Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khasiat Dan Manafaat Daun Sireh

5:08:00 PM Noor Akma 3 Comments

Pokok sireh sinonim tumbuh dan di tanam di kawasan kampung. Banyak sekali manafaat dari tanaman hijau yang menjalar dan masuk dalam keluarga piperaceae ini. Biasa di gunakan dalam adat perkahwinan dan pertunangan. Selain itu banyak khasiat dan manafaat dau sireh dalam perubatan Melayu. Ini kerana khasiat dam manafaat daun sireh ini amatlh banyak sekali.

Khasiat Dan Manafaat Daun Sireh
Khasiat Dan Manafaat Daun Sireh

Antara kebiasaannya kegunaannya, sireh di makan bersama buah pinang, kapur dan gambir oleh orang Melayu dulu-dulu dan orang India  Rasanya zaman sekarang dah pupus amalan pemakanan ini  oleh orang Melayu. Pada orang India ia masih ada di amalkan hingga kini.



Di majlis perkahwinan dan pertunagan, sireh di jadikan hiasan dan gubahan seperti sireh junjung iaitu daun sieh yang di gubah cantik bersama bunga-bungaan yang terpilih. Ataupun di susun dalam tepak sireh bersama bahan lain seperti buah pinang, kapur dan gambir mengikut adat Melayu. Namun begitu, banyak kegunaan lain, khasiat dan manafaat yang perlu di ketahui.

Khasiat Dan Manafaat Daun Sireh


Mengubati penyakit asma
Caranya ambil  4 -5 helai  daun sireh, rebus daun tersebut dalam 2 gelas air sampai menjadi 1 gelas saja. Minum rebusan tersebut dengan rutin dalam  2 -3 gelas sehari.

Menyembuhkan radang tekak akibat batuk
Rebus 4-5 helai daun sireh dalam 2 gelas air sampai menjadi separuh saja. Minum rebusan tersebut secara rutin 2-3 gelas sehari.

Mengubati batuk
Manafaat daun sireh lainnya adalah untuk mengubati batuk. Rebuslah 5 helai daun sirih merah dalam 3 liter air, minum rebusannya 2 kali setiap hari secara teratur.

Ubat luka melecur
Caranya, tumbuk 3 -5 helai daun sirih dengan 2 sudu teh madu. Oleskan pada luka sehari dua kali.

Mengubati demam denggi
Rebus 5 -6 helai daun sireh dalam 2 gelas air sampai mejadi segelas saja airnya . Minum air rebusan 2 kali sehari secara teratur sehingga sembuh.

Menyembuhkan gatal-gatal  dan juga sakit mata
Manafaat daun sireh yang cukup dikenali adalah untuk mengobati gatal-gatal dan sakit mata. Rebus 1 - 2 helai  daun sireh dalam 1 gelas air, tunggu sampai sejuk. Gunakan air rebusan tersebut untuk mendam  atau sebagai ubat titis dalam mata.

Mengatasi masalah keputihan
Caranya  rebus 5 -10 helai daun sireh dalam 250 ml air. Setelah sejuk, tapis airnya, dan gunakan untuk memncuci kawasan intim kewanitaan.

Menghilangkan bau mulut
Rebus 10 -15 helai daun sireh dalam 4 gelas air sampai menjadi separuh airnya. Gunakan untuk berkumur.

Ubat penyakit jantung
Salah satu manfaat daun sireh adalah untuk mengubati penyakit jantung. Tumbuk 3 helai daun sireh, 3 biji bawang merah, 1 sudu makan jintan putih, dan 1 sudumakan lada hitam lalu ditambahi dengan secawan air panas. Setelah agak sejuk, tapis. Minum ramuan 2 kali sehari.

Membersihkan kuman dari mulut
Rebus 4 -5 lembar daun sireh dengan 4 gelas air. Gunakan air rebusan untuk berkumur terutama setelah makan.

Ubat gusi berdarah
Rebus 10 helai daun sireh merah dengan 4 gelas air sampai mendidih. Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur setidaknya 3 kali dalam sehari.

Mengubati sakit gusi dan sakit mulut
Kunyah 1 - 2 helai daun sireh  selama 10 minit, lakukan sebanyak 2 kali sehari.

Menghilangkan bau badan
Rebus 10 -15 helai daun sireh dan 1 sudu teh garam dalam 4 gelas air hingga  tingga2 gelas saja. Minum air rebusan 2 kali sehari.

