17 January 2019

Reward Diri Dengan Mecomin Live Well, Supplemen Untuk Mengatasi kerosakan Saraf Diabetes

Lama sudah nak membeli suplemen tambahan  yang di sarankan oleh doktor pada aku apabila aku beritahu sering berasa kebas-kebas badan iaitu Mecomin Live Well.  Pertengahan bulan lepas balik dari Perak aku ada beli sekotak di farmasi. Nampaknya ada kesan pada aku ini. Dah tinggal sekeping lagi. Jadi aku membeli Mecomin Live Well secara online pula.

Mecomin Live Well, Supplemen Untuk Mengatasi kerosakan Saraf Diabetes
Mecomin Live Well, Supplemen Untuk Mengatasi kerosakan Saraf Diabetes

Beli secara online aku dapati lebih murah. Jadi  aku beli 2 kotak dapat kos penghantaran percuma. Nak beli berkotak-kotak tak mampu lah pula. Ini pun aku dapat beli ini hasil pendapatan blog aku dan pendapatan menjadi dropship yang aku asingkan dari duit perbelanjaan dapur. Bahagia rasanya dapat menggunakan duit sendiri untuk keperluan diri sendiri.



Aku sudah beberapa tahun di sahkan ada diebetes keturunan. Walaubagaimanapun diabetes aku ini sangat terkawal. Makan Mecomin Live Well ini hanya satu lagi langkah untuk menjaga kesihatan agar lebih terurus dan aku dapat menjalani kehidupan yang sihat bersama keluarga. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Sindrom meningkat usia, biasalah tuh.. !

Reward Diri Dengan Mecomin Live Well, Supplemen Untuk Mengatasi kerosakan Saraf Diabetes


Sedikit informasi yang aku dapat iaitu mecomin adalah sejenis makanan tambahan yang digunakan untuk merawat penyakit urat saraf peripheral neuropathies. Kajian saintifik menunjukkan bahawa mecobalamin adalah sangat berkesan dalam rawatan simptom kebas, kesakitan, dan lumpuh yang berasal daripada penyakit sistem urat saraf. Punca kepada penyakit sistem urat saraf adalah penyakit kencing manis dan penyakit saraf sendi yang disebut polyneuritis.

Kalau di ikutkan, aku rasanya tak perlu makan apa-apa ubat untuk mengawal diabetes dan darah tinggi yang menjadi penyakit keturunan keluarga aku ini. Sebabnya tak sekalipun diabetes aku menunjukkan tanda tidak terkawal. Darah tinggi pula, pada awal diagnosis dahulu saja ada sedikit peningkatan dan permasaalahan. Itupun sebab tengah stress ada masaalah.

Aku pun selama ini tak pernah ada pantang atau menghadkan pemakanan ini tak boleh, itu tak boleh di sebabkan penyakit ini. Semua makanan yang boleh di makan aku makan dan minum seperti biasa. Cuma sejak dari dulu lagi aku tak menyukai makanan dan minuman manis. Kalau makan dan minum pun hanya setakat merasa sahaja. Aku juga sangat sukakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mungkin sebab itulah penyakit ini sangat terkawal dengan aku.

Tetapi setelah mendapat pelbagai pendapat doktor pakar, aku turutkan jua untuk mengikuti setiap regim rawatan dan ubat yang di usulkan untuk aku. Awal dulu pergi klinik kesihatan sebulan sekali, selepas itu tiga bulan sekali dan sekarang sudah enam bulan sekali ke klinik kesihatan buat pemeriksaan. Sebulan sekali, anak bujang atau en. suami yang biasanya ambilkan ubat di klinik.

Pada yang membaca blog ini doakan aku terus sihat bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah, setakat ini aku sihat wal'afiat dan baik-baik saja. Sesekali tu pening, demam dan selsema itu perkara biasa. Semoga aku akan terus sejahtera untuk melihat anak-anak membesar dan berkeluarga puluhan tahun lagi. Insya'allah...!!

Nak baca catatan dan cerita di blog aku, klik SINI

p/s: Terus istiqamah makan segala jenis supplemen dan ubat untuk memanjangkan jangka hayat bersama keluarga namun apapun Allah jua yang maha mengetahui. Semoga panjang umur, murah rezeki... aihh!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...