03 September 2018

Resepi Masak Kurma Daging Yang Mudah Dan Sedap

Tak habis lagi daging korban nak di kerjakan @ untuk di masak. Kali ni buat gulai masak kurma daging pula. Buat cara masak yang biasa tapi dengan cara yang senang dan pastinya sedap. Masak gulai kurma daging ini sinonim dengan kami sekeluarga sebab suka sangat lauk ini. Sedap di makan dengan nasi biasa, apatah lagi kalau di gandingkan dengan nasi minyak.



Cara masaknya sama dengan masak kari daging. Cuma bahan rempah yang di gunakan adalah berlainan. Rasanya pun jauh berlaina berlainan dari kari daging. Tapi tetap sedap dan penuh dengan aroma yang sangat sedap. Walau nama masakannya kurma tapi tak pula di masukkan buah kurma sebagai salah satu bahan masakan. Jangan silap faham pula.

Untuk mempercepatkan proses memasak, aku guna periuk ajaib aku tu iaittu Philips Pressure Cooker. Tapi hanya untuk merebus daging dan kentang saja. Proses memasak yang lain, aku guna cara biasa. Boleh juga masak terus cara biasa atau terus dengan periuk ajaib tu. ikut kesukaan dan kesesuaian masing-masing yer.



Aku buat cara memasak separuh-separuh ini ada sebabnya. Aku nak kekalkan cara lama yang lebih pekat dan beraroma. Aku suka kekalkan cara yang sebegini sebab aku nak terus guna cara biasa tapi masih nak menggunakan teknologi terkini untuk mempercepatkan sedikit proses memasak. Bila di campur kedua cara ini, barulah keaslian masakan benar-benar terjaga dan terasa.

Resepi Masak Kurma Daging Yang Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan:

1/2 kg daging
4 biji kentang
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 paket kecil rempah kurma
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan pes asam jawa
1 cawan santan pekat
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji tomato
Air secukup di kehendaki
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Daging di potong kecil dan di bersihkan. Kentang di buang kulit, di potong dan di belah 4 atau 6. Bawang merah, bawang putih  dan halia di tumbuk lumat.

Panaskan periuk bersama dengan 3 sudu besar minyak masak. Tumis bahan yang telah di tumbuk bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Setelah itu, masukkan cili kisar dan kacua sehingga garing. Masukkan rempah kurma dan setengah cawan air. Masukkan juga pes asam jawa. Kacau sehingga garing dan naik minyak. 

Untuk yang masak secara biasa, masukkan daging dan reneh sehingga daging lembut. Apabila daging hampir lembut masukkan kentang dan tunggu sehingga kentang empuk. Sekiranya kuah menjadi kering, tambah air. Proses ini makan masa 30 minit ke 1 jam jugalah. 

Untuk yang menggunakan pressue cooker, rebus daging menggunakan pressure cooker dengan sedikit air iaitu dalam setengah cawan lebih kurang dalam masa 20 minit. Selepas 20 minit, rebus daging bersama dengan kentang lagi dalam anggara 3 - 4  minit. 

Setelah itu masukkan daging dan kentang ke dalam ramuan rempah kurma yang sedang di reneh atas dapur tadi. Kacau sebati hingga mendidih dan masukkan santan. Waktu ini, kalau nak kuah banyak, boleh tambah air tapi kalau nak pekat tak perlu tambah.

Bila santan dah mendidih, masukkan tomato yang di belah empat atau enam. Bergantung dari besar kecilnya tomato itu. Seterusnya kacau dan biarkan sekejap, bolehlah di angkat.

Sedap ni makan dengan nasi panas. Lebih sedap makan dengan nasi minyak dan juadah iringan jelatah dan nasi arab. Kadang-kadang ada majlis kenduri yang buat gulai masak kurma ni.

Nak resepi yang lain... klik SINI

p/s: Selain masak kurma daging, kurma ayam pun sedap dan lazat juga.... :)

3 comments:

  1. SA x tau kenapa la SA ni masak kurma selalunya failed..ntah apesal ntah

    ReplyDelete
  2. Ouh takdelah kene rebus berjam2 dulu daging tu rupanya. Thanks for sharing😊

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...