05 March 2019

Petua Hilangkan Tangan Pijar Terkena Cili

Apabila menggunakan cili yang banyak, kebiasaannya tangan pasti terasa panas dan pijar. Sudah jadi kebiasaan suri rumah akan mengalami perkara sebegini. Tak perlu panik sebab ada petua dan jalan penyelesaiaannya. Petua hilangkan tangan pijar terkena cili itu senang saja. Ada pelbagai petua dulu -dulu dapat hilangkan tangan pijar terkena cili ini.

Petua Hilangkan Tangan Pijar Terkena Cili
Petua Hilangkan Tangan Pijar Terkena Cili

Zaman dulu apabila mengisar cili kering yang banyak menggunakan batu giling, berlumuran tangan dengan cili. Masa tu, pijar tak terkatakan tangan di buatnya. Nasib baik zaman sekarang sudah moden. Jarang sangat sudah orang menggunakan batu giling. Tapi walaupun menggunakan pengisar, cili masih nak di potong dan di basuh.



Apabila menumbuk sambal cili api dalam jumlah yang banyak juga, kadang-kadang tangan tersa pijar akibat terkena cili api yang ditumbuk itu. Inilah masanya menggunakan petua yang di ketahui dari turun temurun sejak dulu lagi. Insya'allah pasti selesai masaalah pedih dan pijar tangan tu.

Petua Hilangkan Tangan Pijar Terkena Cili


Garam
Lumur tangan yang pijar terkena cili dengan garam halus. Gosok garam ke keseluruhan tangan. Biarkan seketika. Basuh dan bilas.

Gula
Buat seperti dengan garam tadi iaitu lumur ke keseluruhan tangan. Di sebabkan gula agak mahal dari garam, jadi sekiranya tiada garam barulah menggunakan gula. Kalau tidak, di katakan membazir pula.

Beras
Petua yang satu lagi ini juga mujarab untuk di ikuti. Caranya masukkan tangan yang pijar ke dalam bekas berisi beras. Kiranya rendam tangan kedalam beras. Tunggu beberapa ketika lebih kurang 2 -3 minit. Buat berulangkali sehingga pijar tangan hilang.

Beberapa petua yang mudah sangat ini sudah lama di praktikkan dari dulu lagi oleh orang-orang lama. Kalau setakat basuh begitu sahaja memang takkan hilang. Jadi kena buat sebegini barulah rasa pijar ini cepat hilang. Kalau tidak, nak ke tandas pun tak berani. Takut berasap pijar bahagian intim nanti.... hahaha!

Nak dapatkan informasi dan petua di blog ini... klik SINI

p/s: Petua orang-orang lama ini berkesan dan bermanafaat sangat...

#pic fr google

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...