Buat Pertama Kali Tunjuk UV PV Trafik Blog Bulan Lepas Yang Tak Seberapa Ni....

4:05:00 PM Noor Akma 5 Comments

Hari ni puas perah idea nak  tulis  entri di blog tapi tak datang-datang juga. Dah tak tau nak buat apa sebenarnya. Akhirnya aku buat keputusan buat pertama kalinya tunjuk UV PV blog aku yang tak seberapa ini. Aku jarang peduli tentang UV PV trafik blog ini pun. Kali terakhir tengok, adalah lebih sikit dari dulu-dulu.  Segan yang amat sebenarnya sebab aku ni blogger picisan yang tak ketahuan je.

Buat Pertama Kali Tunjuk UV PV Trafik Blog Bulan Lepas Yang Tak Seberapa Ni....
Buat Pertama Kali Tunjuk UV PV Trafik Blog Bulan Lepas Yang Tak Seberapa Ni....

Pada yang bukan blogger mesti tak tahu maksud UV PV tu kan? UV itu bermaksud unique visitor iaitu orang yang melawat blog ini. PV tu adalah pageviews. Beza UV dan PV adalah contohnya bila UV melawat lagi 5 enti di blog ini jadi dapat 6 PV lah. Susah juga nak faham. Kalau tak faham tak tau nak terangkan lagi...  haihhh!!!



Bulan lepas hanya buat 25 entri saja. Seksa tau nak cari idea tulis blog ni. Kengkadang dapat idea, biasanya puas memikirkan kelepet kiri kanan belum tentu idea mari. Kalau bersemangat nak buat entri tapi idea melompat-lompat tak berkesudahan tak menjadi juga. Pening di buatnya, akhirnya ketiduran di buatnya.

Buat Pertama Kali Tunjuk UV PV Trafik Blog Bulan Lepas Yang Tak Seberapa Ni....


Main redah sajalah apapun. Harapan di menungkan kiri, di menungkan kanan nanti dapatlah idea  tu. Sebelum tu tunjuklah UV PV trafik blog yang ada seciput ni. Aku biasa buat entri satu sahaja sehari. Tak berdaya nak buat sampai tiga hingga lima entri sehari. Mau berasap kepeningan otak aku nanti. Itu pun ada hari-hari yang tak ada entri.

Sudahlah aku ni selalunya jarang kemana-mana. Lagi lah entri jalan-jalan susah nak dapat. Yang biasa ada hanya entri masak-masak sebab hari-hari mesti memasak. Tapi nak letak entri memasak selalu akan jadi blog resepi sepenuhnya pula. Kenalah ada entri yang pelbagai. barulah jadi lifestyle blogger.. haihhh!

Moga mood kerajinan dan idea entri akan sentiasa hadir. Kalau tidak, bersawanglah blog kesayangan dan blog cari makan aku ni. Kesian kat blog ini dan kat aku juga. Bila tak ada entri, jadinya tak adalah pendapatan masuk. Jadi, datanglah, singgahlah wahai idea... huhu!!

Nak baca entri-entri terkini di blog... klik SINI

p/s: Malu ahhh tengok trafik blog sendiri tapi elok juga untuk kenangan. Teruskan maju ke hadapan wahai blog ku ....

5 comments:

wahhh hebat kak akmaa! sama sama kita teruskann perjuangan jom. moga UV PV & bilangan entri bulan ni lebih banyak daripada bulan lepas. aamiin :D

Eeca Shyaa said...

wahhh boleh tahan jugak tu!

Wah hebat
Tahniah

chaiyok chaiyokk...semoga terus rajin menulis hehe

Raydah said...

kalau nak dibandingkan dgn ray, ni debom sgt ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...