28 February 2019

Resepi Bubur Ayam Yang Menyelerakan, Di Makan Apabila Tak Sihat....

Beberapa minggu lepas, hampir kesemua satu rumah, aku dan anak-anak tak sihat. Malasnya memasak jangan cakaplah. En. suami beli ayam suruh goreng kot lah ada selera nak makan. Aku tukar buat bubur ayam. Resepi bubur ayam ni aku main agak-agak dan campak saja rebus dalam periuk. Resepi bubur ayam yang ringkas, yang pasti tetap menyelerakan.

Resepi Bubur Ayam Yang Menyelerakan, Di Makan Apabila Tak Sihat....
Resepi Bubur Ayam Yang Menyelerakan, Di Makan Apabila Tak Sihat.... 

Bila tak sihat, hidung asyik berair, tekak perit dan asyik batuk berkahak saja memang tak ada selera makan. Cuaca kerap tak menentu dengan apabila panas menjadi sangat panas dan kering dan hujan pula sejuk membeku tapi sekejap sangat. Keadaan cuaca sedemikian menjadikan kami sekeluarga tak sihat akibat alah dengan cuaca.... huhu!



Apalagi, makan bubur nasi sajalah tapi sebab ayam ada dan banyak pula tu aku letak isi ayam bebanyak.Dua cawan isi ayam itu aku gunakan dalam bubur ini agar rasanya sedap menyelerakan. Aku letak juga sayur lobak merah agar seimbang khasiatnya. Lebih nampak cantik dan menyelerakan dengan warna oren lobak merah tu.

Resepi Bubur Ayam Yang Menyelerakan, Di Makan Apabila Tak Sihat.... 


Bahan-bahan: 

1 cawan beras
2 cawan isi ayam 
1 cawan lobak merah parut
12 cawan air 
1 cawan santan
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:


Bawang merah, bawang putih dan halia di mayang halus. Isi ayam di potong dadu. Lobak merah di parut dalam secawan penuh. Beras dibersihkan dan di toskan. Masukkan beras, lobak merah, air, bawang merah, bawang putih halia dan ayam ke dalam periuk.

Renihkan sehingga menjadi bubur yang lembut dalam kira-kira 30 minit ke satu jam. Seterusnya masukkan santan dan lada hitam. Kacau sebati semua bahan di dalam periuk itu sambil memasukkan perasa iaitu garam dan gula.

Didihkan sebentar sehingga mengelegak. Dah siap bolehlah di hidangkan untuk di jamah. Bubur ayam ini sedap di makan ketika masih terasa suam-suam panasnya. Bereselera pula kami sekeluarga makan bubur ayam ini.

Lain kali boleh buat lagi. Tak payah tunggu rasa tak sihat. Sedap menyelerakan masih terasa di tekak ini. Anak-anak suka sampai pulun makan beberapa kali tambah. Sekejapan itu saja dah habis licin seperiuk.

Nak pelbagai resepi dari blog ni.. klik SINI

p/s: Kalau dah di namakan ayam, semuanya sedap belaka... heh!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...