05 September 2018

Jom Undi ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) Yang Ke 31

PRU 14 dah pun lepas. Yang ada kini PRK sahaja iaitu yang baru lepas Sungai Kandis. Dan yang akan datang PRK Kota Setia dan Balakong. Jangan tak tau ada satu lagi pengundian yang peminat dan pengamal dunia hiburan tak boleh lepaskan. Pengundian untuk ABPBH yang ke 31. Jom undi ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) Jangan tidak-tidak tau. Ini untuk memastikan para artis kesayangan anda tersenarai. Jom undi ABPBH..... yer!

Jom Undi ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) Yang Ke 31
Jom Undi ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) Yang Ke 31
Undian para peminat artis-artis kesayangan ini penting tau. Bukannya apa, untuk memastikan nama artis kegemaran dan yang di minati ramai tersenarai dalam top 5. Inilah masanya kita menyokong dunia hiburan agar lebih meriah dan berkualiti. Alangkah ruginya sekiranya artis yang berbakat dan  di minati serta  benar-benar popular tak tersenarai. Jom, jom undi ABPBH... huhu!



Aku pun sebenarnya taklah perasan tentang pengundian  ABPBH ini telahpun di buka. Sehinggalah aku terbaca iklan yang besar di suratkhabar. Pengundian bermula dari 25 Ogos - 25 September 2018. Nasib baik lambat lagi nak di tutup. Jom lah bersama dengan aku kita klik-klik artis-artis kesukaan dan kegemaran anda ataupun bintang-bintang popular di minati itu.

Jom Undi ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) Yang Ke 31


Cara nak undi mudah saja iaitu masuk ke laman www.abpbh.com.my/ Seterusnya klik logo jom undi di situ. Selepas itu buatlah  buat pilihan satu persatu artis-artis yang di minati. Bermula dengan dengan artis baru lelaki popular hingga ke personaliti media sosial popular. Pilihlah ikut kehendak dan kesukaan sendiri atau dengan kata lain artis yang di minati. 

Selain itu boleh buat pemilihan banyak kali dan berulang kali tapi dengan syarat selepas buat pengundian kena tunggu selepas 1 jam. Buatlah banyak kali dan berkali-kali sampai puas hati hingga tarikh akhir untuk memastikan artis yang di minati tersenarai dalam top 5 calon  ABPBH. 

Selepas undi untuk top 5 ABPBH  ini akan ada pula pengundian untuk pemenang pula. Jadi, jangan lupa mengundi. Undi dan undi lagi. Ingat.... anda mampu membuat keputusan yang bijak demi arena hiburan tanahair. Biar yang benar-benar berbakat sahaja mendominasi industri ini. 

Nak dapat lebih informasi i blog ini ..... klik SINI

p/s: Saja suka-suka review temtang  ni untuk pengetahuan semua ... hehe!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...