27 September 2018

Instafamous Cilik Popular, Anak-anak Artis Mewarnai Pemilihan ABPBH Yang Ke 31

Sejak hadirnya media sosial seperti FB, Twitter dan lebih-lebih lagi Instagram, anak-anak artis dan selebriti terkenal pun turut terkenal seperti ibu bapa mereka. Ini kerana mereka di dedahkan oleh ibu bapa mreka pada orang ramai di media sosial. Maka jadilah mereka popular dan bergelar instafamous cilik. Kadang-kadang popularti instafamous cilik ini hampir seperti ibu bapa mereka juga.

Instafamous Cilik Popular Di  ABPBH  Yang Ke 31
Instafamous Cilik Popular Di  ABPBH  Yang Ke 31

Mereka amat di kenali di instagram dengan gambar dan video keletah yang comel dan mencuit hati. Berbagai ragam instafamous cilik ini di paparkan di instagram hampir setiap hari dan semestinya oleh ibu bapa mereka. Pasti para netizen yang meminati mereka sentiasa tertunggu-tunggu setiap hari paparan gambar dan video mereka.

Instafamous Cilik Popular,  Anak-anak Artis Mewarnai Pemilihan ABPBH  Yang Ke 31


Antara instafamous cilik popular ini adalah Lara Alaana anak kepada pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al yahya. Juga  anak kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, si comel Aisyah Dhia Rana. Tak ketinggalan juga Syeriv Samheizy anak kepada Shaheizy Sam dan Shatila Melvin. Comel sungguh wajah-wajah anak-anak kacukan mereka ni.

Selain itu ada ada Yusuf Iskandar anak kepada Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Aisy Mateen anak kepada pelakon Yana Samsuddin dan Fadzil Zahari. Juga tak kalah dengan Arif Jiwa iaitu cucu kepada Datuk Khalid Jiwa suami kepada penyanyi tersohor Siti Nurhaliza. Ibu Arid Jiwa ni pelakon dari Indonesia iaitu Tya Arifin.



Selain itu ada si kembar sepasang anak kepada pelakon Eina Azman yang tak kurang comel dan keletah manja mereka berdua ni. Ada lagi beberapa instafamous cilik yang tak kurang popular tercalon juga seperti Amarra Sofia Rose anak kepada Eira Syazira dan Azad Jasmine. Ada juga Puteri Nur Azzahra Aziz dan Seri Aileen. Anak-anak orang terkenal juga diorang ni... huhu!

Siapa yang akan memenangi instafamous cilik paling popular nanti tak dapat nak tahu lagi. Kena tunggu hari penganugerahan itu. Mereka semua ini ada ramai peminat dan netizen yang meminati mereka. Bertuahnya menjadi anak-anak kepada insan-insan terkenal. Kecil lagi dah di kenali dan ramai peminat. Rebut anugerah lagi tu. Seronoknya.... :)

Nak baca cerita di blog aku .... klik SINI

p/s: Tak sabar nak tunggu keputusan anugerah nanti. Pada aku semua cantik dan comel belaka. Bagi anugerah kat mereka semualah... senang... hahaha!

2 comments:

  1. terbaek.. kecik2 dah murah rezeki :)

    ReplyDelete
  2. Vote for Puteri Nur Azzahra Aziz ni or @araaziz ahaks. anak aziz m osman ni

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...