekarang ini aku tumpukan update blog personal, update blog berniaga dan seterusnya update di FB dan IG juga. Selepas tu hanya tunggu pelanggan whassap untuk membeli. Untuk blog personal, samada dapat projek review atau tunggu saja pendapatan  daripada pengiklanan tapi mesti ada kerajinan untuk menulis sekurang-kurangnya satu entri setiap hari. Lebih aman  dan bahagia rasanya kehidupan sebegini, tak kecoh dan terkejar-kejar kesana kemari... hurm!

Nak baca cerita, catatan dan informasi di blog ini... Klik SINI

p/s: Hari-hari mengadab laptop, membelek hanphone. Sambil tu boleh tengok tv. Tiada yang susah payah dah aku rasa. Yang ada hanya lega sebab jauh dari kesibukan dan keresahan. Pasal duit, banyak mana pun tetap tak cukup untuk di cari... aihhh!!

2 comments:

Legit VS Fufu | Apa Ke Bendanya Tu....

4:44:00 PM Noor Akma 2 Comments

Apa ke bendanya tu.... Legit ? Fufu ? Legit vs Fufu  di katakan merujuk kepada barang berjenama original atau tidak original iaitu fake. Kiranya yang tiruan tapi serupa dengan yang sebenar atau original. Legit vs Fufu, mulanya aku fikirkan legit tu kek lapis sarawak dan fufu pula nama anjing dalam cerita animasi Jepun... hahaha!

Legit VS Fufu
Legit VS Fufu - Gambar dari IG streetwearbustamyisback

Legit adalah bahasa Inggeris merujuk kepada barangan jenama asli atau original. Manakala fufu pula bahasa Itali dari perkataan fukazie merujuk kepada fake atau tiruan. Sebuah bahasa slanga yang  di pertuturkan di media sosial sekarang ini.  Aku baru dapat tahu pasal legit dan fufu ini di IG seterusnya tertengok pula di buletin utama TV3. Barulah aku faham alkesahnya.



Bagi aku Legit ke atau fufu ke, bila orang yang berkedudukan pakai mesti nampak bergaya dan meletup. Kalau orang-rang biasa pakai, yang mahal pun atau di panggil legit orang tak percaya. Apapun jangan pula bila pakai yang fake atau fufu di katakan legit. Letak pula gambar dengan fufu di IG. Alamat kena bahan lah dek orang. 

Legit VS Fufu | Apa Ke Bendanya Tu....


Ramai orang sekarang dak celik dan pandai menilai legit dan fufu ni. Sekilas tengok diorang dah tahu yang itu original atau fake. Buat memalukan saja apabila  mengatakan barang itu original kalau dah memang fake. Jadi, orang yang acah-acah banyak duit dan kaya dah tak boleh nak menipu lagi. Ukurlah kemampuan sendiri. 

Baru-baru ni ramai instafamous di malukan apabila di ketahui barangan yang diorang peragakan dan pamerkan di IG adalah fufu @ fake. Lain kali nasihat aku pada instafamous dan orang-orang yang di kenali ramai seperti artis dan selebriti, jangan pamerkan barang fufu atau fake anda. Kalau yang legit  tu bolehlah. Kalau tidakpun, sila berhabis duit beli yang original atau legit.

Sekarang ada dan banyak laman instagram yang kerjayanya semak apa barangan berjenama yang sesiapa pakai dan pamerkan di sosial media, lebih-lebih lagi di IG memeriksanya seterusnya melabelkan barangan anda  fufu atau legit. Berjaga-jagalah kalian semua. Kalau anda sengaja  nak di di beri publisiti percuma okey je.

Ha.... apa lagi, yang dah terhantar gambar atau terpost gambar bersama barangan fufu tu padamkan cepat. Nanti tak pasal-pasal di katakan mempopularkan barangan tiruan @ ciplak @ fake @ fufu. Benda salah di sisi undang-undang bukan boleh di buat main-main. Itulah salah satu sebab aku tak nak berniaga barangan serupa yang berjenama ni... hurm!

