20 December 2018

Resepi Ayam Goreng Kicap Black Pepper

Kebiasaanya kalau ingat ayam mesti ayam goreng yang di sukai ramai berada dalam fikiran. Kali ini aku nak buat resepi ayam goreng juga tapi di selaputi kicap dan lada hitam a.k.a black pepper. Sudah semestinya sedap hingga menjilat jari. Sekadar mencari kelainan kepada ayam goreng yang biasa tu.

Resepi Ayam Goreng Kicap Black Pepper
Resepi Ayam Goreng Kicap Black Pepper

Bahan-bahannya pun tak renyah macam masak rendang tu. Boleh makan di ratah begitu saja atau makan dengan nasi di waktu tengahari dan malam. Resepi simple buat sambil menyibukkan diri di dapur. Tau-tau dah siap dan boleh di makan.



Resepi tak kutip dari mana-mana. Hanya  resepi  biasa yang di gunakan sejak tuturn temurun lagi. Cuma di ubah agar tak berkuah dan kering agar senang untuk di makan begitu saja. Tapi kalau nak makan bersama nasi, bole di buat sedikit berkuah pada sonya.

Resepi Ayam Goreng Kicap Black Pepper


Bahan-bahan:

8 keping daging ayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan lada hitam
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukup yang di perlukan
Sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ayam
Sedikit serbuk cili/ cili kisar jika suka
Minyak masak secukupnya.

Cara membuatnya:

Ayam bersikan dan dli lumur dengan garam dan serbuk kunyit serta di goreng garing, ketepikan. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk atau di kisar lumat. 

Tumiskan bahan tumbuk dalam sedikit minyak. Apabila sudah naik bau, masukkan lada hitam dan serbuk cili/cili kisar (jika suka)  serta sedikit air. Masukkan juga pes asam jawa. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat dan perasakan  dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kembali ayam yang telah di goreng. Gaul rata. 

Boleh di makan begitu saja atau makan dengan nasi. Untuk itu tambah lebih air dan juga tambah satu labu bawang besar yang di potong bulat. 

Cubala resepi biasa tapi rasanya yang luarbiasa ini. Tak percaya, kena cuba. Restoran ayam goreng yang terkenal pun tak ada buat resepi macam ini lagi. Hanya ada di dapur aku sahaja sekarang ini. Nak rasa, jom buat sendiri. Jom, jom, jom cuba dan rasa.... huhu!

Nak pelbagai resepi yang berinspirasi di blog ini... klik SINI

p/s: Sedap hingga menjilat jari sampai ke siku tau... hehe! Oh ya, gambar yang tertera adalah masakan untuk di makan dengan nasi sebab itu di buat berkuah.

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...