Resepi Rendang Ayam Pedas Meletup... Haihhh!!!

2:31:00 PM Noor Akma 1 Comments

Setiap tempat, setiap negeri ada cara dan resepi rendang yang tersendiri. Tak semestinya sama antara masakan seseorang itu dengan seseorang yang lain. Ini resepi rendang pedas meletup cara dan gaya aku. Memang ada sentuhan Negeri Sembilan. Tapi resepi rendang ayam pedas aku ni kata orang tak sama macam resepi rendang Negeri Sembilan yang original..... huh!

Resepi Rendang Ayam Pedas Meletup... Haihhh!!!
Resepi Rendang Ayam Pedas Meletup... Haihhh!!!

Mana tidaknya, aku bukan asal dari sana, cuma berkahwin dengan orang sana. Aku dah cuba buat yang terbaik seperti masakan Negeri Sembilan original tapi tetap tak sama dengan yang asli. Namun adalah iras-iras sedikit. Buktinya en. suami aku dan anak-anak sangat menyukainya. Lebih pedas, lebih sedap kata mereka.

Banyak kelainan rendang ini dengan rendang dari Negeri Perak. Buat rendang stail Perak tak letak serbuk kari dan letak kerisik. Rendang aku ini tak letak itu semua tapi dia punya santan untuk seekor ayam adalah 2 biji sekurang-kurangnya. Barulah menjadi rasa rendang originalnya. Ia juga di kacau sampai benar-benar kering kuahnya. 



Buat rendang ini menggunakan ayam daging yang biasa. Untuk mengelakkan daging ayam hancur apabila di kacau bersama rencah-rencahnya, masukkan ayam setelah rencah menunjukkan tanda untuk kering.  Kalau rendang Perak daun kunyit di hiris halus, rendang ini daun kunyitnya hanya di koyak-koyak sahaja. Kita semak resepi pula yer...

Resepi Rendang Ayam Pedas Meletup... Haihhh!!!


Bahan-bahan:

1 ekor ayam daging
4 cawan santan pekat (dari 2 biji kelapa)
1/2 paket serbuk kari ayam
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih 
6 batang serai
3 inci halia 
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
2 sudu besar ciling kisar
20 biji cili api
1/2 sudu kecil jintan manis
1.2 sudu kecil jintan putih
1 helai daun kunyit
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 keping asam keping 
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Ayam di potong ikut suka dan di bersihkan. Hiris 4 biji  bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 11/2 inci halia. Ketuk 3 batang serai dan siat kasar daun kunyit. 

Kisar 4 biji bawang merah,  3 ulas bawang putih, 3 batang serai, halia, kunyit hidup, lengkuas, cili api dan jintan manis serta jintan putih. 

Seterusnya masukkan bahan yang di kisar di dalam kuali bersama bahan hiris tadi dan juga serai yang di ketuk dan daun kunyit yang di siat kasar.

Masukkan juga bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di hiris. Masukkan sekali cili giling, serbuk kari dan asam keping.

Tak di lupakan juga masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Seterusnya masukkan santan. Didihkan semua bahan  ini sehingga menunjukkan tanda untuk kering. 

Masukkan ayam dan gaul serta kacau hingga benar-benar sebati dan kering. Sebelum kering itu, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bolehlah di angkat dan di hidangkan masakan ayam ini.

Nak pelbagai resepi di blog ini.... klik SINI

p/s: Untuk lebih nampak garing rempah ayam yang bersalut itu, masukkan sedikit minyak  masak sewaktu mengeringkan kuah ayam. Yang tak tahan pedas, kurangkan cili api tu yer.... !

1 comments:

wow sedap sampai meletop.(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...