21 December 2018

Pengalaman Menaiki Bas Express Dari Seri Iskandar Ke Shah Alam

Aku nak ceritakan pengalaman menaiki bas express dalam penceritaan di blog kali ini. Bukan apa, suatu pengalaman yang agak menarik bagi aku juga sebab rasa dah berkurun tak menaiki bas express ni. Apatah lagi, pengalaman menaiki bas express kali ini sangat luarbiasa bagi aku kerana dapat tempat duduk di belakang sekali... hehe!

Pengalaman Menaiki Bas Express Dari Seri Iskandar Ke Shah Alam
Pengalaman Menaiki Bas Express Dari Seri Iskandar Ke Shah Alam

Dah namanya tempat duduk belakang sekali, rasanya mestilah macam naik roller coaster berhenjut kuat sungguh. Ada masanya terlompat-lompat bontot aku di buatnya. Istimewanya tempat duduk ni tinggi dari segala tempat duduk di hadapan. Macam tengok dari atas pentas. Nampak segala benda dan penumpang di depan. Tapi dari belakanglah.



Dah tau pasti masa beli tiket hanya tempat duduk itu saja yang tinggal untuk tempat duduk berdua. Tapi di sebabkan tak nak tunggu bas petang atau keesokan harinya redha sajalah. Beli tiket pun dah lewat iaitu sehari sebelum pulang ke Shah Alam. Tak sangka juga penuh bas dari kawasan bandar kecil saja kot. Aku tengok penuh jugala penumpangnya. Cuma ada satu saja tempat yang tak di isi orang.

Pengalaman Menaiki Bas Express Dari Seri Iskandar Ke Shah Alam


Di luar kaunter tiket tu di beritahu bas ke Shah Alam pukul 12.30 tengahari. Tapi pada tiket bas tertulis 12.15 tengahari. Aku bersama anak perempuan aku ini sampai ke terminal bas Seri Iskandar itu pada pukul 12.09 tengahari. Terkejar-kejar risau lambat juga lah. Tapi murung sekejap di buatnya. Bas sampai dalam pukul 12.55 petang. Melangut kebosanan kami di situ.

Terlupa pula  nak beritahu. Tempat duduk bas di belakang sekali atas tu ada tiga tempat duduk. Selain aku dan anak ada seorang mamat sado agakan umur dalam 30an gitu, duduk di sebelah aku. Tak ada pula aku bertegur sapa dengan dia. Dia pun senyap sepi, macam mana nak aku pula menghulurkan salam perkenalan. Nanti di katakan aku kegatalan pula... hahaha!

Pengalaman Menaiki Bas Express Dari Seri Iskandar Ke Shah Alam
Pengalaman Menaiki Bas Express Dari Seri Iskandar Ke Shah Alam

Masuk saja aku dalam bas, sudah tersedia penumpang dalam bas itu. Kiranya ini tempat ambil penumpang untuk ke sekian kalinya. Mungkin bas ini ambil penumpang dari Lumut, Manjung dan Sitiawan dulu, baru ke Seri Iskandar dan selepas itu seterusnya ke Batu Gajah pula ada lagi penumpang yang masuk dalam bas hingga la tinggal satu tempat duduk lagi.

Bas expresss ini aku dapati ikut jalan lama. Jumpalah pekan Kampar, Bidor, Tapah, Sungkai dan seterusnya Tanjung Malim kot. Waktu ini aku dah belayar tertidur. Tau-tau da masuk highway ke Selangor dah. Boleh pula aku melelapkan mata dalam bas yang terumbang-ambing tu. Ingatkan aku akan mabuk laut di buatnya.... huhu!

Apa pun aku sudah bersedia sekiranya ada tanda-tanda mabuk kenderaan. Bawa bekal makanan coklat, asam dan buah limau. Elok saja aku sehingga sampai ke Shah Alam tanpa rasa loya dan pening yang kebiasaannya terjadi pada aku apabila menaiki kenderaan. Alhamdulillah sangat...!

Sampai ke Shah Alam dalam pukul 6 petang. Lambat juga lah sampainya. Kalau naik kereta dalam 3 saja jalan terus menerus ikut highway. Mana tidaknya ikut jalan lama pula tu, 6 jam baru sampai Shah Alam. Akhirnya 'home sweet home' En. Suami dah menanti di Terminal Bas Seksyen 13.

Nak baca cerita dan catatan, lihat SINI

p/s: Pengalaman bernilai dan berharga, pulang ke Shah Alam dari menjaga mak yang sakit tempohari.. huh!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...