Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli Campur Nenas

4:16:00 PM Noor Akma 0 Comments

Beberapa minggu lepas aku masak gulai tempoyak ikan keli campur nenas ni. Ikan keli memang ikan kegemaran kami sekeluarga kecuali en. suami. Apatah lagi di masak pula dengan gulai tempoyak dan campur pula dengan nenas. Memang terangkatlah rasanya gulai tempoyak ikan keli campur nenas ni.

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli Campur Nenas
Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli Campur Nenas

Tempoyak ini suami aku belikan tanpa di suruh walau dia tak makan tempoyak. Itulah diri dia. Ambil berat dan akan belikan apa yang aku dan anak-anak suka makan. Bila buat lauk gulai tempoyak, mesti ada aku buatkan lauk lain yang dia boleh makan macam ikan keli sambal. Biasa dah... hahaha!

Macam-macam variasi masak gulai tempoyak ini. Ada yang letak selain cili dan tempoyak itu dengan bawang merah daun kesum, bunga kantan, serai dan macam-macam lagi bahan iringan. Aku buat stail Perak yang opah aku buat iaitu bahan utama hanya cili merah atau/dan cili api dengan kunyit saja selain tempoyak.



Resepi seringkas yang mungkin. Tak perlu susah-susah nak tambah itu dan ini.  Nenas itu pun kebetulan ada di peti ais lebihan masak lemak cili api ikan masin beberapa hari sebelum tu. Sedap sungguh letak nenas apabila kemasaman tempoyak bercampur dengan nenas yang berperisa masam manis tu.... huhu!

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli Campur Nenas


Bahan-bahan:

4 ekor ikan keli
1/2 biji nenas
6 biji cili api
4 biji cili merah
1/2 inci isi kunyit
1 cawan tempoyak
1 biji tomato
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Ikan keli di bersihkan dan di lumur asam jawa sebentar untuk mengurangkan hanyir. Selepas tu cuci bersih. Nenas di potong kecil. Tomato di belah empat atau enam.

Cili api dan cili merah di tumbuk lumat bersama isi kunyit atupun di panggil kunyit hidup. Maasukkan bahan tumbuk dan tempoyak kedalam periuk bersama ikan ke dalam periuk. Gaul rata hingga tempoyak bergaul dengan semua bahan.

Masukkan air secukupnya dan didihkan hingga masak dan merenih agak lama. Sementara itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan rasa betul-betul  untuk mencari kesesuaian yang sedap. 

Bila rasa dah sesuai dan gulai pun sebati, masukkan tomato. Seterusnya bolehlah di angkat dan di hudangkan. 

Sedap sungguh hingga menjilat jari. Anak-anak paling suka hirup kuah banjir dalam nasi. Kalau buat lauk ni, lauk lain dah tak pandang. Tapi itulah, susah nak dapat tempoyak sekarang ini. Bila tiba musimnya baru dapat merasa. Harganya dah sangat mahal macam buah durian juga sebab tempoyak tu dari durian juga.... kan!

Nak mcam-macam resepi, klik SINI

p/s: Gulai tempoyak ini kalau dapat makan hari-hari pun tak apa... Tapi itulah, susah nak dapat. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...