04 July 2019

Boba @ Pearl Milk Tea Yang Viral Itu, Rupanya Senang Sangat Membuatnya.....

Sudah lama benda biji-biji warna hitam ini viral di media sosial. Lama juga aku ada perasan benda ini. Tak sangka lama viralnya benda ini. Boba @ pearl milk tea ini dah viral 2 tahun lalu rasanya. Kini boba @ pearl milk tea ini bertambah-tambah viral sampaikan anak-anak aku pun terkesan dan minat sangat minum milk tea yang ada boba di dalamnya.

Boba @ Pearl Milk Tea Yang Viral Itu, Rupanya Senang Sangat Membuatnya.....
Boba @ Pearl Milk Tea Yang Viral Itu, Rupanya Senang Sangat Membuatnya.....

Itu yang aku terbawa-bawa dan mencari informasi tentang boba @ pearl milk tea ini. Perkara yang paling menghairankan aku adalah tentang mengatakan biji-biji kecil pearl hitam ini tidak hadam di perut dan akan  menjadi penyakit dan kembang di dalam perut. Melainkan ia di buat dari plastik, kalau dari tepung, mesti hancur di dalam perut.


Aku pun godek-godek lagi tentang ini, terjumpa pula resepi buat boba @ pearl milk tea ini. Aku dapati mudah saja nak membuatnya. Bahannya hampir sama dengan bahan membuat buah melaka saja. Cuma tak ada inti gula melaka dan pastinya tak direbus dalam air panas dan golek dengan kelapa parut... hehe!

Boba @ Pearl Milk Tea Yang Viral Itu, Rupanya Senang Sangat Membuatnya.....


Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
perwarna hitam secukupnya
sedikit air untuk menguli 
3 sudu besar gula untuk merebus pearl @ boba

Cara-cara:

Campurkan tepung pulut, tepung ubi, garam, pewarna hitam dan esen vanila. Masukan air sedikit-sedikit sampai adunan tak  melekat di tangan.

Gentel adunan kecil-kecil sehingga siap. Selepas itu rebus dengan air yang diletakkan gula sehingga masak @ air gula.

Bila sudah siap, bolehlah buat minuman boba @ pearl milk tea yang di sukai ramai itu. Tak payah membeli lagi. Boleh makan dan minum sampai kenyang.

Itulah kaedahnya yang senang sangat membuatnya. Ha ah, resepi dah ada buatlah. Nak seribu daya... kan! Sedap sungguh gamaknya rasa biji-biji pearl yang berwarna hitam ini. Lembut-lembut dan kenyal-kenyal saja rasanya.

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini.... klik SINI

p/s: Nanti nak buat...  Milk tea tu, buat teh tarik sudah... hihi!

#kredit Suzi Yanti Md Hane

3 comments:

  1. Sekarang boba ni orang dah buat sendiri, tak payah beratur panjang2. Akan tetapi Tarot suka cancel boba dari order sebab tak berapa gemar HAHAHAH

    https://tarotthefool.blogspot.com/2019/07/uvoc-explore-31-pusat-penyu-dan.html

    ReplyDelete
  2. senang je rupanya.. cuma mls dgn rajin jee

    ReplyDelete
  3. baru jap td aida tgk kat utube tentang boba ni.
    aida x pernah try la. tak brape minat nak try hah hah hah...
    tapi agak kagum la bila viral beratur pepanjang, kan...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...