20 September 2018

Pemainan Digital Mak Cun's Adventure, Dah Terjebak.... huhu!

Dah terjebak pula aku dengan game mak cun ni a.k.a Permainan  Digital Mak Cuns Adventure. Aku jarang main game sebenarnya sebab handphone aku ni selalu jammed. Tapi sejak dapat handphone terpakai dari anak buah, aku guna handphone tu lah untuk dowload pelbagai game. Aku pun dowload sekali permainan digital Makcun's Adventure ni. Suka-suka je.. 

Pemainan Digital Mak Cun's Adventure, Dah Terjebak.... huhu!
Pemainan Digital Mak Cun's Adventure, Dah Terjebak.... huhu!

Permainan dinspirasikan daripada drama bersiri popular Mak Cun. Ala, drama popular  dengan Erma Fatima berlakon sebagia Mak Cun yang penuh setepek bedak sejuk di muka tu. Aku rasa semua orang tahu drama ni.  Sekarang sudah melangkah jauh drama Mak Cun ini sehingga adanya permainan digital Mak Cun's Adventure pula.

Mula-mula aku cuba bermain cuma kerana nak tengok macam mana game ini berfungsi je. Sampai kepada level 7, dah huru -hara rasanya. Bukan apa, lambat tangkap atau lambat faham apa yang game ini nak, jadi macam dah tak berfungsi. Teruskan ajelah perlahan-lahan, jadi ok dah. Kutip coin macam kutip duit tau.. hehe!



Kutip coin banyak-banyak dengan menjual dan menghidangkan makanan popular rakyat Malaysia dalam game ini tau. Antaranya nasi lemak, roti canai dan char kuay teow. Inilah keistimewaan game mak cun ni. Seronok juga mengendalikan permainan ini... kan!

Pemainan Digital Mak Cun's Adventure, Dah Terjebak.... huhu!


Kena sediakan makanan-makanan biasa yang popular di Malaysia kepada para pelanggan pada masa yang telah ditetapkan. Lagi pantas makanan yang disediakan, lagi banyak duit yang diperolehi. Semuanya ada 30 level game ini. Istimewa sangat game ini adalah kerana ia berlatar belakangkan suasana kampung sesuai dengan penceritaannya. 

Jom, isi masa terluang dengan permainan game berjiwa Malysia ini. Barulah boleh jadi anak Malaysia sejati. Asyik main permainan masak-masak makanan barat saja. Cuba pula yang ini iaitu permainan digital Mak Cun's Adventure ini. Barulah Malaysia kita punya kan!!!

Pemainan Digital Mak Cun's Adventure, sibuknya.... huhu!
Pemainan Digital Mak Cun's Adventure, sibuknya.... huhu!

Muat turun permainan Mak Cun's Adventure ini di handphone masing-masing tau. Boleh kita main sama-sama. Tapi, jangan terlalu asyik dengan permainan ini sampai lupa tugasan hakiki masing-masing pula. Ingat tu, main pada masa terluang atau nak redakan tekanan kerja saja tau... huh!

Nak pelbagai cerita dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Sekali sekala nak juga berseronok dengan cara begini... hahaha!

1 comment:

  1. ha ha ha ha ha aida tak terjebak lagi dgn mok cun ni.
    terjebak yg lain. sama aje games nyer gini.
    serve serve makanan kan.
    tu aje la jenis games yg aida pakar.
    nanti nak try donlod la mok cun ni hi hi hi hi :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...