04 February 2019

Lagu Di Matamu Oleh Sufian Suhaimi Menang Persembahan Terbaik AJL33, Menyentuh Jiwa Raga

Malam tadi tengok AJL33 bersama keluarga di rumah. Sebak aku dengan lagu di matamu oleh sufian Suhaimi. Awal-awal lagi sudah meremang bulu roma mendengar lantunan syair di awal persembahan Apatah lagi dengan latar pelamin pada babak akhir lagu itu. Lagu di matamu oleh Sufian Suhaimi ini amat menyentuh jiwa raga betul...

Lagu Di Matamu Oleh Sufian Suhaimi Menang Persembahan Terbaik AJL33
Lagu Di Matamu Oleh Sufian Suhaimi Menang Persembahan Terbaik AJL33

Lagu di matamu ini amat sesuai menceritakan tentang kisah percintaan dan pertunangan Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy yang putus di tengah jalan. Walaupun seringkali di nafikan oleh Sufian Suhaimi yang lagu ini di cipta sebelum kisah itu terjadi tapi para pendengar tetap mengatakan lagu ini adalah dari kisah cinta ini juga. Marilah kita menghayati lirik lagu ini bersama-sama yer...

Lagu Di Matamu Oleh Sufian Suhaimi Menang Persembahan Terbaik AJL33, Menyentuh Jiwa Raga


Apakah kau cuba untuk menafikan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasih mu

Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahan mu
Memaksa ku mengundurkan diri

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hati mu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu

Namun jika ku diperlukan, dan diterima
Izinkan ku menagih kasihmu
Namun jika ku ditolak, tak diperlukan
Buang segala tentang ku

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hatimu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu

Paling sebak apabila  bait lagu "Dan tak seharusnya aku, Bertemu dirimu di dunia ini" sangat menyentuh hati aku. Sedih sangat dengan lagu ini. Lagu ini sangat-sangat menggambarkan kekecewaan Sufian Suhaimi dalam percintaan. Macam mana para pendengar dan penonton AJL33 tak sebak dan sedih.



Sudah sewajarnyalah lagu ini menjadi lagu persembahan terbaik AJL33. Terasa seperti penceritaan "pelamin anganku musnah" apabila menonton persembahan yang memukau ini. Tak puas tengok di TV malam tadi, sudah lebih dari 10 kali aku tengok di Youtube. Dengar kata dah jadi trending persembahan ini di media sosial.. huhu!

Nak baca certia dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Kurus sangat Sufian Suhaimi, bagaikan menanggung derita dalam percintaan dan dengan jambang tu,  kena sungguhlah!

1 comment:

  1. Lagu dimatamu memang kena sekali dengam keadaan sufian sekarang ini. Walau bagaimana pun persembahan sufian menarik perhatian ramai. Good job pian.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...