16 April 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway

Assalamualaikum....


Syarat-syarat giveaway ini adalah seperti berikut:

1. Buat satu entri/blog post bertajuk 'Abam Kie's Birthday Giveaway'.

2. Follow blog Abam Kie. Jika dah lama follow, sila terus ke langkah ketiga.

3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post ini sahaja.

4. Letakkan URL blog Abam Kie i.e. www.zukidin.com di dalam blog list anda. Abam Kie pun akan letak URL blog anda di dalam blog list Abam Kie. Sila pastikan URL blog Abam Kie tu terus kekal di blog list anda. Namun harus diingat jika blog anda tidak dikemaskini melebihi 5 minggu maka ia akan dibuang dari blog list Abam Kie kerana Abam Kie mahu blog yang dikemaskini secara 'regular' sahaja berada di dalam blog list. Harap bersetuju dengan syarat ini ye.

5. Kemudian tuliskan ucapan ringkas selamat hari lahir kepada Abam Kie. Tema bebas. Nak buat ucapan dalam bentuk pantun, seloka, syair, madah dan puisi pun boleh. Be creative, OK? The sky is the limit!

6. Siap semua, publish entri anda. Jangan lupa hantar link blog post segmen anda dalam ruangan komen di bawah entri Abam Kie sahaja.

7. Sila patuhi semua syarat yang diberikan. Peserta yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dibatalkan penyertaan mereka.

Secebis pantun seloka... hehe!

Petang hari menjala ikan,
Sambil menyiram bunga di taman,
Selamat hari jadi saya ucapkan,
Kepada tuan hamba yang budiman.

Senyuman manis sungguh memikat,
Barulah cinta mekar bersemi,
Usia kita semakin meningkat,
Matangkan diri kukuhkan ekonomi.

Sakitnya kaki terpijak duri,
Kerna hendak menangkap ikan,
Kepada Tuhan kita syukuri,
Atas usia dan rezeki yang diberikan.

Allah Selamatkan kamu.... Allah Selamatkan kamu... Allah Selamatkan kamu...
Allah Selamatkan Abam Kie... Allah Selamatkan kamu... !!!!

BYE!

3 comments:

  1. Thanks Akma for joining my GA. All the best!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menyertai GA Abam Kie. Selamat maju jaya!

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...