18 June 2019

Kuay Teow Goreng, Masak Campak-Campak Di Kuali Pun Sodap.. Heh!

Ini juadah masakan sebelum puasa ari tu. Juadah kuay teow goreng ini di buat untuk sarapan pagi berterusan hingga ke tengahari. Ingat masa tu aku nak cepat ada hal pagi sampai petang. Jadi masak main campak-campak saja untuk anak-anak yang ada di rumah. Anak-anak boleh kata masak kuay teow goreng hari-hari pun boleh sebab sedap.. hehe!

Kuay Teow Goreng, Masak Campak-Campak Di kuali Pun Sodap.. Heh!

Kuay teow memang kegemaran anak-anak. Aku masak secara mudah saja ini. Bahan-bahan ringkas sangat. Tapi kalau bubuh udang, sotong atau ayam pun boleh. Sayur-sayuran itu ikut suka sendiri. Ada suka letak taugeh dan kucai dan kobis atau sawi. Aku letak sawi je.



Anak-anak mestilah suka air tangan mak dia. Orang lain belum tentu lagi.. kan. Pada anak-anak, resepi biasa mak dia itu boleh jadi luarbiasa pada tekak diorang. Pada siapa lagi dorang nak puji. Mestilah masakan mak dia juga sedap. Itulah anak-anak aku yang tak pernah menolak apa yang aku masak. Semuamya sedap ataupun tak sedap pun mesti kata sedap kot.. keh keh!

Kuay Teow Goreng, Masak Campak-Campak Di kuali Pun Sodap... Heh!


Bahan-bahan:

1 paket kuay teow
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
Sepokok sawi
1 sudu makan udang kering
2 sudu makan cili giling
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap
1 biji telur ayam
1 keping fish cake
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa - jika perlu
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Kuay teow di basuh bersih dan di toskan. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Tumbuk bersama udang kering. Sawi di potong dan dibersihkan. Fish cake di hiris dan di potong kecil. 

Panaskan kuali, masukkan minyak masak secukupnya dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga berbau wangi dan mula kekuningan. Masukkan cili giling dan di goreng hingga garing. 

Masukkan sos cili, sos, tiram dan kicap. Kacau semua bahan sehingga sebati. Masukan sayuran iaitu  sawi. Masukkan juga fish cake. Kacau sehingga sayuran nampak kecut dan layu.

Seterusnya masukkan kuay teow yang telah di toskan tadi. Kacau sebentar dan masukkan pula garam, gula dan serbuk perasa jika perlu. Sentiasa pastikan rasa kuay teow sesuai dengan citarasa.

Kacau sebati semua bahan di dalam kuali. Jika nak warna kuay teo, masukkan masukkan lebih kicap. Kacau lagi sehingga sebati. 

Bila sudah masak, boleh di angkat dan di hidangkan. Lebih sedap di makan waktu masih suam-suam panas tapi kalau waktu dah sejuk pun masih sedap untuk di makan. Makan pula dengan jeruk cili hijau... pergh!

Kalau nak buat banyak, gandakanlah kuantiti perencahnya ikut kesesuaian sendiri. Kuay teow aku ni warnanya pucat tak seperti yang jual di kedai sebab guna kicap biasa yang di rumah. Kalau nak warna hitam pekat kenalah guna kicap mee yang pekat khusus untuk masak mee dan seumpamanya. Janji ada rasa sedap sudah... hihi!

Nak lihat pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Musim-musim raya ni, tetamu datang rumah boleh juga jamu kuay teow goreng campak-campak macam gini.. ya dak!

2 comments:

  1. Kuew Teow Kerang fav SA...tapi tak pandai plak goreng kuew teow..memang kena prektis ni

    ReplyDelete
  2. Kalau umi kc lebih suka pekat sikit kicapnya haha. Tapi memang kalau campak campak ni boleh tambah 2 pinggan :D

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...