Petua Kurangkan Masin Dalam Gulai Dan Lauk Pauk

4:15:00 PM Noor Akma 1 Comments

Walaupun aku hari-hari memasak juadah keluarga, ada kalanya tergelincir juga meletakkan gula dalam masakan. Tapi tak boleh panik lah selepas tu. Cari cara dan petua kurangkan masin dalam gulai tu. Banyak cara dan petua kurangkan masin cara tradisional yang di amalkan oleh orang-orang tua dahulu yang boleh di ikuti.

Petua Kurangkan Masin Dalam Gulai Dan Lauk Pauk
Petua Kurangkan Masin Dalam Gulai Dan Lauk Pauk

Itulah, waktu memasak tak boleh khayal ataupun ralit berbual. Nanti tersilap meletakkan garam dalam masakan. Nak letak separuh sudu jadi sesudu besar ataupun tersilap meletakkan garam dua kali dalam gulai dan lauk pauk yang sama. Untuk yang menjaga kesihatan kena kawal penggunaan garam dalam masakan... Ya tak?

Ada pula yangg kata masin-masin lah yag bagus. Barulah sedap masakan tu. Macam ikan masin dan telur masin. Betul lah tu, tapi untuk memakannya biarlah berpada-pada. Jadi, kurangkanlah pengambilaan makanan yang masin dan garam dalam gulai dan masakan. Sebaik-baiknya tahap keperluan harian pengambilan garam adalah tak  melebihi satu suku sudu teh untuk seorang.



Ada satu cara tu, nak tahu jikalau masakan tu masin ke tidak. Taktiknya iaitu letakkan sikit kuah panas tu di jari. Kalau kuah tu tak meleleh di jari tandanya masakan tu sedang elok je masinnya. Tapi kalau jari terasa perit, itu tandanya masakan sudah terlebih garam.

Cara mudah aku paling senang. Iaitu  ambil sikit kuah guali yang di masak. Tiup sikit bagi kurang panas dan rasa dengan hujung lidah. Kalau rasa kurang, tambah lagi sikit-sikit. Sampai rasanya mencykupi ikut rasa sendiri. Pasti lebih mudah dan semestinya tak akan terlebih masin... huhu!

Petua Kurangkan Masin Dalam Gulai Dan Lauk Pauk


Kentang
Masukkan kentang dalam masakan hingga empuk. Kentang akan menyerap garam yang berlebihan dan rasanya akan sedang elok sahaja.

Daun Pisang
Masukkan secebis daun pisang kedalam masakan. Tunggu hingga daun pisang layu dalam masakan yang terlebih masin tu. Garam akan terserap pada daun pisang. 

Beras
Masukkan sesudu beras ke dalam perca kain. Bunjutkan perca kain dan ikat kemas. Masukkan ke dalam masakan. Bila lauk dah masak. Rasa masin dah berkurangan akibat di serap oleh beras.

Hampas Kelapa
Buat cara yang sama seperti bunjut beras di atas. Bunjut hampas kelapa dapat menghilangkan rasa masin dan seterusnya menyedapkan masakan

Cebisan Roti
Roti juga boleh menyerap kemasinan dalam gulai atau masakan. Caranya masukkan cebisan roti kedalam gulai. Rendam sekejap dan keluarkan roti. Buatlah berulangkali sehingga mendapat rasa yang bersesuaian dan rasa masin berkurangan.

Cara yang lain adalah dengan mengimbangkan rasa masin dengan rasa masam dan manis. Iaitu masukkan lebih sedikit gula dan lebihkan asam untuk mengurangi rasa masin itu. Bole juga di tambah kuantiti air jika perlu untuk mengurangkan kemasinan.

Selain itu cara yang boleh di cuba, didihkan gulai dan menutupnya selama 10 minit. Selepas itu angkat tutup dan buangkan wap yang terhasil serta basuh tudung periuk. Buatlah berulangkali hingga rasa masin akan segera menghilang. 

Macam-macam cara boleh di cuba dan tak perlu membuang gulai yang masin itu. Kemungkinan gulai akan menjadi bertambah lazat pula. Jadi, kalau masak gulai atau apa saja lauk pauk, janga panik sekiranya ini terjadi. Mesti ada jalan penyelesaian... Kan!

Nak lagi macam-macam petua, klik SINI

p/s: Kata orang tua dulu-dulu, bila anak dara masak terlebih masin sebab dah nak kahwin. Tapi kalau mak dara yang masak, apa pula... huhu!!

#kredit SINI

1 comments:

Wah bagus petua ni. Tadi cikla baru masak termasin.. Boleh praktikkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...