13 February 2019

Cara Cuci Sayur Agar Tidak Rasa Berpasir Apabila Di Masak

Cara Cuci Sayur Agar Tidak Rasa Berpasir Apabila Di Masak | Sayur-sayuran yang di tanam di atas batas tanaman kebiasaanya akan membawa pasir apabila di jual. Lebih-lebih lagi apabila membeli sayuran di waktu musim hujan. Lagi banyaklah pasir yang di angkut oleh sayuran itu terutamanya bayam dan kangkung. Di sini, aku perturunkan cara aku cuci sayur agar tidak berpasir apabila di masak.

Cara Cuci Sayur Agar Tidak Rasa Berpasir Apabila Di Masak
Cara Cuci Sayur Agar Tidak Rasa Berpasir Apabila Di Masak

Aku ada cerita pasal lauk sayur yang rasa berpasir. Dari sinilah ia menjadi iktibar kepada aku untuk sentiasa memastikan sayur yang aku masak bebas dari pasir. Masa tu aku berumur dalam belasan tahun. Suatu hari bapa aku tiba-tiba mencampakkan makanan tengahari dari atas meja. Rupa-rupanya gulai lemak putih sayur bayam merah yang di makannya rasa berpasir.



Nasiblah masa itu bukan aku yang membantu mak aku memasak. Kalau tidak, teruklah aku kena marah. Waktu aku sedang bersiap untuk pergi ke kelas tuisyen petang di sekolah. Terpercik sedikit gulai sayur  bayam ke atas buku-buku aku sebab meja makan tak jauh dari meja studi yang sedang aku kemaskan. Aku cepat-cepat bersiap, terus ke sekolah. Tak tau apa yang terjadi selepas itu.

Cara Cuci Sayur Agar Tidak Rasa Berpasir Apabila Di Masak


Pengajaran dari hal ini, membuatkan aku sentiasa berhati-hati mengendalikan sayur-sayuran, apatah lagi sayuran berdaun hijau yang di tanam di atas batas tanaman. Cara aku, basuh dulu sayuran sebelum di potong. Seterusnya potong sayur-sayuran. Nak potong itu ikut suka sendiri kita. 

Menggunakan besen yang besar sedikit dari muatan sayuran, basuh sayuran dengan mengocak sayuran di dalam besen bersama air yang penuh sebesen itu . Biarkan sebentar dalam 1 - 2 minit. Selepas itu angkat sedIkit demi sedikit sayuran dan letakkan ke dalam besen yang lain sampai habis. Pada basuhan pertama ini akan nampak banyak pasir di dalam air.

Seterusmya buangkan air dalam besen yang telah di gunakan untuk mengocak sayur tadi. Ulang proses ini berulangkali sehingga tiada pasir terdapat di dalam air yang di gunakan untuk membasuh sayur. Kebiasannnya aku basuh sehingga 5 kali basuhan baru aku puashati. Tak nak kejadian dahulu iaitu gulai sayur berpasir berulang kembali.

Apalah rasanya gulai sayur yang berpasir ini. Langsung hilang selera nak makan apabila terkunyah pasir di dalam mulut gamaknya. Cara ini juga boleh membuang ulat pada sayuran sekiranya ada.  Jadi, basuhlah sayuran dengan teliti agar kotoran dan pasir tidak lagi melekat pada sayuran. 

Nak pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Apabila tiada lagi rasa berpasir, masakan sedap, makan pun berselera....

#pic fr google

2 comments:

  1. yelah, saya pun basuh dulu baru potong. siap rendam air garam sekejap kut2 ada makhluk asing.hihi.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...