16 January 2019

Jejari Ketam @ Crab Stick Yang Merah Putih Itu Rupanya Bukan Di Perbuat Dari Ketam... Hah?

Baru-baru ini aku baru dapat tahu yang selama ini jejari ketam @ crab stick yang merah putih, banyak di jual di pasaraya itu rupanya bukan hasil dari ketam. Ternganga aku apabila dapat informasi ini di internet. Dari mana datangnya isi jejari ketam yang sedap ini? Rasa jejari ketam @ crab stick yang merah putih ini benar-benar serupa dengan rasa ketam. Macam tak percaya... huhu!

Jejari Ketam @ Crab Stick Yang Merah Putih
Jejari Ketam @ Crab Stick Yang Merah Putih 

Ramai yang sudah tertipu dengan produk berasaskan ketam ini yang sebenarnya tidak pun berasal daripada ketam.Tidak ada secebis isi ketam pun digunakan untuk buat benda ini. Ia sebenarnya di perbuat daripada adunan isi ikan putih yang yang murah diberi nama surimi, gula, kanji dan perisa ketam. Dalam bahasa inggeris, ia diberi nama ‘Imitation Crab’


Hanya daging ikan surimi yang di ambil dari seekor ikan, di basuh untuk mengeluarkan lemak dan bahan tidak diinginkan. Lantas kemudian dicincang menjadi ramuan pekat, di adun dengan bahan-bahan lain sebelum di panaskan dan di tekan ke dalam bentuk yang serupa dengan daging ketam.

Jejari Ketam @ Crab Stick Yang Merah Putih  Itu Rupanya Bukan Di Perbuat Dari Ketam... Hah?


Aku dari dulu memang agak pelik dengan jejari ketam @ crab stick ini. Ada kalanya tertanya-tanya memikirkan, mesti banyak ketam yang di gunakan untuk mendapat hanya isi ketam untuk di jadikan jejari ketam yang banyak. Tapi harga ketam mahal, kenapa jejari ketam ini tak mahal seperti harga ketam?

Terjawab sudah andaian aku kini. Rupanya memang bukan dari bahan ketam. Hanya dari ikan yang murah dan biasanya tak ada harga di pasaran. Terbaiklah produk ini yang berjaya menipu sebahagian besar pengguna dari seluruh dunia. Apapun ia tetap berasaskan makanan laut dan rasanya pun sedap. Tak jauh berbeza dengan rasa ketam sebenar.

Produk yang rasanya tak jauh beza dari ketam sebenar ini popular sebagai makanan jajaan, di makan bersama salad sayuran, di jadikan antara bahan membuat inti sandwich, pastri roll  dan  sebagainya. Namun ia memiliki kekurangan dari segi bahan tambahan yang di tambah dalam ke dalamnya semasa pembuatannya iaitu garam, msg dan karbohidrat. Tak sesuai untuk yang berdiet dan kepada yang menjaga pemakanan.

Nak baca pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Kiranya ia sejenis yang tak jauh beza dengan nugget, bebola dan daging burger itu... haihh!!

#pic fr google

2 comments:

  1. Sama la baru tahu jugak pasal ni. Ingatkan guna isi ketam yang betul rupanya isi ikan. Hmm

    ReplyDelete
  2. Termasuk PC terpedaya ni...hehehe..ni baru tahu.Allahu.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...