Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara Jimat Ruang Gantung Pasu Pada Dawai Jaring

8:45:00 PM Noor Akma 1 Comments

Ini aku nak tunjuk cara jimat ruang bercucuk tanam dengan gantung pasu pada dawai jaring yang biasanya di gunakan untuk buat pagar. Kini tiada alasan pada ruang halaman kecil untuk bercucuk tanam. Pelbagai cara boleh di lakukan untuk penjimatan ruang di kawasan yang sempit. Banyak sebenarnya cara jimat ruang yang boleh di lakukan. Salah satunya seperti yang aku tunjukkan di sini. 

Cara Jimat Ruang Gantung Pasu Pada Dawai Jaring
Cara Jimat Ruang Gantung Pasu Pada Dawai Jaring

Peralatan yang di gunakan pun senang di cari di kedai perkakasan dan juga kedai diy di merata tempat. Hanya gunakan lebih kurang semeter dawai jaring pagar yang di gulung dan di ikat kemas. Pasunya pula boleh di gunakan pasu plastik yang tersedia di jual ataupun yang di kitar semula seperti botol air mineral untuk di jadikan pasu.



Selain tanam pokok bunga, boleh juga tanam pokok sayuran. Kalau tanam sayuran yang menjalar dan memanjat, dawai jaring pagar ini boleh jadi tiang dan tempat sokongan pokok memanjat. Bertambah cantik pula bila aku bayangkan pokok-pokok itu tumbuh merimbun. Gambar-gambar dari FB ada aku sertakan di artikel ini. Bolehlah  di jadikan rujukan.

Cara Jimat Ruang Gantung Pasu Pada Dawai Jaring


Bahan-bahan:

1 meter dawai jaring 
Pasu atau botol yang telah di potong 
Tanah hitam atau cocopet
Tali pengikat ata cable tight

Cara-cara:

Dawai jaring di gulung dan di ikat kemas dengan tali pengikat atau cable tight. Tegakkan dan masukkan samaada kedalam pasu atau ke dalam bekas botol terpakai yang besar. 

Mampatkan dengan batu-batu dan timbus dengan tanah hitam untuk mengukuhkan kedudukannya.
Setelah itu, gantungkan pasu-pasu atau botol-botol pada dawai pagar itu (lihat gambar). 

Masukkan tanah ke dalam pasu yang telah di gantung serta tanam dengan tanaman yang sesuai. Letak di tempat yang mendapat sinaran matahari agar pokok mendapat cahaya yang mencukupi dan tumbuh dengan subur.

Suka aku dapat kongsi idea yang bagus ini. Akan aku realisasikan di rumah baru aku nanti. Aku dah rasa tak sabar sebenarnya. Itu sebab aku sering kongsikan idea-idea itu di sini. Terimakasih pada si pemberi idea di FB. 

Nak pelbagai informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Nak tanam pokok bunga, pokok sayur, pokok anggur dan pokok strawberry pun aku nak tanam nanti.... huhu!

1 comments:

PeRdU cINta said...

Betul-betul jimat ruang ni...terbaiklah.

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...