02 February 2019

Casing Handphone Paling Gediks Pernah Aku Jumpa... hahaha!

Nak cerita pasal casing handphone yang anak gadis aku beli secara online bulan lepas. Inilah  casing handphone paling gediks pernah aku jumpa. Mula-mula aku tengok casing ini, geli hati aku. Apa tidaknya, dengan tanduk unicorn dan bulu mata lentik tu menampakkan ianya gediks sungguh. Casing handphone paling gediks... hahaha!

Casing Handphone Paling Gediks
Casing Handphone Paling Gediks

Anak gadis aku ni tinggal di asrama. Cuti raya cina ni balik lah dia bercuti. Itu yang tertengok casing handphone ini kembali. Dengan casing yang berwarna pink menyerlah tu, di tambah lagi dengan telinga capang dan tanduk tertonjol tu sangat menampakan kegelian hati aku apabila melihatnya. Tapi itulah yang menjadi tarikan kepada  casing ini... hihi!



Masa aku pulang dari kampung iaitu dari Seri Iskandar naik bas expres ritu aku dah tengok dalam bas ada dua orang remaja pakai casing handphone macam tu. Seorang remaja India di sebelah kanan tingkap  dan seorang remaja Melayu di sebelah kiri tingkap satu baris yang sama dalam bas. Macam berjanji pula diorang. Masa tu aku perasan sebab terperasan telinga yang menonjol apabila pegang handphone.

Casing Handphone Paling Gediks Pernah Aku Jumpa... hahaha!


Tak sangka pula anak aku jiga berminat dengan casing handphone macam tu. Apa sajalah yang di sukai anak-anak di ikutkan saja. Kawan-kawannya pun suka lihat casing handphone yang di milikinya itu. Ada yang sampai pinjam meminjam pula tu. Ramai sekarang para remaja perempuan suka casing macam ini. Tapi pada aku terasa geli geleman menengoknya. 

Citarasa orang lama dengan budak-budak remaja tak sama. Kalau orang macam aku memakai casing seperti itu memang jadi satu kepelikanlah pula. Anak gadis memang sinonim dengan warna pink.  Warna ini juga warna kegemaran aku tapi casing ini, tidaklah. Asalkan anak gadis aku tu gembira  walaupun gediks, aku tak kisah lah... hehe!

Nak baca cerita dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Pernah juga tengok soft casing katak dengan mata yang terjojol dan lidah terkeluar, lagilah geli... huhu!

3 comments:

  1. cute casing tu tapi kalau kita mgkin fikir byk kali jgk nak pakai. beli mgkin tapi pakai berapa kali je kot. hehehe :p

    ReplyDelete
  2. Macam-macam casing zaman sekarang... Pelik2 pun ada..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...