13 June 2019

Kenapa Juadah Rendang Hari Raya Korang Cepat Basi.. Ehhh!!

Terbaca di FB keluhan beberapa orang yang juadah rendang Hari Raya untuk di buat hidangan menjadi basi dan tak dapat di hidangkan pada tetamu. Kesian aku mendengar cerita mereka. Sepanjang pengetahuan aku, tak pernah lagi terjadi pada aku dan keluarga, juadah rendang Hari Raya aku menjadi basi dan tidak boleh di jamah lagi. 

Kenapa Juadah Rendang Hari Raya Korang Cepat Basi.. Ehhh!!
Gambar Hiasan : Kenapa Juadah Rendang Hari Raya Korang Cepat Basi.. Ehhh!!

Bermacam-macam petua yang di perturunkan oleh para penggiat FB untuk mengelakkan cepat basi. Antaranya masak rendang sampai kering. Betul lah tu, kalau dah di namakan rendang mestilah jenis kering dan berminyak saja. Tapi bagaimana kalau seseorang tu masak masakan berkuah seperti kari, kuah kacang dan lontong tu.... kan!



Ada pula bersangkutan dengan kualiti santan atau guna santan kotak lah. Ada mengatakan kena tumis bahan betul-betul garing. Ada juga mengatakan kena goreng ayam atau daging terlebih dahulu juga. Untuk sedap kenalah guna santan yang terbaik. Santan kotak hanya satu alternatif apabila tiada santan asli tapi serius aku cakap berbeza rasa masakan menggunakan santan kotak dengan yang asli. 

Pasal kena tumis bahan kena betul-betul garing tu sangat bagus kerana ia akan lebih menyedapkan masakan nanti. Samada nak goreng terlebih dahulu ayam atau daging terpulang. Ia hanya satu proses untuk mempercepatkan masa memasak. Tiada kena mengena dengan cepat atau lambat basi. Apapun ini hanya dari pengetahuan aku saja. Sekadar bercerita.

Kenapa Juadah Rendang Hari Raya Korang Cepat Basi.. Ehhh!!


Dalam keluarga aku kebiasaannya aku memasak untuk hidangan hari raya seawal tengahari hari terakhir berpuasa untuk memasak rendang daging. Menjelang petang kuah kacang pula aku renihkan untuk di makan bersama nasi impit dan rendang. Oh ya... nasi impit aku rebus seawal pagi lagi. Masa itu juga iaitu menjelang petang aku masak kari ayam untuk sesiapa yang nak makan bersama nasi.

Apabila waktu berbuka puasa, hidangan hari raya itulah yang kami jamah sekeluarga. Sudah tentulah aku masak banyak untuk juadah hari raya keesokan harinya. Menjelang tengah malam aku panaskan semua lauk pauk tadi untuk mengekalkan kesegarannya dan yang pastinya agar tak mudah basi.

Sudah pastinya kena tunggu lauk pauk itu benar-benar sejuk, barulah di tutup rapi agar tiada makhluk merayap masuk. Esok pagi-pagi selepas subuh, panaskan sekali lagi. Jangan panaskan sekejap sangat, panaskan betul-betul mengelegak baru tutup api. Sekiranya ada lauk pauk yang sudah kering dan tidak berkuah, ubah suai sedikit dengan menambah air serta perasa. 

Lepas itu ulang kembali waktu tengahari dan waktu malam sehingga lauk pauk itu habis. Hanya itulah kunci utamanya agar lauk tidak cepat basi. Kena rajin memanaskannya selalu agar lauk pauk tidak cepat basi. Kalau tak rajin, jadi teraniaya lah kita dan mendapat kerugian dan kepenatan sahaja pada hari raya. 

Cara ini juga telah lama keluarga aku di kampung praktikkan, buktinya lauk rendang ayam emak aku buat di kampung dari sehari sebelum puasa, pada raya ketiga aku di kampung, masih sedap lagi di makan bersama lemang. Tak kiralah, lauk berkuah atau kering, kalau rajin memanaskan akan tahan lama. 

Pokok pangkalnya adalah buang perasaan malas dan timbulkan kerajinan untuk sentiasa memanaskan kembali lauk pauk yang telah di masak. Lauk pauk atau makanan tidak boleh di biarkan lebih dari 8 jam selepas di masak. Mesti akan menjadi basi. Jadi panaskan kembali sebelum melebihi 6 - 7 jam itu. Lain kali berhati-hati dan pemanasan itu mesti tau.. Ehhh!!

Nak dapatkan dan baca pelbagai informasi di blog ini.... klik SINI

p/s: Nasi impit dan lemang kalau masih ada menjelang malam hari raya kedua boleh di panaskan dengan cara mengukus.

8 comments:

  1. Replies
    1. Satu kemestian, mesti nak ambil menggunakan senduk atau sudu untuk jaga kebersihan... :)

      Delete
  2. petua orang dulu² nak bagi rendang tu tahan lama...bahan tumisan kena betul² masak dan pecah minyak..😊
    (singgah blogwalking,selamat hari raya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang yang saya masak ni tak payah tumis, lebur semua bahan terus, tahan lama juga janji selalu di panaskan.

      Delete
  3. Info paling bermanfaat di musim raya.

    ReplyDelete
  4. petua taknak cepat basi. habiskan terus hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...