28 June 2019

Jenguk Apps Shopee Dan Kumpul Coin Rewards Hari-hari... Gittew!!

Hari ini aku saja-saja nak war-warkan pada korang semua iaitu tak semestinya beli barang saja dapat kumpul coin rewards. Jenguk apps shopee dan kumpul coin rewards hari-hari nanti gunakan coin rewards shopee itu untuk dapat diskaun. Bukan hari-hari kita nak beli barang di shopee tapi hari-hari boleh kumpul coin rewards asalkan jenguk atau buka appsnya. 

Jenguk Apps Shopee Dan Kumpul Coin Rewards Hari-hari... Gittew!!
Jenguk Apps Shopee Dan Kumpul Coin Rewards Hari-hari... Gittew!!

Mula-mula aku pun tak hiraukan nak kumpul rewards shopee ini. Tapi apabila terajin sikit beli barang di shopee waktu nak raya aritu, barulah aku perasan akan kebaikan kumpul coin rewards ni. Jadi, aku jadikan rutin hari kini iaitu selepas subuh buka handfone dan apps shopee. Lepas tu klik laman shopee coin dan seterusnya klik coin rewards... huhu!

Shopee sekarang ini telah trending dan menjadi antara laman shopping yang paling di kenali di Malaysia. Macam-macam barang ada di jual di laman shopping ini. Aku, bila sudah klik coin rewards ini, selepas tu mulalah melayari laman shopping ini tanpa rasa jemu. Macam-macam adaaaa... mak dengan bapak yang tak ada di jual di sini. Jangan tak tau... hehe!



Kalau sudah melayari laman shopping shopee ini mau berejam-jam kalau tak beringat. Cuci mata saja tengok barang-barang yang di jual. Nak membeli tu, aku gunakan konsep beli ikut keperluan dan bukan ikut kehendak. Sekiranya ada barang yang aku perlukan baru aku membeli. Itupun aku survey cari yang berpatutan dengan harganya. 

Jenguk Apps Shopee Dan Kumpul Coin Rewards Hari-hari... Gittew!!


Banyak sungguh barang yang aku pernah beli dengan shopee ini. Dari pakaian, kasut, vitamin, set rawatan wajah, peralatan gadjet dan macam-macam lagilah. Baru aku sedar, bila lihat balik, Banyak juga, tapi tak terasa ralat sebab  sebenarnya yang aku beli itu hampir semua barang yang aku perlukan saja. Tak apalah kan, barang keperluan yang perlu untuk di gunakan.. haihh!

Kumpul coin rewards ni, bolehlah sikit untuk mengurangkan kos dan harga barang yang di beli. Tak banyak mana tapi membantu juga. Bak kata pepatah "dari cempedak baiklah nangka, dari tidak baiklah ada". Dulu aku pelik kenapa pula dengan cempedak dan nangka. Rupanya buah cempedak buah bermusim, nangka pula setiap masa boleh berbuah. Jadi, tak ada musim cempedak, nangka pun boleh di makan.

Begitu juga dengan coin rewards ini. Diskaun yang sikit tapi apabila selalu di gunakan, banyak juga manafaatnya. Sikit-sikit, lama-lama membukit jugalah. Macam pembelian aku di shopee ini. Tak sangka sudah berlemon-lemon duit aku belanjakan di situ. Pembelian terkini aku di shopee baru-baru ini adalah bedak muka dan lipstick. 

Beli bedak ini pun sebab yang lama habis. Biasanya bedak ini aku di kedai jamu. Sekali aku pergi kedai jamu, harganya mahal dua kali ganda dari harga biasa. Katanya dah upgrade versi lebih baik. Packaging pun lebih cantik. Tak jadilah aku membeli sebab bajet tak mencukupi. Aku pun cari di shopee pula. Eh, harganya tak mahal seperti di kedai jamu tu walaupun dah upgrade baru. Harga lebih seringgit saja dari yang lama. Bolehlah aku beli... 

Aku tambah beli lipstick dari jenama produk  yang sama untuk dapatkan postage percuma. Dah lama aku nak beli lipstick ini sebab dengar kata baguslah jugak. Biasanya aku beli lipstick jual murah kat uptown yang tak sampai RM10 sebatang. Tolak dengan diskaun con rewards pembelian aku ini, dapatlah harga lebih sikit RM50. Masih lagi dalam konsep mendahulukan keperluan... gittuuw!!

Nak dapatkan informasi di blog ini... Klik SINI

p/s: Ini bukan entri promote.... entri suka-suka tak ada idea je ni... hehe!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...