18 January 2019

Cara Mantap Tanam Kesum Tanpa Tanah, Tak Perlu Risau Tak Bersiram...

Wah.. dapat idea dari facebook sekejap tadi cara nak tanam kesum tanpa tanah. Cara ini yang bagus sangat-sangat adalah kerana tak perlu nak di siram setiap kali. Biarkan saja, ia akan tumbuh membesar dengan sihat dan sedia untuk di gunakan bila-bila masa. Pada rumah tak bertanah atau pun rumah pangsa sangat sesuai tanam kesum tanpa tanah ini, asalkan ada cahaya matahari sudah boleh bercucuk tanam pokok kesum ini.

Cara Mantap Tanam Kesum Tanpa Tanah, Tak Perlu Risau Tak  Bersiram...
Cara Mantap Tanam Kesum Tanpa Tanah, Tak Perlu Risau Tak  Bersiram...
Pokok kesum ini sentiasa di sukai oleh ramai orang kerana baunya menjadi penyedap masakan kepada masak asam pedas dan laksa. Juga sebagai ulaman dalam penyediaan nasi kerabu. Tak ada bahan daun kesum ini, bagaikan tak menjadi masakan kesukaan ramai ini. Jadi, wajar dan wajib di tanam oleh para suri rumah. 



Pernah kongsikan cara tanam kesum yang menggunakan tanah dan pasu yang tidak berlubang. Cara ini lebih baik dan lebih mudah. Hanya gunakan botol mineral besar terpakai yang di potomg separuh dan terbalikkan bahagian yang berlubang kedalam bahagian yang di potong. Senang yang amat cara menanamnya' Sangat berjimat juga sebab menggunakan bahan terpakai.

Cara Mantap Tanam Kesum Tanpa Tanah, Tak Perlu Risau Tak  Bersiram... 


Bahan untuk memegang pokok kesum boleh menggunakan gabus, span atau perca kain yang menyerap air. Ikat bersama batang kesum dengan gabus dan rendam dalam air. Tak kisahlah sekejap saja atau selama beberapa hari. Sumbat batang kesum bersama gabus ke dalam lubang botol secara terbalik. Isi bekas botol dengan air sehingga mencapai kepada gabus.

Tanam Kesum Tanpa Tanah
Tanam Kesum Tanpa Tanah

Masukkan gabus berikat batang kesum kedalam air. Sudah siap proses menanam dan hanya perlu tunggu pokok kesum membesar. Sekiranya air di dalam bekas di campurkan baja AB untuk pertumbuhan yang lebih baik adalah lebih bagus. Untuk mengelakkan air di  masuki jentik-jentik, titiskan beberapa titis minyak masak ke dalam bekas air tanaman kesum.

Selepas ini, bolehlah tanam kesum cara ini. Sangat bermanafaat sungguh perkara ini. Selain kesum aku rasa kalau nak tanam kangkung atau pokok sayur lain pun boleh ni. Mulalah aku memikirkan pelbagai sayuran lain yang boleh juga  di tanam. Mudah sangat nak bercucuk tanam sekarang. Nak masak dan makan tinggal hanya petik sahaja.... huhu!

Untuk yang suka mencari pelbagai informasi... klik SINI

p/s: Bolehlah pula menghiasi laman kecil dengan pokok sayur, boleh berjimat sekali... huhu!

#kredit FB Cik A Aweberryberrytoo

2 comments:

  1. Cara yang menarik dan mudah untuk mereka yang tak ada kawasan atau tanah untuk bercucuk tanam..

    ReplyDelete
  2. boleh tahan harga daun kesum ni..sekilo rm5 =)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...