Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan Tersilap Beli Tepung Beras

3:57:00 PM Noor Akma 3 Comments

Baru sekarang aku tau yang tepung beras tak boleh tersalah tengok cap dan gambar serta kegunaannya. Biasa aku tengok yang tertulis tepung beras terus saja beli. Rupanya kena tengok dan pastikan betul-betul. Jangan tersilap beli tepung beras, nanti apa yang di masak tak menjadi seperti yang di harapkan. Kegunaan tepung beras ada pelbagai, jadi di ingatkan jangan tersilap beli tepung beras yer...!

Jangan Tersilap Beli Tepung Beras
Jangan Tersilap Beli Tepung Beras 

Ingatkan sama saja semua tepung beras yang di jual di pasaran. Tak pernah terfikir gambar gajah yang tertera pada pembungkus tepung beras itu ada maksudnya. Ingatkan dari syarikat yang berbeza sebab itu gambar gajah yang tertera itu lain-lain. Rupanya ia bermaksud pebezaaan jenis tepung beras itu.... huhu!


Ada 3 jenis tepung beras berlambangkan gajah yang di proses dan di bungkus dari negara Thailand. Ada sedikit perbezaan dari lambang gajah tu yang menandakan fungsi kegunaan tepung beras ini berbeza mengikut keperluannya. Di sini aku kongsi apa yang baru aku tahu tentang fungsi tepung beras meengikut lambang yang ada.

Jangan Tersilap Beli Tepung Beras 


TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng seperti buat adunan utk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempah. Tepung ini sangat ranggup dan sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau @ dhall.

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Tepung ini sangat sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti contoh kuih koci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih yang lembut. Ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat. 

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung ini sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee sebab ia lebih kental.

Ada satu lagi jenis tepung beras yang banyak di jual tapi tak ada gambar gajah. Orang kata tepung ini pun bagus untuk buat pelbagai jenis kuih dan makanan gorengan iaitu: 
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepung nya kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi sangat-sangat  ranggup.

Nanti, apabila nak menggunakan tepung beras aku kena pastikan dulu label pada bungkusan tepung beras yang aku beli. Biasanya, namanya tepung beras, nak buat apa, ikut suka akulah. Kini kena berhati-hati, nanti tak menjadi pula makanan yang di buat dengan tepung beras.

Nak dapat pelbagai informasi klik SINI

p/s: Dapat belajar satu perkara yang baru aku tahu, sharing is caring from FB... :)

3 comments:

la.. baru tahu.. ingatkan gambar tu saje je.. tq share..

Mrs. A said...

Thanks for sharing this.
Samalah dengan Mrs. A tak tahu pulak tepung beras tu berbeza-beza kegunaannya ngeh! ngeh! ngeh!

anak denesor said...

lah! yeake..baru tau ni..ayoyo igtkan sama je semua nya...suka sgt tips ni thanks sharing

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...