Cara Didikan Pada Anak-anak Agar Mendengar Kata Dan Mengembirakan Ibubapa

2:00:00 PM Noor Akma 1 Comments

Aku terpanggil nak bercerita tentang didikan pada anak-anak selepas berbual dengan seorang kawan. Dan seterusnya aku cari idea dan informasi sikit di FB. Selain itu di tambah dari cara didikan pada anak-anak sendiri dan pengalaman aku mendidik mereka. Alhamdulillah, tak berani bercakap besar, setakat ini mereka mendengar dan tak membantah setiap kata-kata aku dan ayahnya untuk kebaikan bersama.



Anak-anak adalah cerminan ibubapa. Jadi tunjukkanlah akhlak dan contoh yang baik. Gunakanlah kaedah yang yang menerapkan budaya khidmat kepada ibubapa sejak anak-anak masih kecil lagi. Sejak mereka boleh faham arahan. Jadi bila anak-anak dah terbiasa dengan arahan, dah terbiasa dengan "budaya khidmat", mereka akan mudah dengar cakap dan mudah menunaikan setiap permintaan ibubapa.

Cara Didikan Pada Anak-anak Agar Mendengar Kata Dan Mengembirakan Ibubapa


Budaya khidmat itu bermaksud ibubapa menyuruh perkara-perkara yang sesuai mengikut peringkat umur. Masa kecil contohnya ambil barang. Dah gak besar sikit mungkin boleh hidangkan makanan, mengemas rumah, cuci pinggan dan pelbagai kerja rumah. Masa nak suruh tu, ibu wajib guna perkataan "Tolong" dan sebaiknya bahasa biar indah. "Sayang, tolong bersihkan meja ni..."Jangan masa anak dah besar baru nak mula panggil "sayang", nanti anak dengar rasa geli geleman.

Apabila dah terbiasa melakukan pelbagai perkara, secara tak langsung anak-anak akan menjadi rajin untuk membantu ibubapa. Akhirnya ia menjadi tabiatnya yang hakiki. Tapi jangan anak-anak saja yang perlu membuat pelbagai perkara untuk kita dan keluarga.Kita juga kena turut membuat perkara yang menggembirakan anak-anak.

Perkara yang menggembirakan anak-anak adalah pelukan dan tunjukkan kasih selalu. Sekiranya di amalkan sejak kecil, pasti tidak akan merasa janggal apabila anak-anak meningkat remaja. Rajin bergurau senda dan bercerita dengan anak-anak membuatkan anak lebih rapat dengan kita. Bercerita tentang syurga neraka supaya dia faham kenapa kena berbuat baik  pada ibubapa dan dapat pahala yang banyak.

Biar anak-anak  bercerita apa saja dan jadilah pendengar yang baik. Ulas dan nasihat dengan baik tentang baik buruk sesuatu perkara yang di ceritakan itu. Jangan sesekali cepat menunjukkan kemarahan. Nannti anak-anak tak lagi bercerita pada kita lagi. Marak kena bersebab dan beralasan yang sepatutnya.. tau!



Masa anak masih kecil, mandikan, syampukan dan  sikatkan rambut. Setiap kali tu cakap dengan anak, "nanti bila umi dah tua, macam ni lah kakak kena buat kat umi, mandikan, syampukan, sikatkan". Boleh tak ?. Bagi dia berjanji. Cakap benda sama ulang-ulang biar anak hadam ayat tu. Dah besar pun boleh guna ayat ni walau dengan cara yang agak berlainan... huhu!

Ada masa amalkan makan bersuap. Cakap hal sama, cakap dengan lembut "nanti bila umi dan ayah dah tua, (nama anak) kena suapkan juga tau....Boleh tak ? Juga cakap ulang-ulang. Jaga anak betul-betul  masa dia sakit. Selalu peluk dia dan berikan ayat-ayat sentuhan emosi macam ayat masa mandi dan bersuap tadi. Buat sebegini selalu dari kecil hingga ke peringkat remaja. 

Lakukan pelbagai aktiviti bersama. Wujudkan moment indah supaya dapat di kenang oleh anak-anak  bila mereka dewasa.Contoh, pada waktu cuti ajak pergi berkelah, main badminton sama-sama, jogging sama-sama, ibadah juga dilakukan bersama-sama. Pasti anak-anak akan ingat sampai bila-bila.

Perkara yang paling patut di elak jangan suka berleter. Banyakkan doa. Ingat, Allah yang pegang hati anak-anak. Insya'allah dia boleh berubah asbab mustajabnya doa ibu. Doakan yang indah-indah berkaitan anak-anak. Ibu jangan buat perkara-perkara mungkar yang menjadi hijab pada terkabulnya doa. Ibu jaga pemakaian, jaga mulut, jaga hati. Juga jaga sumber rezeki/pemakanan.

Semoga para ibubapa akan menjadi ibubapa yang terbaik pada anak-anak dan begitu juga anak-anak akan menjadi anak terbaik untuk ibubapa. Juga semoga kehidupan menjadi indah dengan adanya zuriat yang di berkati Allah.

Nak dapatkan pelbagai cerita dan informasi, klik SINI

p/s: Hai.. anak-anak jangan buat karenah, sikit-sikit tu biasa, perencah kehidupan. aihhhh!!!

#kredit FB Cikgu Shaini Razali

1 comments:

sayu plak baca entri akma ni.
aduhai.
anak dara aida da besar. sungguh rindu time diorang kecik.
now, ada izzat yg masih boleh aida gomol tiap hari.
aida memang amalkan cara bermesra dgn anak-anak.
masih lagi cium. sib baik yg besar tu gegirls.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...