08 October 2018

Wany Hasrita Bintang Paling Popular Di ABPBH 31, Siapa Sangka....

Siapa sangka, Wani Hasrita di nobatkan sebagai bintang paling popular masa kini di ABPBH 31 malam tadi. Siapa sangka Wany Harita bintang paling popular walau hanya baru setahun jagung berada di industri hiburan tanahair. Inilah yang di katakan tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu. Itulah, Wany Hasrita bintang paling popular adalah satu kejutan.... huhu!

Wany Hasrita Bintang Paling Popular Di ABPBH 31
Wany Hasrita Bintang Paling Popular Di ABPBH 31

Adat pertandingan, ada yang dapat hadiah dan ada juga yang pulang dengan tangan kosong. Tahniah di ucapkan kepada penyanyi yang terkenal menerusi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH Ke 31 semalam dengan undian tertinggi sebanyak 2,053,997. Kemenangan ini memang mengejutkan. Wany Hasrita juga berjaya memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular.



Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah menerusi kemenangannya bagi Bintang Paling Popular, telah berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu kereta jenis Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM125,000 beserta trofi. Beliau adalah  graduan dari  MSU Shah Alam dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan.

Wany Hasrita Bintang Paling Popular Di ABPBH 31, Siapa Sangka....


Berikut kami sertakan juga senarai penuh pemenang bagi setiap kategori di ABPBH 31 :-

1) BINTANG PALING POPULAR: WANY HASRITA

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR: WANY HASRITA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: SYAMEL & ERNIE ZAKRI

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: FENDY BAKRY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: FARAH NABILAH

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: EMMA MAEMBONG

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: NUR FAZURA

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: HAZIQ (HOT FM)

14)ARTIS VERSATIL POPULAR: ALIF SATAR

ARTIS SENSASI POPULAR: NEELOFA

PASANGAN SERASI DRAMA: FATTAH AMIN & NUR FAZURA

PASANGAN SERASI FILEM: ZUL ARIFFIN & NUR FAZURA

INSTAFAMOUS CILIK POPULAR: ARIF JIWA

PERSONALITI MEDIA SOSIAL POPULAR: FATIMAH OMAR MUKHLIS

ANUGERAH KHAS SEPANJANG HAYAT: NOORKUMALASARI

Tahniah kepada semua pemenang ABPBH 31. Hampir semua tekaan dan semua yang aku undi tersasar jauh. Tapi tak apalah semuanya  hanya suka-suka saja. Aku undi berdasarkan mereka yang aku minat. Setiap minat seseorang tak sama.... kan!

Nak lebih informasi di blog ini.... klik SINI

p/s: Apapun  kemenangan sweet couple kegemaran Malaysia tu sudah aku jangka... hahaha!

#kredit SINI

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...