25 January 2019

Resepi Sayur Kacang Buncis Dengan Bunga Kobis Goreng

Resepi Sayur Kacang Buncis Dengan Bunga Kobis Goreng | Sudah lama aku tak kongsi masakan sayur-sayur gorengan aku ni. Boleh di katakan saban hari aku ada masak satu resepi sayuran. Kalau tidak lauk campuran satu lauk utama, mesti ada satu hidangan iringin berasaskan sayuran. Kali ini sayur kacang buncis dengan bunga kobis jadi juadah iringan makan tengahari.

Sayur Kacang Buncis Dengan Bunga Kobis Goreng
Sayur Kacang Buncis Dengan Bunga Kobis Goreng

Kacang buncis adalah sayuran jenis kekacang yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Selain kandungan proteinnya, ia juga kaya dengan lemak, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, potassium, sodium, zink, vitamin A, B, D dan juga kanji. Kandungan zat besi biasanya membantu penghasilan sel darah merah dalam badan.

Kacang buncis juga membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh penghidap kencing manis atau darah tinggi. Terdapat juga ujian makmal yang mengatakan kacang buncis ini mengandungi serat dan enzim yang mampu menurunkan berat badan.

Manakala bunga kobis @ Cauliflower pula dikatakan mengandungi serat dan gula semulajadi yang lebih rendahBunga kobis juga mempunyai mineral yang penting seperti kalsium, magnesium, fosfor, kalium dan mangan tanpa kolesterol berbahaya. Selain itu mengandungi Vitamin K yang bersifat anti radang. Pengambilan teratur dapat memastikan perjalanan darah yang sihat terutama pada pembuluh darah. 



Ini juga dapat mengurangkan risiko strok pada mereka yang menghidap sakit jantung. Ada juga mengatakan yang pengambilan secara teratur dapat menjaga kolesterol dalam tubuh agar terkawal senantiasa. Vitamin C dan selenium pula dapat membantu dalam menguatkan sistem ketahanan dalam tubuh. Kandungan serat tinggi dalam sayur ini boleh juga membantu meningkatkan kesihatan usus dan beberapa penyakit kanser seperti kanser payudara, dan kanser paru-paru. 

Seterusnya serat yang ada dapat menghilangkan sembelit dan menurunkan berat badan. Nampak tak kehebatan sayur bunga kobis yang comel ini. Apa lagi, rajin-rajinlah memasak sayuran kacang buncis dan bunga kobis untuk memanafaatkan khasiatnya dalam kehidupan dan seterusnya menjaga kesihatan kita.

Resepi Sayur Kacang Buncis Dengan Bunga Kobis Goreng


Bahan-bahan:

Secekak kacang buncis
Sebesar penumbuk bunga kobis
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2  sudu besar ikan bilis
2 sudu makan sos tiram
1/4 ketul dari 1 ketul kiub ayam
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara: 

Kacang buncis di bersihkan terlebih dahulu dan di hiris serta di potong kecil. Bawang merah dan bawang putih di hiris nipis. Cili merah di hiris juga. Ikan bilis di buang kepala dan perutnya.

Panaskan pan atau kuali dengan sedikit minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Apabila bawang nampak sudah layu, masukkan sayur-kacang buncis dan bunga kobis.

Kacau rata dan masukkan air. Masukkan juga sos tiram dan kiub ayam. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati dan tunggu sekejap sambil di kacau.

Apabila sayur-sayuran sudah menampakkan nak layu dan berubah warna bolehlah di angkat dan di hidangkan. Sayur-sayuran begini lebih enak dan sedap apabila di makan ketika masih panas. 

Sedap di makan bersama nasi dan hidangan utama di waktu tengahari. Sayur ini tidak boleh di masak terlalu lama agar khasiatnya tidak hilang. Masih terasa kerangupan sayur-sayuran itu. Jangan lupa makan sayur untuk mendapat khasiat dan kesihatan yang bagus.

Nak pelbagai resepi dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Resepi ini bukan hanya boleh di masak sayur ini saja, pelbagai sayuran boleh di masak dengan resepi ini tau... !

4 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...