Nak baca blog ini dan dapatkan informasi... klik SINI

p/s: Yang tak mampu jangan berlagak legit, yang buat-buat kaya pulak jangan berlagak fufu kata wartawan Safwan Sawi di Buletin Utama TV3....  kena batang hidung.... hahaha!

#kredit Buletin TV3

2 comments:

Resepi Masak Lemak Cili Api Petai Kikis Dengan Ikan Kembung

1:04:00 PM Noor Akma 0 Comments

Masak lemak cili api adalah sinonim dengan aku yang bersuamikan orang Negeri Sembilan. Dalam seminggu sudah semestinya lebih kuran 3 - 4  hari mesti ada juadah masak lemak cili api ini. En. suami suka, jadi kenalah masakkan lauk kegemaran dia. Untuk mengelakkan aku rasa jemu (en. suami tak jemu), kenalah pelbagaikan lauk yang di gunakan untuk masak lemak cili api ini.... kan!

Resepi Masak Lemak Cili Api Petai Kikis Dengan Ikan Kembung
Resepi Masak Lemak Cili Api Petai Kikis Dengan Ikan Kembung

Jadi, aku buat kali ini resepi masak lemak cili api petai. Tapi ini bukan cara yang biasa iaitu kopek petai letak dalam campuran masakan. Itu yang nak aku kisahkan di sini. Petai sekarang pun dah mahal yang amat. tak dapat dah harga 3 keping RM1. Sekarang paling murah 3 keping petai harganya RM5. Kadang-kadang jauh lebih mahal bila di luar musim.

Oleh itu, masaklah petai bersama kulit-kulitnya. Lebih berbaloi apabila  membeli petai yang mahal tu. Sebenarnya ada  resepi orang dulu-dulu masak petai dengan kulitnya. Aku belajar masak macam ini dari mak saudara en. suami bertahun dahulu. Memang lagi sedap rasanya dan baunya pun berkurangan apabila di masak dan di makan bersama kulitnya sekali. 

Caranya kikis kulit hijau petai itu  hingga menampakkan warna putihnya sahaja. Kikis tak perlulah terlampau  bersih sangat kulit petai itu dari warna hijaunya. Racik dan hiris kulit petai bersama isinya sekali. Setelah itu bolehlah di masak. Sangat sedap dan berperisa sungguh rasanya, lain dari biasa tau....

Resepi Masak Lemak Cili Api Petai Kikis Dengan Ikan Kembung


Bahan-bahan: 

3 ekor ikan kembung
3 papan petai
2 cawan santan
20 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah
2 keping asam gelugor
1 batang serai
1 biji tomato
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Ikan di siang dan di bersihkan.  Petai  di kikis  kulit hijaunya, di racik atau  di hiris tidak terlalu nipis. Cili api, kunyit hidup dan bawang merah di tumbuk lumat. Serai di titik pangkalnya dan tomato di potong empat atau enam.

Masukkan bahan tumbuk, satu cawan santan dan satu cawan air ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan asam gelugor dan serai yang telah di titik. Masukkan juga petai. Jangan berhenti mengacau agar santan tidak pecah minyak.

Masukkan ikan. Seterusnya masukkan satu cawan santan lagi. Kalau nak lebih kuah, boleh tambah air lagi. Kacau jangan berhenti dan perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau sekejap lagi . Seterusnya bolehlah di angkat.

Ikan dan petai boleh di tambah ikut berapa orang yang nak makan yer. Untuk yang tak makan pedas bolehlah kurangkan kepedasan ikut kesesuaian diri. Memang pedas dan terangkat berapi masak lemak cili api aku ni. Untuk orang yang tak makan pedas memang tak boleh ikut ni. Apa nak kata... Dah en. suami suka... huhu!

