28 May 2019

Nak Buat Biskut Salut Coklat? Ini Cara Cairkan Coklat Dengan Betul, Yer!

Sekarang ini sudah hampir berakhirnya ramadan dan raya akan menyusul, pasti ramai sedang pulun buat biskut. Biskut yang menjadi kegemaran bersalut coklat pasti almond london, biskut aiskrim, jejari coklat dan banyak lagi. Nak buat biskut salut coklat ini, kenalah tahu cara cairkan coklat dengan betul.Tak kena cara, coklat rosak dan tak menjadi. Keras kejung saja coklatnya, rugi ... haha!

Nak Buat Biskut Salut Coklat? Ini Cara Cairkan Coklat Dengan Betul, Yer!
Nak Buat Biskut Salut Coklat? Ini Cara Cairkan Coklat Dengan Betul, Yer!

Teknik yang biasa diguna adalah di namakan double boiler. Sebelum tu nak buat double boiler ini kena ada ilmu juga. Tambahan lagi pada yang baru bermula pertama kali buat biskut jenis salut coklat ini. .Paling penting, pastikan  bekas  dan senduki yang digunakan untuk letak coklat tiada air  walaupun setitik. Coklat sangat sensitif dengan air. Kalau tak jangan nangislah coklat korang tak nak cair.... hehe!



Banyak dapat di lihat kaedah ini di guna pakai untuk bermacam-macam resepi tapi masih ramai mengaplikasikan teknik dan cara yang salah. Pada yang masih belum tahu.mari kita sama-sama belajar. Pada yang dah  tau pun tak salah baca lagi untuk mantapkan ilmu. 

Nak Buat Biskut Salut Coklat? Ini Cara Cairkan Coklat Dengan Betul, Yer!


- Gunakan periuk kecil yang diisi air separuh penuh dan panaskan sehingga mendidih.

- Gunakan bekas stainles steel yang sedikit  daripada periuk berisi air. Potong coklat compound kepada saiz kecil2 supaya mudah hancur/cair.

- Setelah air mendidih, tutup api dan letakkan bekas stainless steel yang mengandungi coklat di atas periuk air panas.

- Bagi coklat putih, biarkan air yang mendidih sejuk sikit, baru letakkan bowl diatas periuk. Ini kerana suhu kecairan bagi coklat ini lebih rendah dari dark chocolate.

- Kacau coklat mengunakan spatula sampai coklat betul-betul  cair. (senduk kayu pun boleh. Tak payah guna senduk besi)

- Angkat bekas berisi coklat dari periuk air panas dan lap di bahagian bawah untuk mengelakkan air masuk ke dalam coklat ketika memindahkan ke dalam bekas lain.

Do & Dont's Dalam Mengaplikasikan Cara Cairkan Coklat Kaedah Double Boiler ini :


Do
- Gunakan bekas stainless steel bersaiz lebih besar dari periuk air untuk mengelakkan bekas berisi coklat terkena air.

- Bekas berisi coklat haruslah besar supaya dapat menutupi periuk air supaya wap air panas tidak masuk ke dalam bekas coklat sewaktu mencairkannya.

- Tutup api setelah air mendidih kerana coklat mencair disebabkan wap air panas bukannya disebabkan bekas coklat terendam dalam air panas. Ini boleh menyebabkan air panas tersebut masuk kedalam coklat dan coklat tidak cair dengan smooth dan berkilat.

DON'T
- Tidak matikan api sewaktu mencairkan coklat.

- Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air dan menyebabkan coklat tidak berkilat. (coklat tak boleh terkena air)

- Kedudukan bekas coklat terlalu kecil berbanding bekas air panas.

Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat. Tapi Coklat yang rosak ianya akan berketul2 dan tidak berkilat cantik. 

Itulah serba sedikit ilmu tentang mencairkan coklat. Dari pengalaman pernah terjadi sedemikian. Nak buat macam mana lagi. Coklat yang dah rosak terkena air itu jangan di buang. Buatlah susu coklat. Sedap untuk di minum. Kalau rajin, campur majerin, telur dan tepung, dapat satu adunan biskut coklat. Sedap kata anak-anak.. hihi!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Aku baru nak bermula buat biskut minggu ini, tak larat sebenarnya tapi nak bagi pengalaman untuk anak-anak  perempuan aku ni je.. heh!

#kredit FB page Jalan-Jalan Cari Makanan Masak Kampung Malaysia

4 comments:

  1. ray selalu tgk dalam video masakan and they used the same method. ^^

    ReplyDelete
  2. maksudnya sebelum ni salah lah cara double boiler tu hahah

    ReplyDelete
  3. oh patutlah kadang tak menjadi. sebab memang salah cara. haha. terima kasih ye sharing ^_^

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...