Menghilangkan pengeluaran peluh dan bau berlebihan
Caranya tumbuk 2 helai daun sireh. Sapukan bahan tumbuk pada area ketiak secara teratur. Bolh juga meminum rebusan air daun sirh sebanyak 2 gelas setiap hari.

Mengurangi bengkak susu pada ibu baru bersalin
Caranya, ambil beberapa helai daun sireh, kemudian layur pada api sampai layu. Lalu, tampalkan pada payudara yang bengkak waktu masih suam-suam panas. ia juga dapat menangani pengeluaran susu yang berlebihan.

Ramuan ubat setelah melahirkan
Rebus 2 –5 helai  daun sireh dalam 4 gelas air sampai susut separuhnya. Minum rebusan tersebut satu kali setiap hari.

Mengubati alergik yang menyebabkan kegatalan
Campurkan 6 helai daun sireh, 1 setengan sudu makan minyak kayu putih, dan juga 1 potong halia. Tumbuk semua bahan, kemudian sapukan pada kawasan yang gatal.

Ubat sakit urat
Caranya rebus 8 helai daun sireh muda dalam 500 ml air sampai menjadi  3 gelas saja. Minumlah dengan teratur 75 ml air rebusan 3 kali sehari.

Mengubati sakit perut
Caranya, tumbuk halus 4 - 6 helai daun sireh, 1 sudu makan minyak kelapa, dan 6 biji lada hitam, kemudian gosokkan pada perut biarkan sampai mengering.

Mengubati gigi berlubang

Caranya, rebus sehelai daun sirih dengan 2 gelas air sampai mendidih. Gunakan air rebusannya untuk berkumur. Lakukan secara berulang sampai sembuh.

Ubat radang paru-paru
Caranya, rebus 5 – 7 helai daun sireh tua dalam 500 ml air sampai tinggal setengah saja. Minum secara rutin 3 kali sehari.

Selain manfaatnya dalam bidang kesihatan, daun sirih juga bermanfaat juga untuk kecantikan. Berikut adalah beberapa manfaat daun sirih terutama untuk kecantikan:

Menghaluskan kulit
Caranya, tumbuk 3 - 5 helai  daun sireh yang dicampur dengan air panas. Gunakan sebagai masker sewaktu air masih suam, lakukan berterusan seminggu sekali dalam 2 -3 bulan untuk mndapat hasilnya..

Menghilangkan jerawat
Rebus 10 helai daun sirih dengan 250 ml air sampai berwarna kecokelatan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah setiap hari.

Mencegah nampak tua dari usia sebenar
Manafaat daun sirih juga boleh digunakan untuk mencegah nampak tua dari usia sebenar. Caranya, rebus 6 helai daun sireh,, 100 gram kacang hijau, 10 biji kurma, dan 40 gram gingseng  dalam 4 gelas air hingga menjadi 2 gelas saja. Tambahkan 2 sudu makan madu dan limau nipis, kacau rata. Minum rebusan tersebut 2 kali sehari. Amalkan berterusan untuk kesan yang nyata.

Mencegah munculnya jerawat
Caranya, dapatkan 10 helai daun sireh, kemudian rebus dengan 200 ml air. Setelah sejuk, tapis air rebusan dan gunakan untuk mencuci muka.

Tadi baru google pasal daun sireh ini. Baru aku tahu ada sireh yang di panggil sireh merah iaitu daunnya ada sediki merah di bawah daun seperti adanya sayur bayam hijau dan bayam merah. Apapun khasiatnya ynng di ketahui hampir sama sahaja. Cuma warnanya saja membezakan antara yang hijau dan merah.

Nak dapatkan pelbagai informasi... klik SINI

p/s: Begitu banyak khasiat daun sireh ini... Pokok ini akan ada dalam senarai tanaman aku di rumah baru nanti... huhu!

#idea fr FB
#pic fr google

3 comments:

aienie NKA said...

Wow, banyak juga kebaikan daun sireh ni. Aien cuba tahu utk keputihan je. haha

Banyak khasiatnya daun sirih ni.

At-Tarmizi said...

teringat dulu ada akak minta cari daun sireh,kesian punya pasal carikan..tapi melampau pula bila hari-hari minta sebab kononnya boleh kurus makan daun sireh

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...