18 February 2019

Resepi Sambal Sotong Bersama Kentang.... Mudah Dan Sedap!

Resepi Sambal Sotong Bersama Kentang | Sesekali aku masak juga lauk sotong walaupun harga sotong bagaikan mencekik darah sungguh. Sebenarnya aku bukannya boleh makan sangat sotong ini sebab alergik tapi kalau tekak teringin tu sesekali makam juga. Sotong itu aku tak beli banyak, yang nak makan ramai. Jadi, aku tambah kentang dalam masakan sambal sotong ini. Jadilah, sambal sotong bersama kentang.

Resepi Sambal Sotong Bersama Kentang.... Mudah Dan Sedap!
Resepi Sambal Sotong Bersama Kentang.... Mudah Dan Sedap!

Kalau sudah masak lauk sotong ini, memang berebutlah aku dengan anak-anak nak makan. Bukannya apa, sangat sedap dan menggiurkan selera. Kena masak nasi lebihlah jawabnya dan makan berpinggan-pingganlah. Tapi sesekali sajalah sebab sotong sangat mahal  dan aku allergik pula tu... huhu!



Resepi senang, mudah dan sedap ini macam masak lauk sambal yang biasa saja. Cuma ada di tambah dengan kentang yang kena di goreng sampai lembut. Yang lainnya sama seperti masak sambal sotong, ikan dan udang. Resepi yang sama tapi bahan asasnya berbeza.

Resepi Sambal Sotong Bersama Kentang.... Mudah Dan Sedap!


Bahan-bahan:

1/2 kg sotong
2 biji kentang
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ketul bawang besar
1 sudu makan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air dan minyak masak secukupnya.


Cara-cara:
Siang dan cuci bersih sotong. Bawang merah dan bawang putih di cincang halus. Boleh juga di tumbuk lumat. Bawang besar di hiris kasar. Kentang di buang kulit, di potong baji dan di goreng hingga lembut. Ketepikan

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan pes asam jawa bersama bawang besar. 

Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Reneh lama dengan api kecil sehingga betul-betul pecah minyak dan masak.Masukkan sotong dan tutup kuali dengan penutup dalam 3 - 5 minit. Sotong akan mengeluarkan arinya. 

Setelah itu buka tutup dan masak sehingga air sotong menjadi pekat. Masukkan kentang yang telah di goreng tadi. Kacau sebati dan bergaul rata

Rasa sedikit sambal sotong ni untuk memastikan cukup rasa. Kalau kurang garam. gula dan asam, boleh tambah. Setelah itu boleh angkat dan hidangkan. 

Lauk iringan bersama sambal sotong ini adalah bayam rebus air dan sambal belacan. Sedap hingga terjilat-jilat pinggan di buatnya. Apa lagi, terhumban terus diet... hahaha!

Nak tengok macam-macam resepi di blog ini klik SINI

p/s: Lepas makan sotong, tergaru-garu dan terbersin sikit, tandanya kena cari ubat allergik la tu.... !



4 comments:

  1. Thanx atas resepinya, memang nampak best.

    ReplyDelete
  2. sotong, aida x elergi. sib baik.
    tapi kalau udang, makan 3 ekor, abis la gatal.
    jari gatal. lidah gatal. bibir gatal.
    nasib baik kalau tak bersin bersin :(

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...