Untuk resepi menarik di blog ini... klik SINI

p/s : Kepedasan memang terasa, makan petai taklah terlampau berbau bila buat macam ni. Tak kisah pun, janji makan sedap hingga menjilat jari...

0 comments:

Mengurut Jari Jemari Dapat Mengatasi Pelbagai Penyakit....

11:29:00 AM Noor Akma 1 Comments

Ada saja cara dan perkara yang dapat aku ketahui apabila rajin menyelak perlbagai informasi di laman FB. Kali ini cerita mengurut jari jemari dapat mengatasi pelbagai penyakit.  Tak kisahlah nak urut sendiri atau orang lain yang urutkan. Tapi kalau  dapat di urut oleh orang tersayang, lagilah bagus. Mengurut jari jemari selama seminit dua sahaja, bukannya lama pun... hehe!

Mengurut Jari Jemari Dapat Mengatasi Pelbagai Penyakit....
Mengurut Jari Jemari Dapat Mengatasi Pelbagai Penyakit....

Kengkadang terasa jari apabila dah sering membuat kerja seperti menaip dan menulis yang berterusan, mulalah terasa pegal, lenguh dan sendi-sendi jari terasa ketat. Perkara yang biasa di buat hanya membengkokkan jari dan meletupkan berbunyi di setiap sendi. Kali ini buat urutan jari jemari sekali. Mesti lebih terasa nyaman... kan!



Urutlah pada keseluruhan jari dan tapak tangan. Setiap jari sebenarnya mewakili sebahagian anggota dalaman kita. Akhirnya dapat juga melegakan seluruh badan dan melancarkan peredaran darah ke bahagian anggota dalaman. Kemungkinan juga dapat memperbaiki kesihatan kita jika di jadikan amalan seharian. Untuk yang di urut oleh orang tersayang, pasti dapat mengeratkan ikatan perhubungan dan persaudaraan.

Mengurut Jari Jemari Dapat Mengatasi Pelbagai Penyakit....


- Jari Ibu
Mengurut jari ibu bermanafaat mengatasi gangguan jantung dan paru-paru. Hal ini kerana jari ibu berhubungan dengan jantung dan paru-paru. Satu detik jantung yang cepat sesak nafas dapat di kurangkan dengan cara menggosok lembut dan menarik ibu jari.

- Jari Telunjuk
Jari telunjuk berhubung ke saluran gastro-intestinal. Mengurut jari ini selama seminit akan mengatasi sakit perut atau sembelit. Caranya yaitu dengan menggosok lembut dan menarik jari telunjuk.

- Jari Tengah
Mengurut jari tengah akan membantu menyingkirkan gejala pening dan mual. Jari ini berhubung dengan sistem sirkulasi tubuh. Tak hanya itu, mengurut secara lembut jari tengah selama seminit juga dapat mengatasi insomnia.

- Jari Manis
Menurut penelitian Jin Shin Jyutsu, jari manis memiliki peranan dalam meningkatkan fungsi hati. Oleh karena itu saat kita berada dalam suasana hati yang buruk, dapat diatasi dengan mengurut jari ini agar lebih rileks dan santai.

- Jari Kelingking
Jari kelingking berhubung ke ginjal dan kepala. Pengurutan terhadap jari kelingking dapat membantu mengatasi sakit ginjal, sakit kepala, dan nyeri leher. Caranya adalah dengan menekan jari kelingking dan mengurut lembut.

Aku biasa di urut jari dan tangan oleh anak bongsu perempuan kesayangan aku. Anak manja aku tu mengurut aku dengan penuh kasih sayang. Lebih-lebih lagi kalau ada perkara atau benda yang dia nak. tak payah di minta dan di suruh. Tetiba  sahaja jadi rajin nak mengurut bagai... hahaha!

Nak lebih tips dan informasi.... klik SINI

p/s: Info yang nampak biasa tapi menarik.. kan!

#kredit page FB petua orang lama

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...